Sunday, August 14, 2016

Bunga Dari SSF…

Suka bunga, tapi tak reti jaga kalau bunga hidup… So bunga plastic it is!

Banyak-banyak tempat pergi, paling suka bunga di SSF.. Mahal sikit compare kat Ikea, Kaison etc.. Boleh tahan setahun, kira oklah kan? Hehe.. Setahun sekali baru ubah new look..

IMG_7812
Hydrangea di dapur… Tanam sepasu, mati tak berbunga pun.. haha.. Sedih..

IMG_7955
Tulips on my dining table..

Thursday, August 11, 2016

Ayam Kampung..

Our favourite now, ayam kampung goreng garing-garing.. Tak makan dengan nasi pun takpe, aku dengan Hariz ratah aje.. Sangat sedap!

Dah 3 kali order dan delivery ke rumah.. Harga pun berpatutan.. Untuk agen di area lain, boleh check dalam FB Ammarni Farm..

bee2a1d7-a4f9-44bb-ba94-18f5b95cc743
Marilah order ayam kampung… Yums..

Wednesday, August 10, 2016

Airbnb In Osaka & Tokyo…

Cerita percutian di Jepun, akan menyusul kemudian kalau aku tak malas nak menaip.. Winking smile

Just nak share Airbnb yang kitorang duduk di Osaka dan Tokyo.. 8 malam di Jepun; 2 malam stay di Osaka, 5 malam di Tokyo dan malam terakhir kami duduk di hotel berdekatan dengan Narita Airport (kes takut lewat sampai airport).. I tried to minimize kekerapan kena berpindah sebab barang banyak, leceh dan memenatkan.. Ini pengalaman pertama kami tinggal di Airbnb, syukur both accommodation sangatlah memuaskan hati..

Di Osaka, we stayed here: https://www.airbnb.com/rooms/5608014

For more photos, refer link di atas.. Kecil aje apartment ni, tapi kelengkapan cukup, ada dapur untuk memasak ringkas-ringkas.. Cumanya dalam bilik tak ada mesin basuh/dryer, kena turun bawah untuk guna washing machine..

5 minit berjalan kaki dari Shin-Osaka station (East Gate) ke apartment ni.. Aku pilih Shin-Osaka sebab stesen besar and shinkasen direct dari sini ke Kyoto or Tokyo.. Tak perlu tukar-tukar train.. Memang sangat convenient..

image

Kami duduk di sini kat Tokyo: https://www.airbnb.com/rooms/10719442

Sangat selesa I would say.. Tilam jelah keras sikit hehe.. Ada washing machine dan dryer dalam toilet.. Penting ni mesin basuh dan dryer bila berjalan jauh dan lama… Baju anak-anak memang selalu kena basuh, ada yg terkencing, comot kena makanan etc..

FFMG3709
Besar apartment ni.. Sangat selesa untuk kitorang satu family.. Cumanya orang Jepun ni senyap-senyap aje.. So sangat risau bila anak-anak bising, takut mengganggu jiran-jiran..

IMG_4516
View from the apartment.. Kebetulan sakura season masa tu…

IMG_4522
Apartment ni sangat-sangat dekat dengan JR Gotanda station (Yamanote Line).. Just across this road.. 5 malam stay di sini, balik malam-malam pun okay sebab dekat nak jalan balik ke apartment.. Ada kedai di bawah apartment, nak beli barang kelengkapan harian, takde masalah..

Tuesday, August 9, 2016

Demam Drama..

Tengok drama ni, jangan dimulakan.. Bila dah start tengok, mulalah terjebak..

Hari tu baru habis tengok Rumi & Jawi, ni aku baru start tengok Pergilah Air Mata.. Drama TV1 pun ada yang best rupanya haha.. Biasalah drama melayu based on novel ni, banyak koya sikit.. Kahwin mesti dengan orang hensem, kaya pulak tu.. LOL.. Bolehlah buat hiburan Smile with tongue out

pergilahairmata
Sekarang dah episod 8.. Lama pulak nak abis sampai episod 26.. Aku prefer tengok online, best sikit marathon..

Monday, August 8, 2016

Uber…

Sejak kewujudan Uber ni, kehidupan jadi lebih mudah!.. Aku dah jadi pengguna setia..

During lunch hour, kalau aku dan kawan-kawan terasa nak makan di luar, kami naik Uber ke Midvalley.. Jimat masa, tak perlu cari parking.. Dan memandangkan ofis aku kat PJ, nak pergi bank berdekatan pun, susah nak cari parking, takut kena saman kalau salah parking, bla bla bla.. Uber is the best option!

IMG_7963
Ni aku request nak balik ke ofis dari Bank Islam..

image1

Payment menggunakan credit card, so tak rasa duit tu keluar LOL.. Rate memang lebih murah berbanding teksi dan Grabcar.. Saya pilih! hihi.. I’ve once rode an Uber from Wangsa Maju to KL Sentral awal pagi sebelum Subuh, kena bayar cuma RM12.43.. Murah kan? Macam tak percaya.. 

If you guys nak try guna UBER, boleh guna link ni untuk register.. Kalau takut nak naik sorang, for a start ajak kawan teman.. hehe..

Have a nice ride!

Raya 2016…

Gambar kenangan raya hari tu..

IMG_7380
Our little family..

IMG_7626
Dua heroku..

Semoga bertemu di Ramadhan tahun hadapan.. Amin..

Sunday, August 7, 2016

New Update via Open Live Writer..

Suka nak menulis, tapi ada masalah password dengan Windows Live Writer yang selalu aku guna untuk update blog.. Itu membuatkan takde mood nak tulis.. Nak post banyak-banyak gambar pun susah guna Blogger.com.. Nak edit kena buat satu-satu..

Now, jumpa Open Live Writer (sama macam Windows Live Writer juga), hope terus rajin menulis lah dan jangan ada masalah lagi! hehe..

image

Hello my blog!