Yang berminat, boleh email list ke emelia_khamis(at)yahoo(dot)com.Feel free to ask if you have any doubt.. Conversion is RM3.25 and please add 10% tax.. Shipping from the US is FREE (if quota is full)..
- Posted using BlogPress from my iPhone
Baju Raya:
Setiap kali nak raya, Jalan TAR is a MUST! Tapi, I will never bring Haikal along.. Maka, shopping di Jalan TAR mestilah buat waktu weekdays.. Dan, pada suatu hari tu, aku tiba-tiba rasa nak beli baju, so terus amik emergency leave on that day.. hihi.. Baju raya aku, aku cari baju kurung cotton aje.. Tak mahu dah chiffon tahun ni.. Kain cotton senang, nak dukung anak, nak duduk bersila semua boleh.. Takde tercarik-carik kain dia tu.. Murah pun murah! :P
Chiffon in Mint.. Suka this colour..
Aku sajalah jalan-jalan ke First Lady, nak tengok baju-baju collection Jovian Mandagie tu.. Aku fikir kenapa ramai sangat yang rebut-rebut beli baju dia.. Tu yang aku nak tengok sendiri tu..
Some of the collections.. Cantik memang cantik, cumanya aku tak suka fabric yang dia guna, keras sikit..
Okay, sambung balik kisah beli baju.. First skali beli baju kurung aku, then cari baju Melayu Haikal dan my hubby yang matching.. Pergi awal-awal puasa, saiz pun banyak lagi dan boleh pilih untuk both papa dan anak sama material, sama colour..
Can you guess what is the colour? Kehkeh.. Nanti raya baru reveal, okay.. :P Haikal punya, agak-agak aje saiz based on baju melayu tahun lepas.. Amik one size bigger.. Jumpa colour yang berkenan di KAS Tailor, Wisma Yakin.. Cari sekali matching sampin kat situ.. Untuk Haikal pun dah ada..
Husband and Haikal punya dah settle, aku cari tudung matching pulak.. Senang je, tudung bawal RM5 je.. Tak payah nak exclusive-exclusive sangatlah kan.. hihi..
Baju raya Haikal yang lain, awal-awal dah settle.. Sebelum puasa..
Baju raya from Esprit, BabyGap and Gymboree.. Beli-beli sampai tak sedar, oh my, banyak jugak ye.. huhu..
Kasut BabyGap dan Gymboree socks.. Sandal Ralph Lauren je boleh pakai.. Kasut yang beli, sangat besar, lama lagi nak muat.. hehe.. Tahun depanlah kot.. :P
Kasut Raya:
Pening sebenarnya pilih kasut.. Aku round 3 kali untuk decide.. Yang best bila kerja kat shopping complex ni, pagi aku turun test kasut.. Tengahari aku pergi lagi test kat kedai lain pulak.. Bila dah naik ofis, fikiran terbayang-bayang kasut yang aku suka.. Takutlah nanti saiz habis.. Petang terus turun, pergi beli.. hehe..
Ada 3 kaler, but I chose brown.. Senang nak match dengan baju..
Kaki kecik ni pun nak try kasut mama..
Sebelah kiri, kasut my hubby.. Nasib baik jumpa.. Kalau tak, letih keluar masuk kedai tapi tak ada saiz.. huhu..
Make-up Raya:
Ceh, sempat lagi tu.. hehe.. Aku takde compact powder.. Yang set Estee Lauder aku tu, tak ada compact powder.. Sajalah first time try Benefit ni.. Hope it gives me benefit.. haha..
Kuih Raya:
Mula-mula start puasa rasa malas sangat nak buat kuih raya tahun ni.. Tapi, rasa macam tak best pulak kalau tak buat kuih raya.. So, beli barang-barang untuk buat 2 adunan Chocolate Chip Cookies.. Bila sampai masa nak buat, asyik keluarkan butter, lepas tu, masuk balik fridge.. hehe.. Sampai satu masa, kugagahkan jugak diri untuk buat.. And finally, siap jugak 2 adunan.. hehe..
Tart Gulung beli dari Sakina..
Kuih-kuih dah siap masuk balang.. Senang nak munch lepas berbuka puasa.. :)
Snow Almond beli dekat budak depan ofis.. Sedap!
