Day One: 5th April 2008 (Sabtu)
Pukul 4.20am, Nida call tolong kejutkan aku. Dah siap2, aku tunggu kat depan umah sbb parents Nida tolong hantar kitorang ke KLIA. Kat airport, semuanya berjalan lancar, cuma kitorang dapat tempat duduk yg tak berapa best =(.. xde tingkap kat tempat duduk tu..baru berangan2 nak tgk pemandangan Surabaya dari udara.. hehe.. after makan, jalan gi toilet, and tengok2 kat belakang byk seats kosong.. so, apalagi, kitorang suma pindah gi dok tempat lain.. sorang conquer 3 kerusi terus.. haha.. dapatlah tgk2 apa yg ada kat luar tingkap tu.. hehe..
Sampai Juanda Airport, kitorang yg paling last kuar. Bagi chance le kat orang lain kuar dulu. Byk barang diorang bwk naik flight ni. Tak sanggup nak bersesak2.. Masa kuar flight, ada org pegang kertas ada nama kitorang bertiga kat luar.. blur sungguh aku time tu..apa pulak ni??.. sebenarnya, orang tu nak inform yg flight hari rabu utk balik nnti dah cancelled.. so, dia suruh decide bile nak balik.. sama ada hari selasa malam atau khamis pagi.. taknak la balik awal sgt.. tak sempat nak shopping nnti.. huhu..fikir punya fikir dlm masa yg sgt singkat tu, kitorang decide nak balik hari khamis.... padahal, cuti dah xde tu.. siap negative lagi.. hehe.. xpe, itu belakang kire.. yg penting, gi jalan ke Surabaya ni, bukannya slalu, kan?.. dah confirm flight, kitorang tercari2 kat luar arrival hall tu, mana la pak supir yg janji nak tunggu kat airport.. kak izan yg terjumpa orangnya.. Namanya Nanang.. kertas yg tertulis nama aku tu, dia lipat and dok bersandar dengan gaya tengah menunggu orang.. mana la kitorang nampak.. dalam van, ada pisang utk kitorang sbb boss dia janji dgn aku masa deal transportation hari tu.. haha.. kelakar betul, pisang yg dijanjinya.. pisang pun, pisang la.. janji gratis.. hehe.
Ingat first day ni, nak gi Safari Park dulu, but we changed our mind.. terus pegi Bromo Cottages Tosari from airport.. Tempat kitorang nak overnight.. Kan dah pasang angan2 nak tengok matahari terbenam waktu senja.. Unluckily, on the way gi sana, hujan turun la pulak.. kecewa sekejap.. tapi, sampai kat Bromo Cottages tu, dah tak hujan dah.. mendung je.. kabus tebal.. view pun tak berapa clear, matahari pun xnampak batang hidung.... sejuk kat sana.. lepas je letak barang2 dan solat, kitorang terus kuar and jalan2 sekitar cottages.. takde nyer nak berehat2.. kalo nak rehat, kat KL pun boleh.. hehe.. cantik tempat dia.. tepi bukit.. so, bilik2 suma di lereng2 bukit.. nak gi lobby kena naik tangga sbb bilik kitorang kat bahagian bawah sket.. jalan2 sambil posing2 amik gambar termasuk gambar2 bunga, memang la menenangkan fikiran.. Bile hari nak gelap, kitorang dok kat depan bilik sambil tgk langit bertukar hitam.. sambil tu, makan pisang dan rambutan yg dibeli masa dlm perjalanan ke Bromo Cottages ni.. kat sana masa dia, 1 jam awal dari Malaysia.. jadi, hari pun cepat gelap.. kul 6 dah gelap.. kul 7 lebih, mata kitorang dah kuyu dan tertido.. zzzzz...
Bromo Cottages Tosari
Day Two: 6th April 2008 (Ahad)
Kunci jam kul 3.00am waktu Indonesia.. Tapi, masa tido tu, sekejap2, aku terbangun.. rasa cam dah lama sgt aku tido.. mana taknya, belum pukul 8 mlm dah tido.. hehe.. Kul 3.00am kitorang bangun, bersiap2.. pagi ni nak naik Mount Bromo.. Aku ingat, naik Mount Bromo ni, cam naik Kinabalu la.. pagi2 buta dah pergi panjat gunung.. Macam2 aku tanya kat Nanang... tapi, naik Mount Bromo bukan mcm tu.. dah siang, baru naik Mount Bromo tu.. dia xde time limit cam Kinabalu..
