Wednesday, September 16, 2009

Plusmiles and Toll Rebate!



Sejak aku drive ulang alik dari Balakong ke Senawang ni, aku adalah pengguna setia SmartTAG and Plusmiles Touch and Go.. Kalau takde benda ni, memang lambat la aku sampai ofis atau sampai kat rumah..

Apa yang bestnya bile guna Plusmiles ni, more than RM200 transaction with Plus Highway, I will get 5% rebate.. So, dah cukup genap RM10, RM20 etc boleh la redeem kat TnG counter yang ada.. 5% macam sikit je kan, tapi, boleh la daripada takde.. :) This morning, I redeemed RM30.. ok la tu, toll utk 2 hari setengah, siapa nak bagi free2.. hihi..

Lagi satu, ada dengar tak dalam berita kalau guna TnG more than 80 transactions in a month akan dapat 20% rebate? Actually, dah start dari 1st September hari tu.. aku tak tau, ingatkan start October ni.. Tapi, bile fikir2 balik, aku ulang alik hari2 pun, mana sampai 80 kali guna TnG tu... takde kuaso den kalau nak keluar masuk tol, semata2 nak dapat diskaun.. buang maso ajo.. So, macam tak berapa relevan la untuk aku.. maybe utk orang KL yang slalu lalu byk toll tu, ok la kot sbb tak kisah tol apa, janji guna TnG... naik LRT pun, dikira jugak, aku rasa..

ok la, nak balik dah.. Selamat Berbuka..

p/s: Plusmiles tu ada annual fee, tak silap aku RM12 per year..

Wednesday, September 9, 2009

Tiadakah Kad Raya Untukku?

Sehingga hari ini, tiada satu pun kad raya ku terima... huhuhu..
Nanti nak check kat Wangsa Maju pulak, ada ke tak..
Takde ke yang sudi memberi seperti tahun2 sudah?
Aku bukanlah terlalu mengharap..
Tapi, best jugak dapat kad yang boleh buat aku senyum..
Bangga wooo, ada orang masih ingat kat aku lagi.. hihi..
Yes, aku pun belum lagi bagi sesiapa kad raya tahun ni..
kad pun tak beli..
Tengoklah camne nanti, ada kesempatan ke pejabat pos, aku beli setem..
Aku ada banyak koleksi kad yang boleh jadi pengganti kad raya.. :P
Kira aci jugak, kan?

Thank you, Planet Pulse!

Ingat lagi tak yang aku cite fasal survey2 yang aku join tu? Then, aku complain2 yang diorang tak bayar lagi USD yang aku redeem into my Paypal account.. Aku pun dah malas nak fikir2 sangat, kalau ada, ada la.. kalau tak dapat pun takpe..

Tapi, semalam, aku dapat email yang menyatakan duit tu dah dimasukkan.. yeay! Walaupun jumlahnya taklah seberapa, tapi, berguna jugaklah kalau nak shopping2 beli barang2 scrapping seperti stickers ke.. hehe.. Lepas ni, boleh la terus menjawab survey dari Planet Pulse ni.. dah lama aku biarkan survey2 tak berjawab.. merajuklah, konon ;P



Jadi, siapa2 yang berminat nak join, let me know la.. boleh aku bagi special invitation.. :) Atau boleh click kat banner bawah ni..




Tuesday, September 8, 2009

Hope "These" Will Answer Your Guess..







Yes, I am happily pregnant! :)

Bukan nak menyorok atau berahsia.. hanya nak make sure everything is ok and the baby is doing fine.. then, I will spread the good news.. hehe..

Now, I am about 13th weeks of pregnancy.. baru lepas the first trimester.. Alhamdulillah, tak alami morning sickness especially muntah2, pening2 etc... I live my life as per normal.. I don't think people noticed that I am pregnant.. symptom2 lain, tak berselera makan nasi.. tapi, nasi kerabu masih BOLEH, ok.. hihi.. sekarang ni, selalu rasa cepat letih, tak larat nak berdiri lama2.. erm, ni yang buat terpikir ni camne nak ronda2 shopping complex seharian.. :P

Anyway, I pray that everything goes well.. and our baby is healthy... InsyaAllah..

p/s: We found that our baby is very cute in such position.. macam nak terbang.. hihi..

Inilah Jadinya Kalau Takde Keje..



Serius je cik Sofia kite, ada tokoh jadi Gabenor bank, tak?.. haha.. Ni Tasha la punya keje.. tergelak aku tengok gambar ni..

Friday, September 4, 2009

Do You Smell What The Rock Is Cooking?



Pukul 1.15 pagi..

Aku tengah tunggu cookies masak..first batch dah siap, tapi, satu loyang tu, hangus la.. hihi.. tak dapat agak lagi guna oven ni.. yang satu lagi, tested ok! yummy.. ala2 famous amos.. :P

Actually, memang plan nak buat cookies malam ni, cuma tadi tertido jap.. mood pun dah macam suam2, sebab mata dah layu.. malas betul nak start.. tapi, ku gagahkan jua.. Aku start buat adunan kul 12.30am.. sekejap aje..

