Wednesday, August 27, 2008

Cintamu...

"Bercahaya hidupku dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi

Kau sambutlah rinduku jangan lepas lagi
Kupasti setia seteguh kasihmu buatku"

Entah kenapa aku suka betul dengar lagu Siti yang ni (Banyak lagi lagu dia yang aku suka,sebenarnya).. Especially, part chorus.. I heard this song over and over again since yesterday... tak tau dah berapa kali ulang.. ada 100 kali kot.. Selalunya macam ni lah.. dengar berulang2, sampai satu tahap dah tak nak dengar lagi.. Sambil buat keje, sambil menyanyi.. baru feeling sikit.. hehe..

Bercakap tentang feeling ni, teringat aku masa belajar dulu.. ada je lagu2 yang aku kaitkan dgn seseorang orang2 yang aku kenal.. Lagu Ratu, Dayangku Intan, Camelia, Hopelessly Devoted To You by Greese etc.. macam2 la, tapi, semuanya yang jiwang2 and very the feeling2.. haha.. Kalau dengar lagu-lagu tu, mulalah imaginasi pun melayang2 entah ke mana... Sekarang, dah jarang dah dengar lagu2 nostalgia tu.. dengar lagu lain pulak; lagu kat atas ni..

In fact, certain lagu macam ada story behind it.. Dengar lagu Sheila Abdul, teringat Ely.. Bile tengok Dyan, boleh pulak aku nyanyi lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi kat dia.. Mana tak seksanya seksinya, pegi isi petrol kat Shell dengan pakai baju kelawar.. haha..

Bestkan, bila dengar lagu sambil hayati lirik dia, rasa macam menusuk kalbu gitu.. tak tau la orang lain, tapi, aku rasa macam tu.. mungkin aku yang terlebih emosi.. hehe. Jadi, lagu2 yang orang skrg ni tergila2, mmg lah bukan taste aku.. boleh dengar tapi not really addicted to it.. old-fashioned kan? hehe..

Selalu bayangkan bestnya kalau ada orang bagi lagu kat aku.. tentu aku dengar lagu tu slalu sambil fahamkan apa maksud dia nak cakap di sebalik lagu yang dia bagi.. perasan betul.. kuikuikui..

**Thanks ely sbb forward lagu ni kat aku.. Sejak LimeWire diharamkan takde in my laptop , mmg aku dah tak lagi download2 lagu..

Friday, August 22, 2008

Puasa belum lagi, tapi kuih raya dah beli..

My kuih puasa@raya..
Rasa tak percaya pulak dapat bekas ni bile aku beli kuih tart gulung.. :) Comel la pulak.. Harga tak mahal sgt.. kuih pun comel aje... siapa nak boleh la bgtau.. nnti aku tolong belikan.. hehe.. tapi, kalau beli yg 100pcs je lah dapat bekas ni.. Dah abis kuih, boleh buat tabung pulak sbb kat bahagian kepalanya ada lubang utk masuk duit.. And, bile Sofia nampak benda ni, I am expecting dia akan mintak bagi kat dia.. Ayat normal "Adik nak".. :)

Aku nak bawak tart ni balik KL la, bagi family aku rasa.. Rasanya, tak sampai Isnin, dah selesai dah.. My family's favourite.. slalu, kalau beli utk raya, mmg untuk makan sendiri je.. tak sempat nak hidang kat tetamu.. huhu..

Oklah, nak balik KL dah.. Dyan dah nak sampai Senawang.. I better log off. Bye2.

Cards Making..

Actually, ni aktiviti yang aku buat bersama2 adik2 aku last week.. mula2, buatkan nama utk notice board yang Liana beli kat Ikea tu and then, buat satu card utk dia..





Cik Sofia pulak keje dia tabur-tabur pasir atas sticker Hello Kitty yg dia nak sangat aku belikan.. Tengok hasil keje dia.. Boleh la.. comot2 sikit, nama pun budak tadika.. kalau orang tua buat camni, maksudnya tangan tak bedung masa kecik dulu.. haha..





