Oh my, dah berbulan baru nak update.. huhu..
Actually trip ni, my hubby ada course kat Singapore.. So aku tergedik-gedik nak ikut.. Sebab nak pergi berjalan-jalan.. hehe.. During day time, aku dengan Haikal berdua keluar jalan-jalan, and malam baru keluar sekali dengan my hubby..
Day 1 – 8th September 2013:
My hubby naik Singapore Airlines, booked by his company.. To save cost, aku dengan Haikal naik Air Asia saje.. Apa ada hal? hehe.. Dah biasa travel berdua dengan dia, tak menjadi masalah bagi aku.. Flight kitorang awal sikit dari hubby, dah sampai sana, kitorang just tunggu aje kat airport.. Lepas tu, baru naik teksi sama-sama ke Hotel..
Ini barang-barang yang aku bawak bersama stroller Haikal.. Dengan naik KLIA transit, naik bas lagi.. haha Gigih! That’s why I love MacLaren stroller the most! Never gave me trouble.
We stayed at Novotel Hotel Clarke Quay.. Nice hotel, reachable naik MRT.. Tapi jauh jugak nak berjalan tu, dari MRT ke hotel..
View from our room.. Bawah payung-payung besar tu banyak café and bar..
Entah kenapa Haikal takut nak mandi kolam sekarang..
View at night..
Malam tu kitorang ke Orchard Road.. Hubby nak cari powerbank.. Tapi bila tengok harga lagi mahal dari kat Malaysia ni.. Terus tak jadi..
Day 2 – 9th September 2013:
Haikal and I went to the Singapore Zoo on this date.. Naik train dari Clarke Quay ke Ang Mo Kio.. Situ ada bas untuk pergi Zoo.. Tak susah pun, Haikal duduk diam dalam stroller, aku tolak aje… Bila nak naik bas, lipat stroller and bawak naik..
Untuk berjalan-jalan ke mana-mana, aku beli card (ala-ala Touch N Go) and topup.. Bila naik bas atau MRT, boleh pakai card tu.. Tak beli Tourist Pass tu sebab bila kira-kira, mahal pulak.. Haikal duduk je dalam stroller, so tak bayar ticketlah.. Kalau ikutkan height dia ni, memang dah kena bayar half.. hehe.
Sudah sampai zoo.. Non-peak day, so tak ramai orang..
Lepas beli ticket, beli KFC untuk sarapan pagi.. Haikal seboleh-boleh tak mahu duduk makan, dia tak sabar nak masuk zoo.. Terpaksa bungkus dan terus jalan..
Compare harga dengan website, beli walk-in murah sikit sebab harga dia for unlimited tram ride.. $27 for adult and $17 for child..
White Tiger..
Nilah anak aku ni.. Mengarah aje, suruh tolak stroller.. Tak mahu berhenti lama-lama huhu.. Letih jugaklah nak tolak time naik bukit.. Bila aku tak larat, aku suruh dia berjalan..
Kangaroo..
Time relax-relax tengok gajah ni, barulah dapat makan KFC yang dibeli tu.. Dah nak dekat tengahari dah.. Letih gila.. huhu..
Haikal as Baby Elephant.. hehe..
Zebra feeding time.. Haikal khusyuk tengok.. Each time kalau nak bagi makan kat binatang-binatang, kena bayar $5..
He knew how to read the Zoo Map.. Bila sampai je tempat-tempat binatang tu, dia tunjuklah “Kita kat sini..” hehe..
Kat zoo ni ada wet area jugak.. Masa ni hujan, so Haikal tak merengek nak main air…
Nasib baiklah hujan belah petang.. Kalau tak, rugi aje berjalan time hujan.. Tak puas.. Time hujan lebat tu, instead of tunggu je kat satu tempat, kitorang naik tram.. Round sekeliling zoo sampai nak tertido.. huhu..
Bye Bye.. Nanti kite datang lagi..
Masa balik, naik bas semula ke Ang Mo Kio Station…
He was very happy riding a bus..
Finally setelah penat berjalan, anakku tertido..
Aku sambung berjalan ke ION Orchard Mall.. They have Cath Kidston store there! Excited sangat, hari-hari aku pergi situ.. But, the price is quite expensive..
Sebelah malamnya pulak, jalan-jalan dengan hubby pulak ke City Hall..
MRT is the most convenience way to travel.. Tapi memandangkan hotel jauh sikit ke MRT station, time pergi tu, semangat lagilah nak jalan kaki.. Time balik, sometimes naik teksi aje.. Sebab kaki aku dah tak larat hehe..
Orang cakap kat Singapore perfume murah-murah.. Tapi tengok jugak perfume apa.. hehe.. Chloe, Salvatore Ferragamo, Issey Miyake tu semua mahal.. Baik beli kat Malaysia.. Calvin Klein boleh tahan murah.. My hubby beli Skywalker pun murah..
Penat tunggu papa beli perfume..
