Tuesday, March 25, 2014

Umrah, January 2014…

Alhamdulillah diberi peluang menjejakkan kaki ke Madinah & Tanah Suci Makkah.. Kitorang sekeluarga pergi dengan mak mertua, ayah mertua dan mak aku.. Suatu pengalaman berharga dan bermakna…

Ni sedikit gambar kenangan kat sana..

TK02Jan_1026
Di hadapan Masjidil Haram..

TK02Jan_0999

TK02Jan_1127
Haikal di tempat Sai’e..

TK02Jan_1079
Jabal Rahmah..

TK02Jan_0951
Di hadapan Masjid Kuba..

Sebelum ke Madinah dan Makkah, kitorang ke Istanbul.. Kalau ada mood, baru aku tulis entry untuk Istanbul trip tu.. Smile

Semoga ada rezeki kami ke Tanah Suci lagi.. InsyaAllah..

Monday, March 10, 2014

Sengkuang Calit..

IMG_2072

Pernah makan tak sengkuang calit ni? Zaman kecik-kecik dulu, balik sekolah selalu beli.. Sekarang ni, payah nak jumpa.. Ni kebetulan bawak Haikal main kat taman Bandar Sri Permaisuri, situ ada orang jual.. Happy giler sebab dah lama tak makan.. Harga pun dah mahal RM1.00 satu.. Sedap, sedap, harap boleh pergi situ dan makan lagi.. hehe..

Kot kalau ada yg tahu kat mana jual sos dia tu, bolehlah bagitau.. Bestnya kalau dapat beli buat stock, buat sendiri kat rumah.. Smile

Thursday, March 6, 2014

Haikal’s 4th Birthday Celebration…

Dah 4 tahun dah Haikal.. He seems taller than his age.. Ramai yang cakap macam tu.. Tinggi tak apa, jangan obes, mama susah nanti hehe..

Kitorang celebrate bertiga di rumah sahaja.. 2 hari awal, iaitu hari Sabtu.. Sebabnya, nak bagi dia buka hadiah cepat.. So on the weekend, dia boleh main.. Bila dah sekolah, timing kena cun, tak boleh kacau time dia nak tido..

1832

1885
Happy Birthday, sayang mama…

1875

Seminggu sebelum tu, we went for present hunting kat The Curve dan Midvalley.. Sorok-sorok beli dan wrap hadiah.. Haikal tanya, siapa punya, dia jealous bila kitorang bagitau, hadiah tu kawan mama dan papa punya.. Dia dapat kereta Tomica kecik aje.. hehe.

1859
Hadiah untuk Haikal, setelah seminggu disorok..

1841
Happy boy.. Tapi, papa dia lagi excited kot.. haha.. Yang set belakang tu, last year beli masa birthday dia.. This set memang tahan lasak, Haikal pun pandai jaga, itu yang beli another sets, boleh extend jadi besar.. My hubbylah bercita-cita nak buat big city.. Engineer, kan.. LOL..

On the Monday, 24th February, Haikal celebrate dengan kawan-kawan kat sekolah..

1888
Cake dia..

1891
Tengok anak aku, malu-malu kucing.. Smile with tongue out

1889
Kira dah lepaslah hajat dia nak bawak kek pergi sekolah.. Sebelum tu, lorat aje, boleh kata setiap hari merengek.. Sabar jelah..

1847
Tengah syok bermain..