Kul 3.30am, Nanang drive bwk kitorang naik satu bukit ni.. actually, suma orang yg nak naik Bromo akan pergi situ dulu.. Memang sejuk gile2.. lebih kurang 5 degree Celcius.. dah la aku bawak sweater pink yg biasa aku pakai je.. rasa cam tak cukup tebal.. muka pun rasa sejuk sgt.. terlupa nak bawak kain or tuala utk tutup muka... kitorang dok kat situ sampailah matahari terbit.. wow, very magnificient view!!!.. tersangat2lah cantik.. cam diawang-awangan dan berada dalam mimpi je.. hehehe.. Kitorang mmg bertuah sbb cuaca ok, awan pun cerah.. matahari pun tak malu2 nak kuar.. jadi, dapat la tengok Mount Bromo, Mount Batok and Mount Semeru dengan jelas dari tempat kitorang duduk ni.. Mount Semeru duduknya kat belakang Mount Bromo.. Gunung tu akan keluarkan asap after a few minutes.. maklumle gunung berapi.. orang cakap, gunung berapi tu still aktif... takut gak aku dengar.. huhu.. InsyaAllah, xde pape.. Dah puas bergambar2 kat situ, kitorang pergi membeli-belah souvenir.. beli t-shirt2 je la seperti slalu sbg kenangan..
Mount Bromo (yg berasap tu), Mount Batok (front) andpastu, teruskan perjalanan ke kaki Mount Bromo.. naik van je, xpayah sewa2 jeep... Skrg, baru la betul nak naik gunung.. sbb, dari awal lagi aku tertanya2 bilenya nak naik gunung.. yg menariknya, kitorang boleh naik kuda separuh jalan sampai ke tangga nak naik Mount Bromo tu.. tak payah la berletih2 nak berjalan kaki.. hehe... tanah dia berdebu2 hitam, berbau belerang.. aku rasa cam susah nak jalan.. ada tu, aku nak terjatuh sket.. nasib la tak luka tangan aku menahan dari terjatuh masa turun nak sampai ke kuda.. kat atas Mount Bromo, kitorang tengok apa yg ada kat bahagian tengah tu.. ada asap2 yg kuar dari celah batu2 tu... rasanya, kawah gunung berapi kot.. aku agak je sbb xtau.. hehe.. pastu, turun tangga ke bawah and sambung naik kuda terus pegi ke van.. kat situ, ramai org jual2 t-shirt.. diorang siap mengejar sampai la kitorang masuk dalam van.. aku pun tawar menawar la harga kat tingkap van.. dapat offer baik dari sorang penjual tu, aku terbeli la lagi 3 helai t-shirt... hehe.. pantang dapat murah sket, mesti aku beli.. huhu..
Mount Semeru (at the back)
First time naik kuda.. hehe..
Anak tangga naik Mount Bromo.. Semput jugak la.. ;)
Atas Mount Bromo.. Berlatar belakangkan Mount Batok.
Then, balik semula ke Bromo Cottages. After breakfast and dah siap2 packing, check out hotel and menuju ke Malang.. tak tau la nape nama dia Malang.. hehe.. Singgah office tempat kerja Nanang kat Malang sbb nak bayar duit transportation and hotel.. so, settled sumanya.. duit yg tinggal hanya lah utk makan and shopping..and, kena ingat ada extra accommodation kena bayar utk hari rabu... huhu...
Malam kedua ni, kitorang duduk Hotel Kusuma Agro Wisata di Batu... tak berapa jauh dari Malang.. Tempat dia very peaceful.. scenery dan persekitaran sgt2 cantik... tapi, tak ramai org yg dok sini.. maybe sbb jauh kot.. Dapat tau tentang hotel ni pun dari Internet.. kat kawasan hotel ni ada tempat tanaman apple, jeruk and strawberry... itu yg buat tempat ni sangat menarik..