Duit Raya:
Tahun ni cepat dapat tukar duit raya.. Tak macam tahun lepas.. Kat certain bank tak ramai orang pun..
Tak isi dalam sampul pun lagi..
Langsir Raya:
Setelah 2 tahun tak tukar langsir, memang dah patut tukar dah.. Langsir lama hitam giler bila cuci.. Dengan habuk lagi.. Itu agaknya penyebab aku selalu dapat selsema.. hihi.. Dah siap gantung dah langsir baru.. Colour grey, tapi lebih soft dari langsir dulu.. Tak boleh nak colour lain sangat sebab my living hall semua kebanyakan perabot colour grey, chocolate and black.. Even my wallpaper pun colour grey and black.. Kalaulah tiba-tiba langsir merah, kan ke dah off? hehe.. Thinking another 2-3 yearslah kite tukar wallpaper pulak.. :P
Lagu Raya:
Takde specific lagu favourite.. Tapi aku suka lagu-lagu lama, lagi feel.. Cuma this year tak dengar pun lagu Anwar Zain & Elina tu.. Macam takde main kat radio je.. huhu..
Ni lagi satu lagu raya yang aku suka zaman kanak-kanak dulu, lagu raya PROTON.. Korang ingat lagi tak? Sekarang dia dah buat versi baru, tapi aku masih ingat each and every lyrics.. What a memory..
Okaylah, last and not least, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin.. :)
Ini adalah menu berbuka semalam.. Just this, takde lauk lain.. Makan berdua berbuka, dengan lauk ni, for the first time nasi dua pot boleh habis! hehe..
Inilah rupanya.. Tak nampak ikan, bendi banyak sangat.. Sayur yang aku makan.. Sayur lain, kebanyakan aku tengok aje.. hehe..
Ni aku nak share resipi ikan pari bakar ala Portugis ni.. Resipi ni dapat dari abang ipar.. Aku pernah jugak try resipi lain yang aku google, tapi, yang ini rasa lebih umpph.. :)
Simple je resipi:
Bawang putih
Bawang merah
Serai
Buah keras 2 biji
Cili kering
Blend semua bahan di atas dan tumis sampai naik bau..
Hirisan daun limau purut
Air limau nipis
Garam
Gula
Serbuk perasa (kalau mahu)
Tumis sampai kering dan pecah minyak.. Macam masak sambal tu.. Itu saja..
Dah siap sambal Portugis tu, curah atas ikan dan letakkan sayur-sayuran yang disukai.. Aku letak bendi..
Masak dalam aluminium foil sampai mengelembung macam ni..
Wrap dan biar longgar bungkusan tu.. Tepi-tepi tu lipat supaya tertutup rapat.. Masak atas frying pan di atas api kecil.. Biarkan sampai masak.. Bila ikan masak? Bila aluminium foil menggelembung… Agak2 dah menggelembung dalam 2 – 3 minit tu, dah boleh angkatlah ikan tu.. The good thing of using aluminium foil macam ni, kulit ikan pari tak keras macam kite bakar.. Dan ikan pun tak kering..
Okay, now ikan sedia untuk dimakan :)
Haikal pun tak ketinggalan makan “Pish”.. hehe.. Lauk wajib dia ialah kicap.. hehe..
Selesai.. Tersandar kekenyangan aku dibuatnya.. Macam mana mahu kurus? *___*
Note: Korang dah join this contest? Berbaloi kalau menang.. hehe
Only ONE day! Duit Raya RM100 akan diberikan kepada 15 orang yang bertuah..
Sangat senang, just join (kepada sesiapa yang belum join) dan apa yang korang perlu buat ialah SHARE this NIVEA’s Moment of Closeness dan Standard Chartered’s Gold Card campaign!
Very easy peasy.. Who knows you will be the lucky one! Rezeki di Bulan Ramadhan ni, tak siapa yang tahu :)
Good luck..
Last Saturday, ramai-ramai satu batch berbuka puasa di Sime Darby Convention Centre.. Tak sangka, ramai dapat join kali ni.. Ni antara yang hadir..
Husband semua tak masuk dalam gambar..
Let’s the photos do the talking.. *Mode malas tulis panjang-panjang*
‘Ilmaan, Ilhaam & Haikal.. Sibuk masing-masing nak dekat adik..