Dah siap kad utk Liana, Sofia pulak merajuk sbb aku tak buatkan untuk dia.. sampai menangis-nangis.. last2, aku janji aku buatkan esoknya.. so, ini utk Sofia pulak.. makin penuhlah beg skolah dia dgn macam2 kertas.. but, aku suka bile adik aku ni appreciate apa aku bagi kat dia... Cuma satu je, kalau marah atau merajuk dgn aku, dia bawak keluar semuanya, bagi balik and cakap dia dah tak nak.. :P

Tuesday, August 19, 2008

A long weekend...

"Long" weekend sebab aku shutdown leave on Monday.. Best memang best, tapi, kena tolak annual leave.. habis cuti aku!!

Parents aku takde kat umah last weekend.. tinggallah kitorang anak dara bertiga; Sofia, Liana including me, kat rumah.. Jumaat, after work, I drove home... mak aku akan bertolak ke Langkawi kul 9 mlm.. Ayah pulak bawak Nizam and Fariz ikut dia pegi JB.. Pagi Jumaat tu dah bertolak dah... Sampai rumah, ingatkan nak kuar jap jumpa Ernie, Nadia and Syida kat area rumah Nadia.. sebab diorang nak dinner sama.. Since Nadia pulak yang pegi UM, aku tak jadi join.. Dah penat rasanya nak drive ke sana.. Dah la balik tu jalan jam dari Sungai Besi ke Jalan Tun Razak.. Kepala aku pun jam sama..huh!

Mak aku buat lauk ikan patin masak tempoyak.. nyum2, sedap sungguh! Suddenly, teringin nak makan durian.. Mintak Epit tolong belikan.. Lepas hantar mak aku naik bas, Epit bawak balik durian.. Kenyang betul perut aku malam tu..

Around 12 mlm, Tasha datang rumah.. bukan main lapar.. nasi lemak yang kecik2 50 sen satu tu, dia makan 3 bungkus, tapi, still lapar lagi. Dia offer nak belanja KFC tapi dgn syarat aku kena pegi beli.. ceh! malasnya nak keluar malam2 camtu.. lagipun aku still kenyang lagi.. pujuk punya pujuk, aku pun pegilah beli KFC.. Aku bawak Liana and Sofia skali.. Malas nak tukar baju, aku pakai baju kelawar je.. haha.. kul 1am baru sampai rumah.. Makan lagi!.. Sebu perut aku.. hehe.. ada balance KFC, kitorang makan masa breakfast.. nasib la, orang bujang.. hehe..

Hari Sabtu, bangun pun dah siang.. ;) terus call Hanim, ajak gi Ikea.. dia orait aje.. gi sana sebab nak beli notice board utk Liana.. dia nak bawak balik hostel.. kalau dah berjalan, bukan boleh beli satu benda tu aje, ada la lagi barang sampingan yang dibeli.. termasuk cukai kerajaan yang dikenakan oleh cik Sofia.. dia mmg tak boleh tgk orang lebih :P Kitorang lunch kat Ikea.. makan meatball apa entah, tak ingat nama dia.. boleh tahan la.. After makan, pegi bookshop, beli stationery and then, terus balik.. tak boleh lama2, nnti lagi byk songeh adik aku tu..
Tak nak turun! sedap duduk atas lapik bulu2..

On Sunday, plan nak duduk rumah je.. tapi, keluar pulak pegi Carrefour. Liana nak tanya tentang handphone dia yang problem tu.. before keluar, aku dah siap2 masak for lunch.. pagi tu, pegi supermarket beli udang.. sebab, diorang request masak sambal udang.. balik from Carrefour, terus pegi rumah Epit.. aku bawak sket lauk utk dia.. kat sana, aku tumpang basuh kete.. tak lama lepas basuh, hujan la pulak.. tension aje.. Malam tu, kitorang keluar lagi.. pegi Sri Rampai.. nak cari kedai gambar.. tapi, tak jumpa... last2, pegi Jusco.. cuci gambar for my new license.. No more "P" starting next week... hehe.

Isnin pagi, aku jadi driver sekejap. :) Lepas tu, pegi JPJ utk renew lesen dgn Hanim.. Sekejap aje tunggu, tak sampai 15 minit pun.. aku ingatkan lama la sgt.. Aku janji dgn Hanim nak bawak dia pegi kedai Tupperware.. dia nak beli barang.. so, after breakfast, kitorang pegi sana.. Sampai situ kul 10.00am, tapi, kedainya bukak pukul 11.00am!! Hari hujan, jadi malas nak gi mana2.. kitorang duduk tunggu dalam kereta aje, buat sesi luahan perasaan.. :0 Bila kedai bukak, Hanim beli yang mana dia berkenan.. Pastu, aku antar Hanim balik. Petang, aku siap2 nak balik Senawang.. Jadi, tinggallah adik2 aku kat rumah.. Rasa malas bangat nak balik.. :(

Erm, syok betul cuti lama2. Minggu ni balik lagi.. Bile lah komuter nak sambung sampai Senawang ni? Lagi senang, aku balik tiap2 minggu naik train..hehe.. Kalau drive, dah la petrol mahal, badan pun penat.. huhu..

Tuesday, August 12, 2008

Again..

Sejak-dua-menjak ni, kalau masuk rumah, mesti rasa berdebar2.. sebabnya, dikhuatiri ada tikus sedang bermain2 kat dlm rumah.. Pagi tadi sebelum pegi keje, aku tinggalkan gam tikus kat ruang tamu.. mana tau ada yang minat ikan bilis bakar yang aku letak kat gam tu.. Masa balik ni, aku bukak lampu and terus ternampak seekor tikus telah melekat kat gam tu.. siap ada cicak sekor.. hehe.. Ni kali kedua, tikus berjaya aku jerat.. geli mmg la geli.. tapi mmg geramlah.. sebab dia dan keluarganya lah culprit yang buat sepah kat bilik/rumah aku selama ni.. Orang cakap, kalau nak tangkap tikus ni, xleh marah2 dia.. nanti, lagi teruk dia buat onar.. so, aku diam jelah.. siap sempat amik gambar tikus tu posing.. haha.. aku lipat kertas tu and masuk dlm bekas plastik.. masih terngiang2 suara tikus tu kat telinga ni.. hish, meremang bulu roma.. Heong pernah cakap suruh siram air panas.. taknak la aku, rasa tak sampai hati pulak.. nnti teringat pulak seumur hidup.. hehe.. harap dia tak terlepas la dari bekas tu.. aku dah buang dlm tong sampah dah pun..

Hopefully, takde lagi la yang masuk.. Rumah aku takde apa pun.. Masuklah umah orang lain ke.. :P.. Aku ingat nak beli gam tikus tu lagi.. Precaution step.. During weekend, aku tak letak gam tu, takut tikus tu mati pulak, abis satu rumah bau tikus.. Huh!

Chill Out..

On the way nak masuk office after tea break tengahari tadi, tiba2 aku cakap kat Kak Izan and Nida, yang aku rasa macam nak makan donut.. erm, apalagi, Kak Izan cakap "Jom".. fikir jap, pastu, aku pun set aje.. after keje, kitorang ke Jusco.. Singgah Senawang jap sebelum pegi, sbb Nida ada hal.. Masuk 7-Eleven kat Senawang tu, terpandang pulak kad2 and terjumpa benda yang aku carik2 selama ini; riben.. projek mega aku memerlukan benda2 camni utk berjaya.. haha.. Hari tu, tgk kat MPH, mahal jugak.. rasa cam nak beli suma, but, my mind kept telling me it is not necessary.. hehe.. Tapi, dah jumpa riben murah tadi, aku beli la 2 rolls..

Kat Jusco, beli Big Apple Donuts.. and Nida nak makan Johny's Steambot.. tapi, camne dgn donut aku?? Donut tu, kitorang simpan utk makan esok kat ofis.. hehe.. dah kenyang, xlarat aku nak makan dah..
Lepas makan, ronda2 kat bahagian stationery.. terbeli pulak foam sheets.. nanti boleh buat huruf2 dgn benda tu.. memang tak boleh tahan la tgk, rasa nak membeli je.. :)
Tu je lah, lepas tu, singgah bank, then terus balik..

