Wednesday, August 10, 2016

Airbnb In Osaka & Tokyo…

Cerita percutian di Jepun, akan menyusul kemudian kalau aku tak malas nak menaip.. Winking smile

Just nak share Airbnb yang kitorang duduk di Osaka dan Tokyo.. 8 malam di Jepun; 2 malam stay di Osaka, 5 malam di Tokyo dan malam terakhir kami duduk di hotel berdekatan dengan Narita Airport (kes takut lewat sampai airport).. I tried to minimize kekerapan kena berpindah sebab barang banyak, leceh dan memenatkan.. Ini pengalaman pertama kami tinggal di Airbnb, syukur both accommodation sangatlah memuaskan hati..

Di Osaka, we stayed here: https://www.airbnb.com/rooms/5608014

For more photos, refer link di atas.. Kecil aje apartment ni, tapi kelengkapan cukup, ada dapur untuk memasak ringkas-ringkas.. Cumanya dalam bilik tak ada mesin basuh/dryer, kena turun bawah untuk guna washing machine..

5 minit berjalan kaki dari Shin-Osaka station (East Gate) ke apartment ni.. Aku pilih Shin-Osaka sebab stesen besar and shinkasen direct dari sini ke Kyoto or Tokyo.. Tak perlu tukar-tukar train.. Memang sangat convenient..

image

Kami duduk di sini kat Tokyo: https://www.airbnb.com/rooms/10719442

Sangat selesa I would say.. Tilam jelah keras sikit hehe.. Ada washing machine dan dryer dalam toilet.. Penting ni mesin basuh dan dryer bila berjalan jauh dan lama… Baju anak-anak memang selalu kena basuh, ada yg terkencing, comot kena makanan etc..

FFMG3709
Besar apartment ni.. Sangat selesa untuk kitorang satu family.. Cumanya orang Jepun ni senyap-senyap aje.. So sangat risau bila anak-anak bising, takut mengganggu jiran-jiran..

IMG_4516
View from the apartment.. Kebetulan sakura season masa tu…

IMG_4522
Apartment ni sangat-sangat dekat dengan JR Gotanda station (Yamanote Line).. Just across this road.. 5 malam stay di sini, balik malam-malam pun okay sebab dekat nak jalan balik ke apartment.. Ada kedai di bawah apartment, nak beli barang kelengkapan harian, takde masalah..

No comments: