Sunday, May 25, 2008

Second Touch...


Ini hasil tanganku yang kedua.. yang pertama tu, personal sikit.. so, I rather keep it for myself ;P

Saturday, May 24, 2008

Hanging out with friends..

Dah seminggu berlalu sejak aku keluar dan lepak2 dgn kawan2.. Gi midvalley naik LRT, tgk movie sama2, makan2 kat Hartamas and beli tudung kat Jalan Masjid India.. overall, aku sgt happy sbb dapat buat benda yang dah lama aku xbuat :) and,pegi spa ialah perkara baru yg kitorang buat.. ernie dpt free voucher, so, kitorang pun pegi la sama2.. best betul orang urut2 badan, kaki kite.. very relaxing.. :P aku malas nak cite panjang2, sbb Ernie and Ely dah cite pun dlm blog diorang.. hehe.. Well, mmg best bile dapat gather dgn kwn2 mcm ni.. I had so much fun walaupun hanya dpt spent 2 hari je dgn diorang..

Masa gi midvalley tu, aku kena gi Sunway International Vacation Club. Office tu, sebelah midvalley je.. Someone called me ckp aku kena dtg amik free voucher, tapi, kena dengar la diorang cakap dalam 40minit.. aku rasa, no harm trying since takde kena byr apa pun.. so, aku angkut kwn2 aku gi dgr skali.. actually, aku takut kena tipu.. hehe.. konsep vacation package tu menarik, tapi, tak sesuai la utk kitorang yg bercuti pun hanya sekali setahun.. after dengar long explanation from the representative, aku boleh buat lucky draw.. i got 2 adult tickets for Sunway Lagoon Theme Park.. tapi, kena redeem next time.. nnti bila free aku gi amik la kat situ.. Bile nak pegi sunway lagoon nya? adik2 aku dah cakap nak ikut.. hehe..

Thursday, May 22, 2008

Miss Sofia Lauren's Birthday.. :P

Siapa Sofia Lauren?.. Ni nama glamour adik aku.. hehe.. Nama sebenarnya Nur Ain Sofia.. Hari Sabtu 17 May ialah hari jadi adik aku yg ke-6.. dah besar dah adik aku ni.. On that day, takde celebrate apa pun kat rumah sbb dah celebrate awal kat skolah dia.. mak aku beli kek and anta kat skolah on the Friday.. Skali dgn nasi lemak bungkus, mak aku anta.. mak aku malas nak masak2, tu yg beli je nasi lemak.. hehe.. so, kwn2 and cikgu2 la yg celebrate birthday sofia dlm kelas.. mmg sibuk betul dia cakap nak buat hari jadi kat skolah sebab ada kawan dia pernah buat birthday kat kelas jugak... biasalah budak2.. xleh tgk orang lebih.. haha..

Masa malam Jumaat yg aku balik hari tu, Sofia dah tido.. tapi, dia terbangun masa aku tgk tv.. then dia tanya aku ada belikan hadiah dia tak.. aku cakap aku terlupa nak beli.. muncung je mulut dia :P.. aku cakap aku ada beli hadiah, tapi, esok la baru bagi.. birthday adik kan hari Sabtu..

Sabtu pagi, Nizam sibuk2 tanya mana hadiah adik.. "kak emy beli apa utk adik?".. Aku suruh Nizam amik hadiah tu kat dlm kete aku.. and, aku bg lah kat sofia.. Actually, mcm2 dia nak.. jam, beg skolah, seluar.. aku cakap, kena dapat no. 1 dulu, baru aku belikan.. "Asyik2 kena dapat nombor 1".. Sofia merungut. hehe.. mmg la, kalo xnak belajar, sapa nak bagi hadiah.. Nizam cakap dia nak hadiah mainan jugak utk birthday dia.. yg tu, lambat lagi, bulan 12 la baru aku beli.. hehe..

Hadiah & handmade card from me..
Time bukak hadiah.. Nizam pun sibuk jugak :)
New Barbie doll.. I like it also.. hehe..
Comel..
Yang ni pun, nak jugak.. haha..
Gambar masa sofia's birthday last year... celebrate kat umah.. ajak kwn2 dia.. tapi, gmbar dgn tudung tu ialah tudung yg aku belikan masa gi Surabaya hari tu.. mcm ustazah.. hehe..