The committee.. Thanks banyak2, kalau harap aku, memang tak jadi kot majlis tu.. haha..
Kelas Balqis.. Aku kelas Hajar.. Selit sorang-sorang sebab malas nak bangun :P
Ni je kelas aku yang datang, kecuali yang tudung oren.. Tak apa, since we are close satu batch dengan yang lain, tak kiralah, budak kelas tak dapat join, kalau aku boleh join, aku akan join.. :) Seronok catching up with each others, ada yang lama giler tak jumpa, 12 tahun.. Ada yang aku lupa nama, kehkeh.. Sorrylah korang..
Scha & Awal berbuka kat situ jugak.. Camera salah setting! hihi.. Haikal buat donno je, sbb tak kenal.. Kalau Boboiboy, Upin & Ipin dan Ultraman, dia kenallah.. haha..
Semoga ketemu lagi di lain kali.. :)
Happy! Hari ni aku click for another cash out.. Sebenarnya RM50 dah boleh cash out, but I insisted to wait until it reaches RM100.. Barulah significant sikit masuk dalam account bank.. hehe..
Semua dah join SAYS.my? Kalau belum, boleh join sekarang.. Nothing to lose.. Aku dapat income pun sikit-sikit ikut berapa rajin aku share ads dan berapa ramai click ads tu.. Tapi, sikit-sikit tulah yang lama-lama boleh bertambah :)
Meh join, register here..
Iklan yang tengah hangat diperkatakan skrg ialah iklan raya Petronas ni.. Jom hayati video ni..
Sudah lama aku menantikan deal yang best2 untuk buat photobook.. Gambar bukan main banyak beribu-riba, snap-snap tapi tak pergi print.. Zaman sekarang, aku rasa photobook is the best solution.. Aku suka print gambar banyak-banyak, tapi bila masuk album lama-lama gambar tu jadi kuning.. Sedih aku.. huhu.. Dan harga album sekarang ni pun tak murah.. Nak simpan banyak-banyak pun dah melendut rak buku aku.. hihi..
So, today I saw this promotion.. 52-PAGE PHOTOBOOK PERSONALIZED PHOTO ALBUM at only RM52 only.. (79% Off - RM52 for a 52-Page Personalised Photo Album from Photobook Malaysia (Originally RM246.40)).. Murah, kan? Terus aku beli satu.. Tapi rasa macam nak beli lagi.. huhu.. Ada lagi 7 hari before deal expires..
Ada yang minat tak? Jom register kat sini, then boleh terus beli..
At first aku tak sedar Haikal buat mulut muncung macam tu.. Haha..
Hubby was hunting for his kasut raya last night.. Sementara tunggu dia pilih-pilih, Haikal saja berpaut2 kat kaki aku.. Sampai aku susah nak berjalan.. Selalu macam ni, dia ingat kelakar agaknya.. hihi..
Note: Petronas' 14 minute Raya film – Strangers.. Rasa2, boleh beat karya Allahyarham Jasmin Ahmad tak?
Letih pinggang duduk membungkus barang-barang Gymboree malam tadi.. Extra letih sebab plastic Poslaju dah abis, so, macam-macam gayalah aku balut sebahagian parcels tu.. Harap sampai dengan selamat.. Definitely most of the items untuk dipakai di hari raya.. :)
Inilah dia.. siap dengan kotak susu, kotak Zalora aku guna.. Siapa yang dapat, kira bertuah.. haha.. Nanti dah terima parcel, let me know ye barang dah sampai..
Nak cepat2, aku tak snap banyak gambar…
Sehingga ke hari ni, aku masih dapat email yg tanya bukak order lagi ke tak.. So sorry, memang sekarang dah close.. Focus nak raya dulu.. Nanti-nanti bila ada sales best, aku bukak order lagi.. InsyaAllah.. I will announce in my blog, Twitter, Facebook and Instagram too :) By that time, terus email your list, jangan tunggu2.. sebab bila order penuh, aku terus submit.. First come first serve basis.. :)
Ni ada website baru ni.. dsyr.com.. I am interested dgn Jump From Paper handbag yang dijual tu.. Kalau beli, mesti husband geleng kepala, “Apa jenis bag lah tu..” haha.. Tapi, dia comel, percayalah..