Tuesday, August 19, 2008

A long weekend...

"Long" weekend sebab aku shutdown leave on Monday.. Best memang best, tapi, kena tolak annual leave.. habis cuti aku!!

Parents aku takde kat umah last weekend.. tinggallah kitorang anak dara bertiga; Sofia, Liana including me, kat rumah.. Jumaat, after work, I drove home... mak aku akan bertolak ke Langkawi kul 9 mlm.. Ayah pulak bawak Nizam and Fariz ikut dia pegi JB.. Pagi Jumaat tu dah bertolak dah... Sampai rumah, ingatkan nak kuar jap jumpa Ernie, Nadia and Syida kat area rumah Nadia.. sebab diorang nak dinner sama.. Since Nadia pulak yang pegi UM, aku tak jadi join.. Dah penat rasanya nak drive ke sana.. Dah la balik tu jalan jam dari Sungai Besi ke Jalan Tun Razak.. Kepala aku pun jam sama..huh!

Mak aku buat lauk ikan patin masak tempoyak.. nyum2, sedap sungguh! Suddenly, teringin nak makan durian.. Mintak Epit tolong belikan.. Lepas hantar mak aku naik bas, Epit bawak balik durian.. Kenyang betul perut aku malam tu..

Around 12 mlm, Tasha datang rumah.. bukan main lapar.. nasi lemak yang kecik2 50 sen satu tu, dia makan 3 bungkus, tapi, still lapar lagi. Dia offer nak belanja KFC tapi dgn syarat aku kena pegi beli.. ceh! malasnya nak keluar malam2 camtu.. lagipun aku still kenyang lagi.. pujuk punya pujuk, aku pun pegilah beli KFC.. Aku bawak Liana and Sofia skali.. Malas nak tukar baju, aku pakai baju kelawar je.. haha.. kul 1am baru sampai rumah.. Makan lagi!.. Sebu perut aku.. hehe.. ada balance KFC, kitorang makan masa breakfast.. nasib la, orang bujang.. hehe..

Hari Sabtu, bangun pun dah siang.. ;) terus call Hanim, ajak gi Ikea.. dia orait aje.. gi sana sebab nak beli notice board utk Liana.. dia nak bawak balik hostel.. kalau dah berjalan, bukan boleh beli satu benda tu aje, ada la lagi barang sampingan yang dibeli.. termasuk cukai kerajaan yang dikenakan oleh cik Sofia.. dia mmg tak boleh tgk orang lebih :P Kitorang lunch kat Ikea.. makan meatball apa entah, tak ingat nama dia.. boleh tahan la.. After makan, pegi bookshop, beli stationery and then, terus balik.. tak boleh lama2, nnti lagi byk songeh adik aku tu..
Tak nak turun! sedap duduk atas lapik bulu2..

On Sunday, plan nak duduk rumah je.. tapi, keluar pulak pegi Carrefour. Liana nak tanya tentang handphone dia yang problem tu.. before keluar, aku dah siap2 masak for lunch.. pagi tu, pegi supermarket beli udang.. sebab, diorang request masak sambal udang.. balik from Carrefour, terus pegi rumah Epit.. aku bawak sket lauk utk dia.. kat sana, aku tumpang basuh kete.. tak lama lepas basuh, hujan la pulak.. tension aje.. Malam tu, kitorang keluar lagi.. pegi Sri Rampai.. nak cari kedai gambar.. tapi, tak jumpa... last2, pegi Jusco.. cuci gambar for my new license.. No more "P" starting next week... hehe.

Isnin pagi, aku jadi driver sekejap. :) Lepas tu, pegi JPJ utk renew lesen dgn Hanim.. Sekejap aje tunggu, tak sampai 15 minit pun.. aku ingatkan lama la sgt.. Aku janji dgn Hanim nak bawak dia pegi kedai Tupperware.. dia nak beli barang.. so, after breakfast, kitorang pegi sana.. Sampai situ kul 10.00am, tapi, kedainya bukak pukul 11.00am!! Hari hujan, jadi malas nak gi mana2.. kitorang duduk tunggu dalam kereta aje, buat sesi luahan perasaan.. :0 Bila kedai bukak, Hanim beli yang mana dia berkenan.. Pastu, aku antar Hanim balik. Petang, aku siap2 nak balik Senawang.. Jadi, tinggallah adik2 aku kat rumah.. Rasa malas bangat nak balik.. :(

Erm, syok betul cuti lama2. Minggu ni balik lagi.. Bile lah komuter nak sambung sampai Senawang ni? Lagi senang, aku balik tiap2 minggu naik train..hehe.. Kalau drive, dah la petrol mahal, badan pun penat.. huhu..

1 comment:

ErnIe said...

sorry pasal jumaat malam tu.. mmg nak g area umah nadia, tapi kitaorg lambat gerak. kul 8.30 kat um lagi.. bila nadia call 8.20, dia dah siap pun.. so, dia kata, dia dtg um je.. sorry ye.. nanti2 kita jumpa.. maybe on wedding day nadia..