Sementara tengah rajin menaip, mari kita tulis sikit about our recent trip to Legoland.. Bought 3 Days 2 Nights package from Legoland website, including Theme Park & Water Park 2 days admission.. Room rates are inclusive with daily breakfast.. Husband booked lebih kurang 2 minggu dari tarikh kami nak pergi ni..
Plan bercuti ialah sebelum bermula cuti sekolah sebab kitorang tak suka bila crowd ramai sangat dan serabut dengan anak kecik yang tak boleh duduk diam tu.. hehe..
So, memang tak ramai orang! Weee… We like!
Haikal tak tau langsung yang dia nak pergi Legoland.. Dia selalu tanya bila nak pergi sana.. Aku cakap kena rajin solat, pandai baca bla bla… Dan akhirnya tercapai jugak hajat dia..
Sampai di hotel around 12pm, terus redeem tiket untuk masuk Legoland since belum boleh check-in bilik lagi.. Their hotel check-in time is 4pm (lambat sangat)..
Dah spend main seharian actually tak sedar dah petang pun.. Petang biasanya hujan kat sini, so kenalah prepare poncho or payung. Balik dari theme park, baru check-in hotel..
Bilik memang best.. Sangat berbaloi..
Masuk bilik terus explore..
It can fit up to 5 adults in this room.. So kalau ada anak ramai ke, boleh muat dan masih selesa..
Obviously, he was very happy!
Kids paling happy duduk dalam bilik or main kat lobby.. Lego everywhere.. Mainlah sampai puas.. Pukul 11 malam kena naik..
The next day, kitorang spent untuk water activity pulak.. To be honest, kalau sehari aje memang tak cukup masa nak cover both parks.. 2 hari tu sedang eloklah.. Dengan anak kecik, aktiviti pun santai-santai aje, takde berkejar-kejar.. We love the idea hotel ni betul-betul bersebelahan theme park and water park.. Sangat-sangat dekat, very convenience.. Nak naik simpan barang, solat semua pun mudah.. Recommended!
Aku dan Hariz jadi penunggu kat bawah.. haha.. If you want to bring your kids, make sure their heights above 110cm, baru berbaloi boleh main semua rides/slides.. Haikal dah lepas dah, semua slides dia try dengan Papa dia… Tu yang kat atas tinggi-tinggi tu, semua dia main ulang-ulang sebab tak ramai orang..
Untuk baby and smaller kids, boleh main kat themepark ni.. Hariz takut kat sini, maybe air dia memancut macam hujan, serabut-serabut dia tak berapa suka..
But Hariz loves this lazy river.. 4 kali pusing pun dia masih steady… Masuk round yang kelima papa dia bawa, terus tertidur atas pelampung…
Inilah rupanya budak yang tidur tu.. hihi.. Kitorang letak dia dalam stroller (dengan baju basah tu), dia masih tidur.. Sampai balik hotel, keluar makan, habis makan pun masih tidur juga.. haha.. Penat sangatlah tu..
Petang tu hujan, terpaksa jugalah redah masuk theme park semula sebab Haikal belum dapat beli Lego.. Asyik sebut aje nak Lego.. Di lobby hotel pun ada jual, tapi tak banyak model macam kat dalam theme park..
Macam-macam jenis merchandise ada.. Tapi bricks Lego aje yang menarik perhatian dia.. Cumanya agak frust sikit harga Lego sama aje dengan harga kalau beli kat Parkson.. huhu.. Tak best betul.. At least bagilah diskaun banyak sikit, baru berbaloi datang dan beli kat sana.. So lepas ni, kena beli from UK ajelah untuk dapat yang lebih murah..
Lego Ninja Turtles ni yang menjadi pilihan..
Theme park tutup pukul 6pm during weekdays, sempatlah kitorang jalan sikit lagi.. Dapatlah tengok mini land sepintas lalu, which hari pertama tu tak singgah langsung..
Sangat kagum semua ni dibuat dari Lego.. Aku terfikir berapa kos Lego tu.. haha.. Yelah, Lego bukannya murah…
Naik tower.. Masa ni Hariz tido, so tinggalkan dia dalam stroller kat bawah.. The staff tolong tengokkan..
Baru bangun tidur, terus naik train.. Cho cho kata dia…
We played at the area sampailah theme park tutup… Then berjalan dalam hujan untuk balik ke hotel semula..
Too many photos! Budak-budak seronok, mak budak pun sama haha..
During breakfast.. Banyak choices makanan, so far puas hati..
Setiap hari mesti singgah main kat sini..
It’s time to say goodbye… Check out time is 11am..
Goodbye Legoland..
InsyaAllah ada rezeki lagi, kami datang.. Let’s plan for next holiday (tahun depan pulak)…