Entry jalan-jalan ke Langkawi masih dalam process.. Apa kata aku tulis review dulu untuk hotel yang kitorang duduk.. hehe..
Kalau ke Langkawi, memang merata-rata nama hotel cap “BARON” ni.. Yang kitorang duduk ialah De Baron Resort kat area pekan Kuah.. Sampai pun dah malam, so tak kisah sangatlah duduk hotel biasa-biasa je.. So, aku booked via Booking.com.. Murahlah, RM140 satu malam..
Booking melalui website ni risky sikit.. sebabnya kite tak tahu keadaan dalam bilik tu macam mana.. Tengok kat website memanglah memanjangnya lawa, kan?.. hehe..
Serious tak tahu yang bila booking standard room akan dapat bilik di bangunan baru yang terpisah dengan yang bangunan asal.. Kena lintas jalan.. So, macam terasing sikitlah duduk situ.. And bilik pun tak berkemas.. huhu..
Ini bilik yang kitorang dapat.. Lantai tak vacuum, cadar tak kemas, botol air orang yg duduk sebelum ni yang kosong pun masih ada lagi.. huhu.. Sabar jelah.. After calling housekeeping, diorang kemas-kemas semua, then okaylah.. Malaslah bising-bising, duduk pun sekejap.. huhu..
In the morning, breakfast biasa-biasa je.. Tak banyak choices.. Bayar RM100+, what do you expect, hah? haha.. Then, next acitvities are enjoying the view and swimming…
I think, kalau dapat duduk bangunan lama ni, okay sikit kot…
Haikal bangun tido je terus nak pergi swimming.. Makan pun tak mahu..
Kolam renang luas.. Budak-budak confirm suka sebab ada slide..
Happy betul! :)
View kat sini memang sangat cantik.. Lupa sekejap keadaan bilik.. haha..
Hotel menghadap laut.. Best jalan-jalan tepi laut sambil menikmati pemandangan..
Si kecik pun sibuk nak amik gambar.. hehe..
View from the outside. Menghadap jalan ni ialah bangunan baru yg kitorang stay..
Time to check out..
Bye bye..
Akan adakah second time to stay here? I don’t think so.. huhu.. I will choose other hotel, kot.. :P
1 comment:
Nampak macam menrik...
Post a Comment