Kusuma Agro Wisata HotelBile dah sampai hotel, Nanang tanya nak pegi air terjun x? kitorang pun, apalagi.. Nak! Nak!.. hehe.. Nama air terjun tu, Coban Rondo.. hush, tak pernah aku pergi air terjun mcm ni.. menakjubkan.. bayangkanlah, walaupun tak bermandi-manda, kitorang boleh kebasahan.. sbbnya, air yg turun tu sgt kuat dan tempiasnya kena kat kitorang.. habis basah sket kamera kena air.. tak mandi pun kat situ.. just nak amik2 gambar je.. pastu balik semula ke hotel..
Coban Rondo Waterfall
Nanang berhentikan kitorang kat tempat plantation.. guest hotel xpyh byr utk masuk tempat ni.. time kitorang datang, bukan musim apple.. so, xdpt la nak petik apple.. kitorang dapat petik jeruk je, sorang 2 biji... lain rupanya buah jeruk ni dgn limau mandarin.. tak minat sgt makan buah jeruk mcm tu aje.. tapi, aku suka es jeruk.. yg tu mmg best.. aku minum masa lunch on day one.
Di tepi pokok2 apel (apple)
Berlakon kat pokok jeruk.. Kak Izan cam pegawai MARDI je.. hehe..Malam, kitorang kuar lagi.. Nanang bawak pegi makan.. Nida nak makan KFC.. satu jam tu, nak cari KFC!.. kat bandar Malang je yg ada KFC.. lapar betul perut time tu.. tunggu2, tapi, tak sampai2 ke KFC nya.. hehe..
Day Three: 7th April 2008 (Isnin)
Hari ni gi Tretes pulak.... On the way tu, singgah Candi Singosari.. Kitorang tak berapa minat sgt nak tgk candi2 ni.. sbb rasa tempat tu menakutkan.. hehe.. tapi, alang2 Nanang nak bawak, ok saja.. just tangkap2 gambar je.. bukannya apa pun, kan?.. ;)
Then, pegi Taman Safari.. Excited time ni sbb xpernah masuk safari.. kitorang naik van yg sama je.. tapi, xboleh bukak tingkap.. sebabnya, binatang2 dibiarkan bebas... jadi, dari dlm van dapatlah tengok la illama, zebra, rusa, burung ostrich etc lalu kat sebelah van.. time binatang2 jenguk2 kat tingkap, time tulah snap gambar2 binatang tu.. binatang buas, takde la dibiarkan bebas mcm yg lain.. tu nak mencari nahas namanya.. hehe.. but, still kitorang leh tgk dari dekat.. and amik2 gambar..
Ostrich betul2 di tepi tingkap van.. comel, tapi sayang, bulunya togel.. haha..
Dah abis round safari, singgah lagi beli souvenir.. aku beli sweater baru.. colour biru.. ada cop Taman Safari Indonesia.. leh la ganti sweater pink ku yg dah buruk tu.. hehe.. lagi, beli beg.. yg ni, beg kain biasa je, sebagai kenangan gi safari.. masa kuar dr kawasan safari tu, ada 2 orang budak tunggu tepi jalan, jual sticker Taman Safari.. ingatkan xnak beli, and Nanang bg sign xnak kat budak2 tu.. tapi, yg sorang tu kejar van kitorang ni.. tak sampai hati la pulak aku tgk, aku suruh Nanang berhenti.. aku beli satu sticker kat dua2 budak tu.. bile nak jalan, yg sorang tu, sambil terjenguk2 dlm van, cakap "Rambutannya, mbak..".. la, nak rambutan rupanya.. ada2 saja budak2 ni.. tergelak kitorang dibuatnya.. hehe..
Tengahari tu, singgah makan nasi Padang.. mmg kena selera la.. siap bertambah tu kitorang makan.. hehe.. kalo macam ni la slalu, mmg leh gemuk dok Indon... Dah siap makan, check-in kat Royal Tretes View Hotel.. petang tu, kitorang relax2 je kat bilik.. Nanang pun tak tanya pun kitorang ada nak pegi mana2 tak.. agaknya dia pening kot nak layan..hehe.. Naya je kalo tibe2 kitorang mintak nak makan Pizza Hut pulak.. kat mana nak cari kat kawasan ulu2 ni.. hehe..
