Tuesday, March 24, 2020
COVID19...
Tak sangka 2020, diuji dengan ujian begini. Satu dunia merasainya...
Whatever it is, we have to go back to our Creator.. Semoga menjadi hamba Allah yang lebih baik dan dapat kembali kepadaNya dalam keadaan yang baik juga. Amin..
Thursday, January 5, 2017
Haikal Darjah 1..
Time flies.. I feel old..
Minggu ni ialah minggu pertama persekolahan.. Mak ayah yang anak nak masuk darjah 1 mesti berdebar-debar, termasuklah aku.. Asyik teringat apalah yang anak sedang buat kat sekolah, time balik macam mana.. Semoga semua baik-baik sahaja dan di dalam lindungan Allah s.w.t.. InsyaAllah..
Belajar bersungguh-sungguh ye!
Sepanjang 3 hari bersekolah ni, aku bekalkan roti dan biskut.. Tapi satu pun tak berusik.. Haikal lebih excited beli makanan kat kantin.. Beli nasi lemak tak cukup 1, tak kenyang katanya.. haha.. Maklumlah first time pegang duit, dia rasa semua boleh beli.. Takpelah, janji beli makanan..
Enjoy schooling.. Semoga jadi orang yang berguna suatu hari nanti.. Amin..
Thursday, December 15, 2016
Penangan Drama…
Disebabkan tak sabar nak tahu ending, kubeli juga novel ni.. Baca pun laju je sebab nak tau apa kesudahan.. Tengok TV lagi best sebenarnya sebab aku baca macam takde perasaan haha.. Pelakon best, watak semua menjadi.. My husband pun terjebak dengan cerita ni hehe..
Semoga ada lagi drama-drama best untuk ditonton selepas ni.. Eh, sejak bila suka tengok drama ni?
Monday, September 5, 2016
Green Tea Lover…
Seingat aku mula-mula suka green tea bila start try Starbucks Green Tea Frappuccino.. Selepas dari itu baru rasa nak try makanan/minuman berasaskan green tea yang lain.. Sedap tau!
Biskut Meiji from Japan.. Green tea dia pekat melekat..
Green tea ice cream at Mister Donut..
Sangkaya.. Too bad, green tea dia rasa macam wangi sikit.. I don’t quite like it..
Green Tea at Arashiyama area..
Banyak pilihan matcha/green tea bisuit at Daiso in Japan.. Tapi sebab tak sure boleh makan atau tak, aku tak beli..
Apa lagi yang sedap patut dicuba? Please share with me.. hehe
Sunday, August 14, 2016
Bunga Dari SSF…
Suka bunga, tapi tak reti jaga kalau bunga hidup… So bunga plastic it is!
Banyak-banyak tempat pergi, paling suka bunga di SSF.. Mahal sikit compare kat Ikea, Kaison etc.. Boleh tahan setahun, kira oklah kan? Hehe.. Setahun sekali baru ubah new look..
Hydrangea di dapur… Tanam sepasu, mati tak berbunga pun.. haha.. Sedih..
Thursday, August 11, 2016
Ayam Kampung..
Our favourite now, ayam kampung goreng garing-garing.. Tak makan dengan nasi pun takpe, aku dengan Hariz ratah aje.. Sangat sedap!
Dah 3 kali order dan delivery ke rumah.. Harga pun berpatutan.. Untuk agen di area lain, boleh check dalam FB Ammarni Farm..
Wednesday, August 10, 2016
Airbnb In Osaka & Tokyo…
Cerita percutian di Jepun, akan menyusul kemudian kalau aku tak malas nak menaip..
Just nak share Airbnb yang kitorang duduk di Osaka dan Tokyo.. 8 malam di Jepun; 2 malam stay di Osaka, 5 malam di Tokyo dan malam terakhir kami duduk di hotel berdekatan dengan Narita Airport (kes takut lewat sampai airport).. I tried to minimize kekerapan kena berpindah sebab barang banyak, leceh dan memenatkan.. Ini pengalaman pertama kami tinggal di Airbnb, syukur both accommodation sangatlah memuaskan hati..
Di Osaka, we stayed here: https://www.airbnb.com/rooms/5608014
For more photos, refer link di atas.. Kecil aje apartment ni, tapi kelengkapan cukup, ada dapur untuk memasak ringkas-ringkas.. Cumanya dalam bilik tak ada mesin basuh/dryer, kena turun bawah untuk guna washing machine..
5 minit berjalan kaki dari Shin-Osaka station (East Gate) ke apartment ni.. Aku pilih Shin-Osaka sebab stesen besar and shinkasen direct dari sini ke Kyoto or Tokyo.. Tak perlu tukar-tukar train.. Memang sangat convenient..