Bila time sales, putting Avent ni murah sangat.. So aku beli banyak untuk simpan stock.. Lepas discount and conversion RM16.50 aje.. Not bad kan?
Day 3 – 10th September 2013:
Kolam renang, dia takut.. Mandi dalam bath tub, dia suka..
Pagi ni, kitorang keluar lambat sebab dah kepenatan seharian berjalan semalamnya.. Haikal sampai cakap dia tak nak keluar pergi jalan-jalan lagi.. Cuaca pun asyik hujan aje..
Kitorang ke Orchard Road lagi.. Jalan-jalan ronda-ronda di shopping mall sekitarnya.. Takashimaya, Tangs.. Takdelah shopping apa pun, just jalan-jalan cuci mata dan membuang masa. haha.
Teman anak aku main kat sini..
Petang, after hubby balik, kitorang keluar ke Vivo City.. Pergi ke sana naik bas..
While waiting at the bus stop..
Terjumpa ini! Harga boleh tahan..
Had our dinner at Secret Recipe.. Lega rasanya dapat makan nasi.. hehe.
Takde beli apa pun kat Vivo City.. Terjumpa Corelle murah, sebab ada sales.. Rugi pulak rasa tak beli hari tu.. huhu.
Day 4 – 11th September 2013:
Nak pergi kat “kapal” atas tu..
Sunny day today.. Haikal tak nak bangun jugak.. hehe..
We went there by bus.. Belasah aje ikut nombor bus dan tanya-tanya orang kat situ.. End up kena naik 2 bas sebab bas pertama tak turun area Marina Bay Sands ni..
Ticket for adult $20, for child $14.. Quite expensive, sekali seumur hidup, apa salahnya hehe.. Kata, tourist..
The view from the Observation Deck.. I wish, one day dapat tidur kat hotel tu.. hehe. Berangan..
Haikal takde mood nak bergambar..
Tak beli pun gambar yg diorang snap before naik.. Harga $50 (rasanya), freaking expensive! huhu..
Balik singgah Orchard Road lagi.. Hari-hari ke sana.. hehe..
From here, kitorang naik teksi ke Mustafa Centre.. Tak reti nak naik MRT.. Senang, naik teksi ajelah..
Macam-macam ada kat sini sampaikan tak tahu nak beli apa.. haha
Malam tu, kitorang datang lagi ke Mustafa Centre ni.. Dengan papa Haikal pulak, dia nak tengok sendiri betapa hebatnya mall ni.. LOL..
Kitorang makan roti nan tandoori dan nasi beriani kat area situ. Midnight baru balik hotel..
Day 5 – 12th September 2013:
It is time to go back.. Lepas breakfast, terus gerak ke airport.. We were taking Tiger Air.. While hubby, naik Silk Air.. So, kitorang sampai dulu kat LCCT.. Dari LCCT terus balik rumah naik teksi.. Hubby lewat sikit sampai..
Jam beli kat Mustafa Centre.. hehe..
Nilah perfume beli kat sana.. Untuk aku, 3 botol.. Padahal, baru je beli kat sini.. hehe.. Target nak abiskan dalam masa 3 tahun.. hehe..
That’s all our journey..
Ada banyak tempat lagi tak pergi.. Save for next time pulak.. Mana tahu ada rezeki datang lagi.. hehe.. I purposely tak pergi area Sentosa Island sebab takut Haikal melalak nak pergi Universal Studio.. hihi.. Fasal makan pulak, memang takde fokus nak cari tempat makan best-best ke apa.. Mana yang jumpa, halal dan yakin, kite makan.. Kalau tak, makan fast food aje.. hehe..
4 comments:
Dear. Vivo City ada apa yer.. nanti hotel kak mira sebelah Vivo.. so nak tau ape best shopping kat situ :)
Bestnya duduk area tu.. Tp saya tak tahu sgtlah apa best utk shopping.. Brg2 dapur kot.. Baju2 saya tak tengok sangat sbb bila calculate sama je macam sini.. Unless ada big sale..
Seronok nyer shoping kat sana..banyak kali ajak asben gi singapore..tp asben soh tunggu anak besar sikit...tp kang nunggu2 kang..temengandung balik..haaa acaner....
Hello,
I recently created an infographic on behalf of the brand Gaviscon about 7 tips to keep your tummy safe while travelling in South-East Asia, giving useful information about what and how to eat in order to avoid stomach issues during your journey or living in South-East Asia.
While looking for good blogs to share it on, I stumbled upon yours and as you are blogging about travels and food I thought that this infographic may be interesting for your readers. Would you be interested in sharing it?
If you want to take a look at it, please contact me on laura@lionandlion.com
Also, please note that:
- Gaviscon will have to be linked in the post as the source of the infographic.
- This is not an advertising campaign (no payment involved). The purpose here is to share information with whoever is interested in it.
I'm looking forward to hearing from you.
Best regards,
Laura
Post a Comment