Tuesday, May 20, 2008

Motivational Dinner 2008

Department aku buat dinner kat satu restoran in Port Dickson, Jumaat lepas.. Masa pegi, Nida and Ho, chinese guy keje sama dgn Nida, tumpang kete aku.. Oleh sbb malas nak drive, aku suruh Ho yg drive. aku jadik co-pilot je. hehe. Aktiviti kat sana, dah nama pun dinner, tentulah makan, kan? :P.. bg aku biasa je lah makanan dia.. aku paling suka the last part.. makan cheesecake.. cheesecake tu sempena my manager's birthday.. exactly jatuh pada hari yg sama.. tentang lauk2, aku prefer lagi masakan melayu lah... hehe.. Lain2, ada jugak cabutan bertuah.. semua org malam tu dikira bertuah la sbb semuanya dpt hadiah.. haha.. actually, hadiah byk drpd org yg datang.. jadi, xde yg balik dgn tangan kosong. Aku sendiri dapat T-shirt ada cop company.. aku pun tak tau bile nak pakai baju tu..

After the dinner, aku terus balik KL.. Nida and Ho tumpang orang lain pulak balik ke Senawang.. Aku dah siap2 arrange kan dgn siapa diorang akan tumpang.. :P Sebabnya aku malas nak patah balik ke arah sana.. hehe..

Kat umah, Tasha nampak baju yg aku dpt tu.. dah dia mintak, aku pun bagi jelah..

Ho, Me and Nida..
Group photo ..

Date: 16th May 2008

Tuesday, May 13, 2008

Makcik betul!!

Semalam, lepas balik keje ingatkan nak gi isi minyak kereta memandangkan indicator minyak tu dah menyala hampir seminggu dah.. hehe.. So, after anta kak Izan, aku terus pegi petrol pump..
Dah siap2 park kat situ and bukak penutup tank minyak, aku tercari2 handbag aku.. tapi, xde.. fikir punya fikir, baru aku teringat yg handbag aku tertinggal kat office.. dengan wallet skali.. apalagi, aku tutup balik penutup tank tu and terus blah.. hehe.. nak isi minyak, tapi, duit haram xbawak.. haha, makcik betul!! Aku terus balik umah, malas nak singgah ofis amik handbag aku..
Tadi, masa lunch, baru aku gi isi minyak.. risau jugak kalo kereta mati tengah jalan.. xde sapa aku nak mintak tolong nnti.. huhu..

Monday, May 12, 2008

Weekend and me..

Tinggal sorang2 ni, tak byk yg aku buat kat rumah, selain tido.. hehe.. Tapi, takde la sampai tido seharian.. just dpt tido sampai hari siang, itu pun dah rasa cukup bagus.. rasa nikmat sgt.. :) Yang pasti, kena bangun sebelum Melodi start. haha.. since umah xde Astro, tu je lah siaran yg aku nantikan.. Sebelum tu, aku buat agar-agar.. Ni first time cuba.. tapi buat yg simple je dan something yg aku akan makan..

Tara.. Agar2 Milo yg tak berapa Manis..bagus2, utk kesihatan. hehe..
Petang, aku kuar kejap dgn Nida and Kak Izan gi Giant.. Teman kak Izan beli barang sket.. And what I bought for myself?? Semenjak-dua-menjak ni, aku ada hobby baru.. tapi, tak tau la sampai bile bertahan :-)

Benda2 ni lah aku beli.. Sebab comel and takde la mahal sgt.. Idea2 macam bermain2 kat fikiran aku ni, tapi, barang2 xcukup lagi.. So, kena tunggu la sket masa lagi.. tunggu ada bajet.. hehe..
Testing2, using the new punch..

Friday, May 9, 2008

Kerana sebiji "mangga"..

Masa lunch tadi, aku kuar gi Giant.. Beli mangga ni..


Disebabkan mangga, boleh jadi gaduh.. Jadi, aku beli jelah tanpa byk songeh.. Tgk yang jenama Solex, mahal la pulak.. aku beli yg tak berapa nak Solex ni.. Kalau aku jadi mangga, tentu rasa bangga sbb org gaduh disebabkan aku.. nak tergelak pun ada..hehe.. Malam ni, leh start guna mangga baru.. dengan mangga yg lama tu, aku manggakan skali.. ;-)

Thursday, May 8, 2008

One Day Trip to Singapore..

Bukan pegi melancong pun.. Went there to attend Semicon Singapore 2008 exhibition.. Bos suruh pegi, aku pun pegi lah.. kitorang pegi ramai2, naik chartered bus.. Dari ofis, awal2 pagi.. mata mengantuk lagi, jadi, aku tido je dlm bas.. sampai Singapore, takde problem apa kat imigresen.. so, sampai tempat exhibition awal and sempat tgk opening ceremony.. entah menteri apa yg rasmikan..

Posing2 dulu.. ;-)

Kat sana tengok2 new machines or anything related with keje aku.. Tapi, yg berkaitan Linux, xde la pulak.. controller ke, tak jumpa pun. Maybe aku tak betul2 tanya kot.. Since aku jalan dgn 2 org kawan baru, so aku ikut je lah diorang. Diorang interested about wafer la, vision inspection la.. aku angguk2 je dengar explanation, padahal takde la faham sgt. hehe..