Kami duduk di sini kat Tokyo: https://www.airbnb.com/rooms/10719442
Sangat selesa I would say.. Tilam jelah keras sikit hehe.. Ada washing machine dan dryer dalam toilet.. Penting ni mesin basuh dan dryer bila berjalan jauh dan lama… Baju anak-anak memang selalu kena basuh, ada yg terkencing, comot kena makanan etc..
Besar apartment ni.. Sangat selesa untuk kitorang satu family.. Cumanya orang Jepun ni senyap-senyap aje.. So sangat risau bila anak-anak bising, takut mengganggu jiran-jiran..
View from the apartment.. Kebetulan sakura season masa tu…
Apartment ni sangat-sangat dekat dengan JR Gotanda station (Yamanote Line).. Just across this road.. 5 malam stay di sini, balik malam-malam pun okay sebab dekat nak jalan balik ke apartment.. Ada kedai di bawah apartment, nak beli barang kelengkapan harian, takde masalah..
Tuesday, August 9, 2016
Demam Drama..
Tengok drama ni, jangan dimulakan.. Bila dah start tengok, mulalah terjebak..
Hari tu baru habis tengok Rumi & Jawi, ni aku baru start tengok Pergilah Air Mata.. Drama TV1 pun ada yang best rupanya haha.. Biasalah drama melayu based on novel ni, banyak koya sikit.. Kahwin mesti dengan orang hensem, kaya pulak tu.. LOL.. Bolehlah buat hiburan
Sekarang dah episod 8.. Lama pulak nak abis sampai episod 26.. Aku prefer tengok online, best sikit marathon..
Monday, August 8, 2016
Uber…
Sejak kewujudan Uber ni, kehidupan jadi lebih mudah!.. Aku dah jadi pengguna setia..
During lunch hour, kalau aku dan kawan-kawan terasa nak makan di luar, kami naik Uber ke Midvalley.. Jimat masa, tak perlu cari parking.. Dan memandangkan ofis aku kat PJ, nak pergi bank berdekatan pun, susah nak cari parking, takut kena saman kalau salah parking, bla bla bla.. Uber is the best option!
Ni aku request nak balik ke ofis dari Bank Islam..
Payment menggunakan credit card, so tak rasa duit tu keluar LOL.. Rate memang lebih murah berbanding teksi dan Grabcar.. Saya pilih! hihi.. I’ve once rode an Uber from Wangsa Maju to KL Sentral awal pagi sebelum Subuh, kena bayar cuma RM12.43.. Murah kan? Macam tak percaya..
If you guys nak try guna UBER, boleh guna link ni untuk register.. Kalau takut nak naik sorang, for a start ajak kawan teman.. hehe..
Have a nice ride!
Sunday, August 7, 2016
New Update via Open Live Writer..
Suka nak menulis, tapi ada masalah password dengan Windows Live Writer yang selalu aku guna untuk update blog.. Itu membuatkan takde mood nak tulis.. Nak post banyak-banyak gambar pun susah guna Blogger.com.. Nak edit kena buat satu-satu..
Now, jumpa Open Live Writer (sama macam Windows Live Writer juga), hope terus rajin menulis lah dan jangan ada masalah lagi! hehe..
Hello my blog!
Thursday, March 10, 2016
Warded..
Tuesday, November 17, 2015
Fudgy Brownies Recipe..
Tengah trend brownies kedut sekarang ni.. Kalau makan, aku tak boleh stop which is sangat bahaya haha…
Di sini aku nak share resipi yang aku guna.. Resipi ni telah dishare oleh my baker friend.. IG dia littleshoplots_cakes.. I should give credit to her.. Jarang baker nak kongsi resipi, okay!.. Semoga Allah murahkan rezeki dia.. Amin
Bahan-bahan dan cara penyediaan:
A) 120 grams salted butter + 200 grams granulated castor sugar - Panaskan bawah api sehingga cair. Biarkan sejuk
B) 300 grams dark chocolate – cair kan guna double boil technic. Biarkan sejuk
C) 130 grams all purpose flour + 30 grams cocoa powder
1/2 tea spoon baking powder – ayak campuran..
D) 3 large eggs + 1 tea spoon vanilla essence – Pukul sehingga kembang dan berwarna pucat.. Use maximum speed.
Steps:
1. Panaskan oven. 160 degree Celcius.
2. Guna 9 x 9 inci loyang. Gris dengan mentega.
3. Campurkan campuran gula+butter dan coklat ke dalam telur yang telah dipukul… Use maximum speed about 5 minutes
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Use speed 1. Sekejap saja, lepas tu ratakan dengan spatula. Jangan terlebih kacau/over beat, nanti tak jadi kedut. The batter should be smooth silky and shiny
5. Tuangkan dalam loyang. Bakar selama 25 – 30 minit. Check untuk make sure brownies dah masak.
6. Biarkan sejuk selama 1 jam. Lepas tu boleh dipotong..
Notes:
- guna high quality chocolate – aku guna Beryl’s Dar Chocolate Compound (button type)
- Guna fine granulated castor sugar sahaja
- Guna low heat. This will allow the “crispy skin” to develop
- Do not over beat once you add in the flour
Selamat Mencuba!
