Source: TV3
Anugerah Juara Lagu ke-24, telah pun berlangsung malam semalam.. Secara keseluruhan, aku sukakan konsep terbuka yang macam ni.. Lagu yang layak ke final tak dihadkan mengikut kategori.. Sekurang2 nya, semua lagu yang masuk ke final merupakan lagu yang hits dan biasa kedengaran di radio, tv dan di mana2.. Macam tahun yang sudah2, lagu yang tak pernah dengar pun dapat masuk Juara Lagu.. Rasanya, macam tak relevan aje.. Lepas Juara Lagu, barulah lagu2 tu nampak bayang kat radio2.. huhu..
Persembahan yang aku tunggu2 ialah dari Stacy dan Faizal Tahir.. Stacy, aku suka tengok dia menari.. I was expecting something extraordinary in her performance, maybe dance yang lagi umph.... Malangnya, koreografi dia seperti yang biasa dia buat.. step2 pun kebanyakan sama.. So, rasa boring sikit...
Faizal Tahir memang penyanyi yang hebat.. Persembahan mantap, ala2 Michael Jackson.. siap ada magic trick lagi.. blur sekejap aku tengok.. hihi.. Cuma vokal dia tak berapa terkawal masa dia nyanyi yang bahagian jerit2 tu.. maybe sebab dia tak sihat sepenuhnya.. kesian tengok pakai Faizal Tahir bertongkat.. Tapi, nampak ada style lah.. hehe.. Dapat tempat ketiga tu, memang rezeki dialah.. Lagipun, lagu tu best.. Layak untuk menang, walaupun bukan sebagai juara..
Yuna, aku setuju yang dia ni sangat talented.. Tapi, aku tak berapa minat sangat lagu "Dan Sebenarnya" tu.. Meleweh sikit.. Husband aku cakap "lagu orang malas".. haha.. Apapun, tahniah dapat Naib Juara.. Sangat memberangsangkan untuk penyanyi baru sepertinya..
Aizat, seorang lagi penyanyi yang berbakat besar.. Kalau dulu, masa AF, nampak poyo aje mamat ni.. tapi, tak kisahlah poyo macam mana pun, janji dia memang bagus.. Actually, aku agak terkejut dia boleh jadi Juara dengan lagu "Pergi" tu.. huhu.. Lagu dia slow sangat.. Minat masing2 la kan.. Komplen banyak2 pun, keputusan dah dibuat.. Dan sebarang persoalan tidak akan dilayan.. hehe.. Maybe background photos yang display kat screen masa dia nyanyi tu yang menarik minat juri.. Tentang tokoh2 lama yang telah pergi meninggalkan dunia seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Yasmin Ahmad etc.. tu yang bagi lebih sentimental value.. Kalau takde tu, rasanya persembahannya bisa buat aku tido.. huhu.. Yang untuk Persembahan Terbaik tu, aku rasa macam biasa aje.. Budak2 menari pun tak uniform.. Apa kriteria yang juri tengok ye?
3 jam AJL berlangsung, tak terasa panjang sangat.. Celoteh pengacara2; Faizal Ismail , Ally Iskandar dan Cheryl Samad menghiburkan.. tak boring tengok.. Intro lagu Meet Uncle Hussein, yang Dato’ Siti nyanyi tu, version dangdut, ek? Kelakar lah.. hehe.. Tapi, bila Lan masuk, barulah dapat feel lagu tu.. Aku suka jugak Hafiz nyanyi lagi “Masih Jelas” tu.. Suara dia memang sangat jelas seperti lagunya :) Tapi, belum cukup untuk layakkan dia menang.. Penampilan Akim, nampak seperti orang yang “Bengang”.. Pakaian dan rambut dia mengingatkan aku tentang satu superhero, but cannot recall siapa.. siap ada api2 lagi tu.. hihi.. Suara Black memang mantap, walaupun lagunya sempoi sahaja..
For full results: click here
Note: Owh, masa aku pegi Bonuslink Member’s Day kat Pavillion hari tu, terjumpa Aizat kat Customer Service, dia nak balut hadiah.. Berbanding dulu, Aizat sangat kurus/slim sekarang dengan seluar keciknya..
9 comments:
aizat layak menang walaupon slow jer lagu dia..suara power...kira finalis yg menang semalam mmg patut menang...aku suka Yuna menang...heheh...my fav singer...
yang menang tetaplah menang dimana-mana pun. macam kita ni menang sorak jer.. hehehe.. cuma cam tak percaya lak aizat ... boleh MENANG?.. ish ish ish...
cik Kart,
lagu "Pergi" tu memang mantap.. beza sikit tahun ni, juara punya lagu bukan lagu yang jadi phenomenon/kegilaan.. tak seperti tahun2 sudah..
yangbaik,
setuju2.. menang sorak.. hehe..
tiap-tiap tahun tgk ajl jek..
muzik-muzik tak pernah pon tgk.. :)
suke baju yuna... pki baju kaler ikut suke jek.. ehehhee
layak =)
yang menang sebenarnya bukan Aizat secara eksklusif, tapi Pete Teo dan Amran Omar, kerana Anugerah Juara Lagu adalah untuk mengiktiraf penulis lirik dan penulis lagu. kemenangan untuk penyanyi hanya dalam kategori vokal terbaik dan persembahan terbaik sahaja. Jadi aizat menang persembahan terbaik, dan pete teo serta amran omar adalah pemenang anugerah juara lagu yang sebenar.
atul,
haah, muzik2 hari apa pun tak tau.. dulu2, intisari rancangan tu, siap hafal..
Ihsan Khairir,
Juara lagu utk iktiraf karya komposer dan penulis lirik.. tapi, penyanyi yang nyanyikan lagu tu pun penting jugak.. kalau penyanyi tak bagus, macam mana bagus pun lagu, tak berguna jugak.. such a waste..
Meleleh ke lagu Yuna..mgkin pdapat msing2 berlainan..sy rasa lagu Yuna santai dan mnghiburkan..n Aizat mmg layak jadi juara sbb suaranya yg mantap..
putri_nian,
bukan meleleh.. tapi, meleweh @ meleret.. hehe..
Post a Comment