Ini adalah menu berbuka semalam.. Just this, takde lauk lain.. Makan berdua berbuka, dengan lauk ni, for the first time nasi dua pot boleh habis! hehe..
Inilah rupanya.. Tak nampak ikan, bendi banyak sangat.. Sayur yang aku makan.. Sayur lain, kebanyakan aku tengok aje.. hehe..
Ni aku nak share resipi ikan pari bakar ala Portugis ni.. Resipi ni dapat dari abang ipar.. Aku pernah jugak try resipi lain yang aku google, tapi, yang ini rasa lebih umpph.. :)
Simple je resipi:
Bawang putih
Bawang merah
Serai
Buah keras 2 biji
Cili kering
Blend semua bahan di atas dan tumis sampai naik bau..
Hirisan daun limau purut
Air limau nipis
Garam
Gula
Serbuk perasa (kalau mahu)
Tumis sampai kering dan pecah minyak.. Macam masak sambal tu.. Itu saja..
Dah siap sambal Portugis tu, curah atas ikan dan letakkan sayur-sayuran yang disukai.. Aku letak bendi..
Masak dalam aluminium foil sampai mengelembung macam ni..
Wrap dan biar longgar bungkusan tu.. Tepi-tepi tu lipat supaya tertutup rapat.. Masak atas frying pan di atas api kecil.. Biarkan sampai masak.. Bila ikan masak? Bila aluminium foil menggelembung… Agak2 dah menggelembung dalam 2 – 3 minit tu, dah boleh angkatlah ikan tu.. The good thing of using aluminium foil macam ni, kulit ikan pari tak keras macam kite bakar.. Dan ikan pun tak kering..
Okay, now ikan sedia untuk dimakan :)
Haikal pun tak ketinggalan makan “Pish”.. hehe.. Lauk wajib dia ialah kicap.. hehe..
Selesai.. Tersandar kekenyangan aku dibuatnya.. Macam mana mahu kurus? *___*
Note: Korang dah join this contest? Berbaloi kalau menang.. hehe
Ok..sedap nampaknya..so nak buat la balik ni..nak guna ikan kembung...
ReplyDeleteCheyan,
ReplyDeleteIkan kembong pun boleh.. :)
terliur tgk..menarik ni..agak2 dlm bape menet ek?kalau kukus boleh ke?
ReplyDeleteAinasha,
ReplyDeletedalam 20 minit.. kukus tak surelah. nnti berair rasanya..
sedap ni.. Nak try la..
ReplyDeleteAs slm nak tanya.. aluminium foil ni perlu diterbalik balikkan ke semasa ikan tgh di masak..? Or biarkan begitu atas kuali smpai dia masak..?
ReplyDeleteAs slm nak tanya.. aluminium foil ni perlu diterbalik balikkan ke semasa ikan tgh di masak..? Or biarkan begitu atas kuali smpai dia masak..?
ReplyDeleteBiar aje, tak perlu terbalikkan.
ReplyDeleteikan apa lagi boleh guna eh
ReplyDeleteNeko,
ReplyDeleteIkan kembung pun boleh. ikan lain tak pernah try. i pernah guna sotong, liat sikit, maybe overcooked.
Ikan siakap atau apa ikan pun boleh tapi ambil isinya sahaja. Tulang jgn campur nanti aluminium foil ditakuti tercucuk tulang dan bocor. Masa aluminium foil mengembung, cucuk lubang pada bahagian atas supaya wap boleh keluar dan tak meletup.
ReplyDelete