Thursday, August 7, 2008

Technical Award Dinner..

Aku baru balik dari dinner kat Royale Bintang, Seremban.. Ni pun balik awal, tak tunggu desert sebab rasa macam lambat je.. lagipun ramai yang dah balik.. yang tak balik tu, apalagi, continue "minum" lah... aku pun takde kawan, perempuan tak ramai, so, better balik cepat..

Majlis ni diadakan untuk staff2 yang contribute technically to the company... last year aku tulis technical paper, based on my project.. tu yang dapat 2 award. Duit pun dapat jugak.. tapi, dah habis aku buat jolly.. haha.. Thanks to Heong.. he helped me a lot :)

Here, I represent the awards..


Tak tau nak gantung kat mana.. Paku pun takde..Berat jugak benda ni sebab dia pewter from Tumasek Pewter.. next time (entah bile.. hehe), kalau dapat lagi, just gantung je kat bawah tu.. dia ada tempat cangkuk.. gantunglah sampai the wall cannot handle anymore.. that one, maybe after 15 years working here, I guess.. hehe... tapi, kalo takde paper, tak dapat jugak.. huh!

Gambar aku bersopan pakai kebaya, takde.. sbb I did not bring camera.. nnti bile orang dah upload dlm company portal, aku letak la gambar aku kat sini.. tadi, ada yang terkejut tgk aku.. sebabnya, aku tak pernah berpakaian begitu di tempat kerja.. baju kurung pun, baru sekali pakai sepanjang 2 tahun lebih keje kat sini.. haha.. teruk betul!

Updates:

Ni gambar masa technical dinner hari tu..


From left: Heong, Me, HR manager & Yus


From left: Me, Yus, Rosli and HR manager

Wednesday, August 6, 2008

Tutorial - Changing your blog background..

As per your request, Cik Ely, here I give tutorial how to change your blog background layout.. Actually, tak susah pun.. But, since I edit the code a little bit, so, the link is not there.. hehe.. jadi, tak dapat nak click dia punya website URL yang bagi this free background template. Jahat betul! hehe. Click below photo to get the cute design background.


The instructions are very simple. Tapi, kat sini, aku tolong simplify kan.
  1. Click kat "Free Background" icon kat bhgn kiri web tu.
  2. Then, pilih la mana2 yang berkenan di hati.
  3. Bile dah click tu, dia ada bagi html codes. Copy the codes.
  4. Pegi kat Dashboard of your blog, Click "Manage: Layout".
  5. Click "Add a Page Element" icon, then, go to HTML/JavaScript. After that "Add to Blog". Then, paste the codes there. No need to put the "Title". Then, save.
Dah siap la.. view your blog. The new template are now changed your favourite design. hehe.
Have a try, ok!

Tuesday, August 5, 2008

Scrapping Lagi..

Tara...


Serabut.. Aku main tampal2 je.. haha..
Aku takde idea sebenarnya.. :P

p/s: Cantik tak layout baru ni? :)

Friday, August 1, 2008

Nur Ain Sofia..

Bukan main panjang nama adik aku ni.. nama aku secoit je.. haha.. Tu gara2 kitorang la, abang2 and kakak2 dia bagi nama.. maklumla, adik bongsu..

Takde apa nak cite pasal Sofia.. Cuma ni ada sket apa yang aku buat dgn gambar2 adik aku ni.. aku compile gambar2 dia masa kecik and cuci.. and now, ini la hasil tampal-menampal yang aku buat.. bile tgk balik gambar camni, mmg boleh tersenyum sendiri.. comel sgt..



Ingatkan malam ni nak buat something else, sebab tadi berkobar2 balik keje beli ribbon. hehe.. Tapi, sampai skrg tak gerak2 lagi.. :P
Semalam pun, after balik keje terus pegi bank and ke Jusco.. semata2 nak cari kertas.. sorang2 pulak tu.. I better start la sebelum mood pergi.. hehe..