Royal Tretes View Hotel
Day Four: 8th April 2008 (Selasa)
Sebelum balik ke Surabaya, pegi air terjun lagi.. kali ni, namanya Air Terjun Kakek Bodo.. xberapa jauh dari hotel Tretes View tu.. tapi, penat jugaklah nak jalan gi air terjunnya.. kurang 1km dari tempat parking van.. pastu, pegi pulak tempat yg best utk dikunjungi oleh wanita2 seperti kitorang ni iaitu Tanggulangin.. hehe.. kat situ, mcm2 beg kulit yg dijual.. rambang mata aku nak memilih... last2, aku beli aku 2 beg kulit.. and, satu sling bag biasa, bukan kulit.. beli wallet, keyholder and tak lupa teddy bear utk sofia.. kalo boleh, nak borong banyak lagi.. tapi, memikirkan xcukup beg nak bawak balik nnti, aku pendamkan aje la niat nak memborong tu..hehe.. yg aku beli tu pun, dah rasa cukup byk dah...
Kakek Bodo Waterfall
Tanggulangin.. Heaven of leather stuffs..
Before check-in Tunjungan Hotel, kitorang suruh Nanang bawak pegi tempat2 menarik kat Surabaya town tu.. ni hari terakhir kitorang guna khidmat Nanang.. hari Rabu and Khamis, kitorang jalan sendiri guna teksi.. Nanang bawak ke landmark Surabaya, iaitu replika buaya dgn jerung.. kat depan Kebun Binatang (Zoo) Surabaya.. Then, pegi monument apa entah.. aku xtau namanya.. yg tau, cuma nak amik gambar je.. hehe.. lastly, pegi Monumen Kapal Selam.. kat sebelah monumen kapal selam ni terletaknya Surabaya Plaza... Aku dah bincang2 dgn Nida nak gi jalan2 kat situ esoknya.. Nak shopping la, apa lagi??.. hehe...
Surabaya Landmark
Monumen apa entah.. xingat.. Nanang kat tengah..
Monumen kapal selam..
Petang tu, after Nanang antar kak Izan ke airport, kitorang pun rehat jap kat bilik... terasa lapar, aku and Nida gi jalan ke Tunjungan Plaza..Shopping mall ni, sebelah je dengan hotel yg kitorang duduk.. This time, makan McD pulak.. kena energize dulu sebelum teruskan activiti bershopping ;P Tak sangka kitorang boleh tinggal berdua je di negara orang... huhu.. takde la takut sangat sbb kitorang xjalan jauh2 pun.. just pegi shopping mall je.. Berjalan kat Tunjungan Plaza tu, dari hari cerah, sampai la malam.. pusing2, sampai tak sedar dua-tiga kali kitorang masuk kedai yg sama.. hehe.. Tak cukup satu hari kalo nak jalan kat Tunjungan Plaza ni.. Besar sgt... naik lenguh kaki dok pusing2.. aku beli t-shirt2 lagi.. and t-shirt pink OP utk diri aku sendiri.. murah betul la kat sana.. geram je aku tgk..