Kawan2ku sibuk dgr explanation.. Aku sibuk amik gambor. Hehe.
Penat berjalan, kitorang lunch McDonalds kat Marina Square which is sebelah je dgn Suntec Convention Centre tu. Lepas makan smbung balik berjalan2 ke booth2 yg ada.. mmg letih gile kaki aku... asyik dok cari kerusi je sbb nak duduk.. Tapi, kalo gi shopping complex, xde la penat camni, pelik aku.. hehe..

Kul 5, kitorang dah siap nak balik.. Bas dah tunggu.. This time, aku tak pegi jalan2 mana pun sbb mmg aku rasa xnak la melencong.. hehe.. niat mesti baik, nak gi exhibition je.. ;-) nnti bos tau, tak antar lagi gi mana2.. hehe.. cukup2 la melencong gi KLCC hari tu.. siap beli kasut lagi! haha. Maybe next time la pegi Singapore lagi.. Boleh jalan2 sbb byk jugak tempat2 menarik kat sana.. Bangunan semua tinggi2 and ada lagi construction di sana-sini.. byk sgt perubahan if compared masa aku dtg dulu, masa tu aku still form 2... Dah tak payah lalu JB town lagi.. guna Second Link, sampai pun cepat.. Ok, Singapore.. till I come again..

Tak tau apa namanya. "Eye On Singapore", kot.. :P

On the way back to Malaysia..

Date: 5th May 2008

Tuesday, May 6, 2008

Ely datang!

On the 1st May, ely datang umah.. dia xpernah dtg umah sewa aku sblm ni.. Dlm kul 5.40am, aku kuar umah utk amik dia kat stesen bas. Dah sampai umah, kitorang sambung tido lagi.. aku pun mengantuk sbb asyik terjaga je malam tu.. takut2 bas yg ely naik tersampai awal..

Kul 9 pagi, baru terbangun.. hehe.. nasib la sumanya aku dah siapkan.. nasi pun dah masak after amik ely.. cheesecake yg ely request pun aku dah buat malam masa ely bertolak tu... sambal udang pulak, aku masak after cheesecake aku dah siap and dah masukkan dlm fridge.. kul 12 malam aku start buat sambal udang tu... saja je masak lambat2.. so that, aku tak makan sebelum tido.. hehe.. kalo makan time2 camtu, susahla pulak aku nak tido nnti, kan..

cheesecake ku.. tak berapa lawa lah.. hehe
Pagi tu, bersarapan nasi lauk sambal udang.. dengan cheesecake.. haha.. bagus je sarapan tu, mcm makan lunch.. lantaklah, asalkan perut kenyang.. hehe.. dah siap makan, kitorang kuar umah and singgah stesen bas.. cari tiket ke Melaka.. ely nak balik Melaka malam tu jugak.. so, dapat tiket kul 7.30pm.. then, kitorang terus ke Ikea.. hish, tgk barang2 kat situ, macam2 rasanya nak beli.. aku beli beberapa barang je kat situ.. glove utk masak, pin-up board, jam etc...

ely, posing with ikea plastic bag :)

Sebab still kenyang lagi, kitorang round2 kat Ikano dulu... aku terbeli cadar baru kat Aussino.. hehe..memandangkan cadar yg ada tu, dah lama sgt aku pakai, so kire ok la aku beli yg baru.. :P
nak beli sandal baru, tapi, aku berjaya tahan diri aku dari membeli.. hehe.. Kitorang Lunch kat Thai restaurant.. apa namanya, Absolute Thai.. kitorang nak cuba something new.. boring kalau asyik makan fastfood je..

Final destination is The Curve.. Ely cakap nak cari beg utk dia pegi bersukan... so, kitorang masuk beberapa kedai utk survey mana yg berkenan and tgk kalau2 harga dia berpatutan.. Last2, Ely beli beg Nike.. mula2 taknak beli.. tapi, dah terbeli.. hehe.. Then, sebelum balik, pegi Big Apple Donuts.. Ely nak rasa donut yg aku tergila2kan tu.. hehe.. Ely pun cakap sedap!

Big Apple Donuts, The Curve.. Sedap!!!

Itu jelah aktivity kitorang hari tu... On the way nak balik, singgah pulak Cheras jap.. bagi donuts kat org yg merajuk.. hehe.. gi minum2 sekejap, then, kitorang terus balik.. nasib baik sempat sampai.. 5 minit je sebelum kul 7.30pm..

Hope to see you again, Ely.. I am looking forward to see you guys; Ely, Dyan, Ernie, Ija and Nadia(kalo nak join skali) this coming 17th May 2008.. Aku ON je... This time, maybe boleh ronggeng sampai tgh malam tanpa risau akan tertinggal bas.. haha..