So, sekarang ni, tunggu nak bakar semua la.. ini yang paling den maleh nak tunggu.. my hubby ada "meeting" dengan kawan, karang dia balik kita tukar shift, ye.. hehe..

Ada yang nak testing? meh la datang rumah.. 3 aku bagi free tester, after that, aku charge 20sen sebiji.. haha.. kidding! siang nanti, boleh bawak sikit pegi umah mak..

ok, chow!

Tuesday, September 1, 2009

Sudah Terlalu Lama Aku Aim Cake Ni..



Setiap kali pegi Midvalley atau lalu kat area Ampang Park sana, selalu je terfikir bila lah dapat makan cake ni.. Classic Chocolate Cake from DELIcious.

Rasanya, dah tak tertahan lagi mau try sekali.. huhuhu..

Photo: Credit to adrianhoo.blogspot.com

Thursday, August 27, 2009

3T..

Note: Ini entry saya tengah bosan!

Apo kobondo 3T tu, ek? 3T, stands for Tauhu, Tempe, Tauge.. Makanan yang 3 serangkai ni, aku tak makan.. senang cerita, aku tak makan sayur la.. Semalam, itu menu sayuran berbuka puasa kat rumah.. tempe tu, aku goreng2 garing2, supaya bile aku gigit, tak rasa tempe, tapi rasa keropok, hihi.. pastu, cicah dengan cili kicap.. yang tauhu dan tauge tu, my hubby sorang aje yang makan.. selama ni, bile mak aku masak mee/meehoon goreng, aku makan guna tangan.. senang aku asingkan tauge dan tauhu supaya tak masuk dalam mulut..

Kadang2 aku paksa jugak diri aku makan certain sayur.. especially, sayur yang berkaler2 selain kaler hijau.. tak tau la kenapa, tak boleh masuk la kat tekak aku ni.. rasa cam nak terkeluar balik.. memang la bagus, makan sayur ni.. nak buat "urusan" pun senang.. :P tapi, kalau dah tak makan tu camne? ada tak supplement2 yang ganti sayuran? ok ke kalau amik pil2 high fibre tu?

Hari tu, tengok adik ipar aku yang sedang berpantang tu makan nasik lauk sayur, pastu ada halia and lada hitam.. adoilah, macam mana la time aku nanti.. macam tak lalu je aku tengok.. risau la pulak.. huhu..

Sunday, August 23, 2009

Driving Licence Renewal..

Lesen memandu aku sudah mati tamat tempoh semalam.. maknanya, pagi tadi aku telah memandu secara haram ke tempat kerja.. :P nasib baik tiada polis menahan, walaupun aku telah memecut sehingga 130km/h.. sekarang, bulan puasa, aku memandu sendirian.. kalau ada car-pool-mate, aku behave sikit.. hehe..

Lunch hour tadi, aku telah ke pejabat pos di Giant utk me"renew" lesenku.. renew utk setahun je, kena bayar RM30, sebab dalam wallet cuma ada RM50.. additional charge kalau renew kat pejabat pos ialah RM2.. Jadi, baki duit aku tu, aku dah berkira2 nak membeli2 di pasar Ramadhan petang nanti.. Tunggu giliran tak berapa lama, tapi, sempat jugalah aku survey2 stroller dalam Giant.. Aku janji nak belikan untuk anak buah aku..

Sebenarnya, ada option lain untuk renew lesen memandu ni, tak payah susah susah beratur di pejabat pos mahupun JPJ.. Seperti minggu lepas, encik suami telah menggunakan perkhidmatan MYEG untuk renew lesennya.. Bayaran tambahah ialah RM5.00 untuk postage fee and RM2.00 untuk e-service.. Okaylah tu, nak jimat, buat utk 5 tahun terus.. Servisnya sangat cepat, hari ni buat, esok ada orang telefon nak hantar lesen tu.. Jimat masa dan tenaga, kan?.. aku pun suka, senang keje.. Cuma aku ni, paham2 la, sambil menyelam minum air.. hihi.. nak buat lesen hari ni sebab after pegi pejabat pos, aku nak pegi Manjaku Baby Store and Tupperware Centre.. 3 in 1 skali.. bulan puasa takde lunch break, rasa bersalah pulak kalau hari2 keluar nak pegi tempat2 lain..

Ok, pi check lesen sendiri, dah tamat tempoh ke belum.. aku jarang tengok lesen sendiri, dok perap dalam wallet aje, sehingga encik suami yang ingatkan..

Note: Tak silap aku, saman polis trafik pun boleh dilangsaikan menggunakan MYEG ni..

The Day Before Ramadhan..

Thanks to Mary and the gang for the lunch treat at the Pizza Hut, last Friday..






Mmm.. menggiurkan especially bulan puasa camni.. :)





Two days earlier, we had potluck at the cafe.. I brought sambal kacang, Nida brought nasi impit and Kak Nora brought Rendang.. We enjoyed the food so much... Hopefully, next time, I can cook rendang which I never tried before.. So, let me khatam dulu la.. hihi..