Sunday, November 15, 2015
3 Days 2 Nights Trip To Legoland …
Sementara tengah rajin menaip, mari kita tulis sikit about our recent trip to Legoland.. Bought 3 Days 2 Nights package from Legoland website, including Theme Park & Water Park 2 days admission.. Room rates are inclusive with daily breakfast.. Husband booked lebih kurang 2 minggu dari tarikh kami nak pergi ni..
Plan bercuti ialah sebelum bermula cuti sekolah sebab kitorang tak suka bila crowd ramai sangat dan serabut dengan anak kecik yang tak boleh duduk diam tu.. hehe..
So, memang tak ramai orang! Weee… We like!
Haikal tak tau langsung yang dia nak pergi Legoland.. Dia selalu tanya bila nak pergi sana.. Aku cakap kena rajin solat, pandai baca bla bla… Dan akhirnya tercapai jugak hajat dia..
Sampai di hotel around 12pm, terus redeem tiket untuk masuk Legoland since belum boleh check-in bilik lagi.. Their hotel check-in time is 4pm (lambat sangat)..
Dah spend main seharian actually tak sedar dah petang pun.. Petang biasanya hujan kat sini, so kenalah prepare poncho or payung. Balik dari theme park, baru check-in hotel..
Bilik memang best.. Sangat berbaloi..
Masuk bilik terus explore..
It can fit up to 5 adults in this room.. So kalau ada anak ramai ke, boleh muat dan masih selesa..
Kids paling happy duduk dalam bilik or main kat lobby.. Lego everywhere.. Mainlah sampai puas.. Pukul 11 malam kena naik..
The next day, kitorang spent untuk water activity pulak.. To be honest, kalau sehari aje memang tak cukup masa nak cover both parks.. 2 hari tu sedang eloklah.. Dengan anak kecik, aktiviti pun santai-santai aje, takde berkejar-kejar.. We love the idea hotel ni betul-betul bersebelahan theme park and water park.. Sangat-sangat dekat, very convenience.. Nak naik simpan barang, solat semua pun mudah.. Recommended!
Aku dan Hariz jadi penunggu kat bawah.. haha.. If you want to bring your kids, make sure their heights above 110cm, baru berbaloi boleh main semua rides/slides.. Haikal dah lepas dah, semua slides dia try dengan Papa dia… Tu yang kat atas tinggi-tinggi tu, semua dia main ulang-ulang sebab tak ramai orang..
Untuk baby and smaller kids, boleh main kat themepark ni.. Hariz takut kat sini, maybe air dia memancut macam hujan, serabut-serabut dia tak berapa suka..
But Hariz loves this lazy river.. 4 kali pusing pun dia masih steady… Masuk round yang kelima papa dia bawa, terus tertidur atas pelampung…
Inilah rupanya budak yang tidur tu.. hihi.. Kitorang letak dia dalam stroller (dengan baju basah tu), dia masih tidur.. Sampai balik hotel, keluar makan, habis makan pun masih tidur juga.. haha.. Penat sangatlah tu..
Petang tu hujan, terpaksa jugalah redah masuk theme park semula sebab Haikal belum dapat beli Lego.. Asyik sebut aje nak Lego.. Di lobby hotel pun ada jual, tapi tak banyak model macam kat dalam theme park..
Macam-macam jenis merchandise ada.. Tapi bricks Lego aje yang menarik perhatian dia.. Cumanya agak frust sikit harga Lego sama aje dengan harga kalau beli kat Parkson.. huhu.. Tak best betul.. At least bagilah diskaun banyak sikit, baru berbaloi datang dan beli kat sana.. So lepas ni, kena beli from UK ajelah untuk dapat yang lebih murah..
Lego Ninja Turtles ni yang menjadi pilihan..
Theme park tutup pukul 6pm during weekdays, sempatlah kitorang jalan sikit lagi.. Dapatlah tengok mini land sepintas lalu, which hari pertama tu tak singgah langsung..
Sangat kagum semua ni dibuat dari Lego.. Aku terfikir berapa kos Lego tu.. haha.. Yelah, Lego bukannya murah…
Naik tower.. Masa ni Hariz tido, so tinggalkan dia dalam stroller kat bawah.. The staff tolong tengokkan..
Baru bangun tidur, terus naik train.. Cho cho kata dia…
We played at the area sampailah theme park tutup… Then berjalan dalam hujan untuk balik ke hotel semula..
Too many photos! Budak-budak seronok, mak budak pun sama haha..
During breakfast.. Banyak choices makanan, so far puas hati..
Setiap hari mesti singgah main kat sini..
It’s time to say goodbye… Check out time is 11am..
Goodbye Legoland..
InsyaAllah ada rezeki lagi, kami datang.. Let’s plan for next holiday (tahun depan pulak)…