Monday, January 28, 2013
Self Reward On My Birthday…
Kan memang dah lama berkenan.. Cumanya, aku tak ada alasan kukuh untuk beli.. Bila dah sampai birthday, aku fikir “Why not?” bukan selalu pun.. Kenangan berusia 30 tahun.. haha..
Ini dia.. So far aku pakai bawak mandi, cuci baju, cuci pinggan semua.. hehe.. Yang tak boleh, spray perfume on it, mandi swimming pool, air laut.. Kalau malap nanti boleh polish balik.. :) Later, ada duit lebih, nak beli charm dia sebiji demi sebiji…
Saturday, January 26, 2013
Surprise Birthday Party…
Sunday, January 20, 2013
Gymboree Batch 25..
Thursday, January 17, 2013
Holiday Mood Is In The Air…
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya tiba masa yang dinanti.. Percutian ke Langkawi.. :) Pernah plan sebelum ni, tapi terpaksa cancel dan tiket burn sebab bertembung dengan friend’s wedding..
Flight petang nanti, dah siap-siap kemas dah.. Hopefully takde barang yang tertinggal dan flight tak delay nanti.. huhu..
We will be back on Tuesday.. Tata..
Note: To those yang nak order gymboree lagi, pls submit your order to my email.. Nanti balik bercuti, aku submit order.. Batch 24 dah submit, dan akan sampai Isnin ni..
Wednesday, January 16, 2013
Longchamp, Penutup Tirai 2012…
Wanita dengan handbag tak dapat dipisahkan macam isi dengan kuku.. Haha. Tak tahan, peribahasa aku.. Susah jugak kalau dah terjebak.. huhu.. Dengar je kawan nak pergi US ke, UK ke mesti kepala dah berkira-kira apa nak pesan.. :P Harga lebih murah dari kat sini, tu yang rasa berbaloi kalau beli.. Definitely, hubby did not agree with the idea, most of the time.. Katanya, simpan duit untuk rumah baru.. As if, kalau beli handbag satu, maknanya nanti duit tak cukup untuk beli sinki.. hihihihi..
To end year 2012, this is what I got for myself.. Lama dah beli sebenarnya, tapi suruh kawan simpan dulu sebab tak berani bawak balik rumah! haha..
Sangkut belakang pintu aje.. hehe.. Suitable for daily bag.. Spacious sesuai untuk mak-mak, nak letak pampers anak atau botol air haha.. Nak letak telekung pun boleh
Masa bawak balik rumah, I kept it safely in the wardrobe.. Senyap-senyap je dia duduk situ for a week +.. So, one day, aku test bawak keluar, macam takde apa-apa berlaku.. My hubby didn’t notice.. Yeay! Tapi petangnya dia sedar and asked me “Bag siapa ni?” haha.. Kantoi!
Aku ada lagi satu handbag in the wish list.. Oh, menyesal bagitau harga.. huhu.. Awal-awal sudah tak dapat approval.. Sometimes terfikir why don’t I show my ASB book “This is how much I save this year, so let me spend this “little” for that bag” HAHAHA.. Dilema sungguh!
Monday, January 14, 2013
Gymboree Batch 24…
Thursday, January 10, 2013
Haikal’s Activities At Home…
Bila tengok Haikal main sorang-sorang, rasa kesian dia takde kawan.. Tapi, dia bukan kisah pun.. Semua benda pun dia boleh buat main.. Mama & papa lah kawan dia.. Selalu dia paksa aku main sama-sama sampai tak larat, siap pass suruh ajak papa.. hehe..
Ni dia main bola kat dapur.. Kalau boleh, hari-hari nak sepak bola.. Kalau dia main dengan aku, dia suruh aku skipping sekali.. Semput, mak! haha..
Video bawah ni Haikal baca ABC.. Sambil aku lipat baju, dia baca kat bawah.. Setakat ni, dah kenal huruf besar dan huruf kecik.. Ada sikit confuse jugak kadang-kadang… Dalam usaha nak ajar Alif Ba Ta.. Susah nak fokus kot kalau setakat aku tunjuk flash cards dan bacakan buku.. Kalau korang tahu any iPad apps yang ajar huruf hijayya ni, please share, okay! To tell you the truth, Haikal banyak belajar ABC, 123, vocabularies through iPad..
Please excuse the mess..
Haikal dah nak masuk 3 years old February nanti.. How time flies…
Wednesday, January 9, 2013
Hubby’s Birthday Celebration..
Cake from Starbucks depan rumah.. Jadilah, daripada tak ada.. hihi..
The next day, kitorang ke Pavillion.. Saja jalan-jalan dan hajat aku nak ke H&M tercapai pada hari tersebut.. hehe..
Since sampai pun dah pukul 11.00am++, we had our brunch at Tony Roma’s… Haikal mengamuk pagi tu, sangat menguji kesabaran.. Dia nak apa pun kitorang tak tahu.. huhu.. Dah lama sikit baru okay…
Budak bad mood muka 20 sen… huhu..
Chicken Caesar Salad..
TR Chocolate Avalanch… For me..
Hubby makan beef ribs.. Aku pilih Fish & Chips sebab ingat Haikal nak makan fish.. Dia tak mahu makan, order nasi pulak.. Sudahnya banyak sangat makanan, sampai tapau bawak balik, makan for dinner.. hehe..
Few of our cam-whoring photos.. hehe..
Perut dah kenyang, teman hubby buat spec baru.. Sampai ke Bukit Bintang kitorang jalan… Haikal tido, nasib baik.. hehe..
My stripey boys…
Tempat wajib untuk Haikal berhenti dan membelek.. Sekarang dah pandai demand.. Cari yang mahal-mahal… huhu..
Lewat petang, we had our evening coffee at The Loaf.. Sedapnya dia punya Steak Sandwich..
Robot dan kereta yang berjaya di”pau” hari tu…
He was amazed.. Kenapa ada hadiah kat pokok?? haha..
Happy Birthday, Abang.. Semoga jadi papa dan suami yang soleh..
Tuesday, January 8, 2013
Simple Principles To Raise A Successful Child..
Just to share a good book that I got from BBW few weeks ago..
Orang putih punya principles, tapi kalau yang bagus-bagus, tak salah kite ikut.. Kena sesuaikan dgn kehidupan kite sebagai orang Islam.. :)
Buku tak besar sangat, so aku letak je dalam handbag.. Principle yg very close to our daily parenthood routine, I will share in Instagram hehe..
As years passed by, hope we together can improve to become better servant to Allah, parents, moms, friends, wife etc.. Bear in mind, Al-Quran and sunnah is still the best to follow.. :) Insya Allah..
Tuesday, January 1, 2013
Yaobao Power Bank & iPhone Car Charger…
These both items dah macam nyawa! Haha.. Tau jelah, penggunaan iPhone sangat extreme; balas email orang beli Tupperware, FB, Twitter, Instagram, browsing etc.. Sekejap je bateri dah kong.. Dan 2 items nilah yang aku bawak ke mana-mana.. huhu.. Hari ni pulak lupa nak bawak Power Bank dan data cable, terpaksa pinjam charger orang.. hehe..
Berat sikit.. Tapi apa ada hal? Bawak iPad lagi berat dari ni.. Boleh charge iPad jugak sebanyak 2 kali.. Charge iPhone up to 5 times.. Bagus betul!
Untuk kegunaan dalam kereta.. Di kala menghadap traffic jem, boleh lagi snap2 photo atau tweet.. haha..