Day Five: 9th April 2008 (Rabu)
Activity pagi ni pun, shopping jugak.. kul 9.30am kitorang dah kuar.. Aku and Nida nak gi Sogo sambung shopping..hehe.. semalam, tanya orang ttg Sogo.. ingatkan ada dua Sogo kat situ.. sbb dari cara promoter tu cakap, cam ada 2 je Sogo.. so, pagi tu, kitorang jalan ke arah Sogo pulak.. rupanya, ada satu je Sogo.. and bangunannya bersambung dgn Tunjungan Plaza. Smlm ada masuk Sogo, tapi xabis pusing lagi sbb besar sgt.. Masa kitorang sampai, masih belum bukak Sogo nya.. hehe.. dah kemaruk la ni smpi dtg pun sblm kedai bukak... haha... Sementara tunggu Sogo bukak, ada teksi yg berhenti kat depan kitorang.. Nida suggest gi Surabaya Plaza dulu.. aku pun ok je.. So, kitorang naik teksi pegi sana.. Surabaya Plaza pun belum bukak jugak time kitorang sampai.. jadi, kitorang tunggu je la sampai dia bukak.. ada la dlm 10 minit.. aku mmg nak sgt pegi situ sbb aku tau ada J.CO donuts.. hehehe.. jauh tu cari J.CO donuts.. kat KL ada, tapi, xreti la nak gi sendiri ke Pavillion tu.. kena ada org yg bawak.. huhu.. Kat Surabaya Plaza ni, aku beli Roxy Wallet... pastu, beli sling beg utk adik aku.. Then, aku and Nida makan sorang seketul donut and ice blended.. emm, kenyang perut dibuatnya :) mmg betul la org cakap J.CO donuts lagi best dari Big Apple donuts.. tau tak kenapa? sebab donutsnya lembut sgt2.. selembut kapas.. hehe.. aku makan yg chocolate flavour.. namanya Coco Loco.. sedap2!!
Dah abis pusing Surabaya Plaza, balik semula pegi Sogo Tunjungan Plaza tu, naik teksi jugak.. this time, aku rasa xberapa selesa la nak berjalan.. mcm ada sesuatu mencucuk2 perut aku ni... aku teruskan jugak berjalan sampai satu tahap aku rasa nak duduk berehat.. then, aku cakap kat Nida, kite balik la dulu.. nnti, datang lagi.. balik hotel, aku golek2 botol air panas suam atas perut aku ni, bagi kurang sket sakit.. then, aku tido kejap... after cite Kena Deh, kitorang kuar balik gi Tunjungan Plaza.. Tu rancangan TV favourite kitorang kat Indon, selain sinetron Cahaya, yg tak abis2 lagi ditayangkan sejak aku gi Bukittinggi dulu.. nnti, kalo gi Indon lagi, agaknya tak abis lagi kot cite tu.. haha.. very slow, tapi cite dia best..
Kali ni, dah ok dah.. aku tak sakit lagi.. sebelum membeli apa2, kitorang gi makan dulu.. kat Penang Village.. Makanan dari Malaysia.. makan nasi goreng and ABC je.. sedap jugak.. boleh tahan, cuma, xpedas le.. Lepas makan, sambung berjalan lagi kuar masuk kedai2... aku beli apa ye... erm, selipar Roxy, sweater pink Converse and kasut Nike.. hehe.. syoknya dapat beli apa yg aku suka... comel pulak tu.. ;) Nida pun beli selipar Roxy tu.. tapi, colour hitam.. mine, warna pink la.. apa lagi colour yg aku suka? hehe.. Sbb nak abiskan duit rupiah yg ada, Nida tambah lagi beli t-shirt... entah berapa belas helai t-shirt dia beli entah.. mak ai, shopping sakan ye.. memang bagus je dua2 kaki shopping, tak ingat penat langsung.. laju je kaki melangkah.. hehe.. kalo orang lain, mesti dah surrender penat awal2 ni.. hehe.. Balik dari shopping pun dah malam jugak..
Sampai bilik, kemas2 barang.. snap satu dua gambar barang2 yg kitorang beli.. hehhe.. And, sebelum tido, kitorang pack2 suma barang2 bagi muat masuk beg.. jadi, esoknya, dah tak kelam-kabut lagi...
Ini yg kitorang beli.. hehe..
Day Six: 10th April 2008 (Khamis)
Itu aja.. hari terakhir, kitorang get ready utk balik ke KL je.. dah abis check2 suma, xde apa yg tertinggal kecuali sweater pink aku yg mmg sengaja aku tinggalkan..maklumle dah dpt sweater baru.. hehe.. kul 6.30am, kitorang naik teksi gi airport.. gi awal sbb ingatkan jauh airportnya and perjalanan amik masa lama.. punya la sangap tunggu lama gile nak masuk departure hall... dah la xde apa yg menarik kat airport tu.. huhu..
After all, rasa xnak balik pun ada.. nak sambung bersantai2 di Surabaya tu.. and kalo boleh, nak shopping lagi... best betul!!! mmg puas hati.. ;-) harap2 leh pegi lagi.. tapi, lain tahun la... hehe..
Jeng...jeng.. jeng, ini lah barang2 yg aku borong di Surabaya.. hehehe..
** Maybe this is the longest post yang aku tulis.. Sorry, I can't help it. So much stories to share. hehe.. Akan kuingat sampai bile2.. Nak pergi shopping lagi!! =)
Ely, jangan xbaca ye.. hang yang suruh aku cite. hehe..
Date: 5th April 2008 - 10th April 2008
20 comments:
Hai,
Seronok membaca cerita anda ke Surabaya. Kami sekeluarga pun bercadang ke sana & ingin juga gunakan khidmat Naning dalam blog anda. Ada ke contact no atau e-mel untuk khidmat beliau?
Thanks.
Hi,
Terima kasih kerana sudi membaca..
Boleh tinggalkan email x? Nanti saya forwardkan email utk deal transportation.. Nanang cuma pak supir aje.. Kena deal dgn bos dia.. tapi, don't worry, bisa request Nanang jadi drivernya.. :)
Terima kasih kerana memnberi maklumbalas.
Punya excited untuk dapat contact ini hinggakan nama supir pun tersilap. Saya boleh dihubungi di mdsaleh1960@gmail.com; bantuan anda amat dihargai & didahului terima kasih.
Salehhuddin
Thanks sis for a great info ...
saya pun tengah plan nak ke Mount Bromo .. if u dont mind bole tahu tak berapa expenses untuk ke guna khidmat supir dia orang kat sana..tq
sis bole email kat saya...abu@braniconcept.com
abu huzaifah,
boleh, no problem.. biar saya cari dulu itinerary and quotation lama tu and boleh forward kat you.. but, remember, price maybe different.. dulu pegi time 2008, skrg dah 2010. Anyway, still can negotiate with the supir punya boss..
Have a nice holiday, then!
BERMINAT NK GI MT BROMO & MALANG. EMAIL expenses KE SANA DAN CONTACT NO UTK TRANSPORT ;)
rrmrm79@yahoo.co.uk
raihan,
i dah send email to u..
Salam,
happy sangat dapat jumpa your blog. Boleh x sekiranya saya juga nak minta e-mail atau apa2 no contact supir atau travel agent yang saudari guna? saya nak ke surabaya march taun depan. Kalau boleh dapat itinerarynya sekali? terima kasih banyak2. email saya joanyunan@gmail.com.
Hidayah,
nnti i email. tp itinerary dah tak ada dalam PC.. You can refer my blog ajelah.
Kami akan ke Surabaya bulan April 2013. if u dont mind bole tahu tak berapa expenses untuk guna khidmat supir dia orang kat sana dan contact no travel agent yang saudari guna..tq
sis bole email kat kasmaghani@gmail.com
Laila,
You boleh contact agent tu guna this email helios37@yahoo.com
lagi browsing...tiba2 terbaca ni stories..bagus juga. Saya tinggal di surabaya. Mungkin bisa membantu jika ada teman2 yang akan berkunjung ke Surabaya dan Yogyakarta atau Bandung. Memang surabaya,yogyakarta dan bandung tidak sebesar KL or Jakarta...tetapi akan banyak yang bisa dilihat di kota2 tersebut...
As salam..menarik sgt cite anda ke surabaya..nk mntak tolong sgt2..boley sy dptkn contact khidmat supir d surabaya yang anda guna kan tu tak?emelkn di arine79@gmail.com..tq..
As salam..menarik sgt cite anda ke surabaya..nk mntak tolong sgt2..boley sy dptkn contact khidmat supir d surabaya yang anda guna kan tu tak?emelkn di arine79@gmail.com..tq..
Assalamualaikum so nice...nk tryla p Surabaya....blh tak nk khidmat supir tu....email sy kat nurshah12@gmail.com ye...tq
Assalamualaikum so nice...nk tryla p Surabaya....blh tak nk khidmat supir tu....email sy kat nurshah12@gmail.com ye...tq
Assalamualaikum so nice...nk tryla p Surabaya....blh tak nk khidmat supir tu....email sy kat nurshah12@gmail.com ye...tq
Post a Comment