Saturday, July 14, 2012
Gymboree Order 9th Batch..
I am opening Gymboree order starting from today.. dah abis kerja kat Kelantan, baru boleh bukak order hehe..
Do submit your list to me secepat mungkin, sbb aku takde due date, order cukup quota, aku terus submit.. My email is emelia_khamis(at)yahoo(dot)com.
Untuk makluman, barang-barang akan sampai sebelum raya.. So, bolehlah nak shopping untuk raya nanti.. :)
Seperti biasa FREE SHIPPING from the US, just bayar tax 10% dan kos post ke rumah sahaja..
Anything to ask, boleh email jugak.. Just submit your list, aku terus masuk cart.. :)
- Posted using BlogPress from my iPhone
Tuesday, July 10, 2012
Ukuran Langsir Rumah..
Sepatutnya resit langsir dulu (ada ukuran) aku simpan, tapi bila cari-cari balik dah tak jumpa.. Kecewa betul, kena ukur balik *___*
Letak dalam blog, nanti nak guna just google blog sendiri hehe..
Nampak kot tulisan aku ni? :P
- Posted using BlogPress from my iPhone
Friday, July 6, 2012
Crazy Over Books…
Mama Haikal ni, kalau dia suka satu tu, itu aje dia dia fokus.. Hari tu demam Poplook, sekarang demam beli buku.. hihi.. Beli buku, kira eloklah dari beli benda yang bukan-bukan, kan? Mudah-mudahan, it will bring good thing to me and my son.. InsyaAllah..
I’ve bought Key Words with Peter & Jane set for Haikal.. Beli online dari University Book Store Malaysia.. Aku ada baca review dan most of the reviews saying these books are good.. Especially nak ajar anak membaca.. Even my colleagues pun cakap, dia beli buku ni untuk ajar anak membaca, masa diorang kecik-kecik..
So, aku check harga dekat MPH dan compare dengan online, beli online murah sikit sebab aku nak beli satu set which consists of 18 books.. Dekat MPH, harga ialah RM9.90 sebuah.. Aku beli di sini..
These are the books.. Kenapa aku baru tahu sekarang? Rata-rata kawan aku cakap dah baca masa tadika dulu.. huhu.. Yelah, ayah aku mana tahu buku orang puteh.. hehe..
Aku sangat excited tengok buku-buku ni..
Aku mula bacakan buku Peter & Jane 1a kat Haikal.. Ada satu hari tu je dia dengar sampai habis.. Yang lain, dia dah lari dulu dah.. hihi.. Kena banyak sabar ni.. hehe.. He is more to iPad and colouring books.. Kalau aktiviti mewarna, tampal sticker memang dia suka sangat..
That’s Not My… collections.. Ada 3, will add more soon.. Beli online jugak..
Inilah aktiviti Haikal hari-hari.. Mewarna dan melubangkan buku *_*
Mana taknya, buku tu dah dikoyakkan pastu dia mewarna atas carpet.. Abis berlubang-lubang.. hehe..
Sekejap tangan kiri, sekejap tangan kanan.. Colour pencils simpan dalam Tupperware je.. Lepas guna, letak tinggi atas peti ais, dikhuatiri anakku akan menconteng dinding etc.. So far, Alhamdulillah, tak pernah lagi cuba nak conteng-conteng tempat lain..
Disebabkan Haikal suka sangat mewarna, I’ve bought new colour pencils and sharpener semalam.. Kali ni, panjang punya! Kalau zaman kite dulu, memang suka abis.. Sayang giler-giler, setiap kali lepas guna mesti simpan susun ikut colour dia, kan? hihi..
Tak jumpa Luna, yang ini pun kira bolehlah..
Terus guna colour baru semalam..
And today, aku ke Carrefour, beli buku-buku ni pulak.. Harap Haikal jadi seorang yang sukakan buku, sayangkan buku dan cintakan buku.. Amin..
Aku berazam, at least boleh spend satu jam setiap hari untuk membaca.. Tak kiralah baca buku apa pun, then ajak Haikal sekali.. He will be doing his own stuff, of course.. Tapi tak apa.. It is just to get him used to it.. Everyday, mama baca buku, Haikal pun join sekali.. So, dia pun akan terbiasa dengan rutin tu.. Tahu kan, anak-anak belajar dari apa yang parents dia buat? Kalau buat yang baik, InsyaAllah diorang ikut..
Seriously, I can’t wait to see Haikal recite doas, baca Al-Fatihah, boleh membaca.. Surely boleh meleleh air mata, rasa happy dan syukur sangat.. :)
Wednesday, July 4, 2012
Online Shopping via HopShopGo…
Ada yang tanya dan nak tahu tentang shopping dari US menggunakan HopShopGo (HSG), I will redirect you to this blog – Iza ThePinkStilettos .. Very detail and easy to understand explanation, so I am not gonna repeat the same thing.. *Malas nak taip sebenarnya.. hihi*.. In fact, aku baru je try sekali, so better refer kepada yang lebih pakar.. :P
Just to share my first experience kat sini.. Aku guna BuyForMe option, so HSG akan belikan barang aku with their credit card.. Don’t forget, they charge 10% on top of the item’s price.. Make sure, masa kite bagi link, saiz dan harga tu, letak harga yang dah lepas diskaun (if ada any diskaun code) dan letak sekali discount code dalam Special Instruction column.. Bila dah place order, HSG will inform dan terus charge dari Paypal account kite..
After that, tunggu sampai barang ke HSG.. Dari HSG dia akan post ke Malaysia.. Kat sinilah aku problem hari tu.. Ralph Lauren hantar ke HSG guna kotak besar.. Then HSG charge aku untuk barang 1.2kg (3 pasang kasut) untuk shipping 5.5kg punya barang, sebab volumetric size kotak tu besar.. So, harga shipping ikut volumetric tu.. Nak tahu berapa? Harga barang baru USD57+, tapi shipping ke USD62.. Pfftt.. haha..
Tapi aku tak bayarlah USD62 tu, mahal lagi shipping cost dari barang aku.. huwaaa.. I asked the customer service to repack my items.. Mula-mula tu, macam tak boleh.. But I insisted! They let me know, once they open the package, takde any insurance or tak boleh buat any claim kalau apa2 berlaku.. So, aku kata tak apa, teruskan.. Asalkan harga shipping lagi murah dari harga kasut-kasut tu.. Bear in mind, repack charge is USD10.. Yeah, they are making profit everytime you ask them to do something.. kikiki.. Okaylah, lepas repack semua, harga shipping ialah USD47.. Time tu ada USD10 discount, so aku kena bayar US37.. And there goes first USD20 Gushcloud earnings, bayar shipping HSG.. hehe..
That’s about it.. :P
Note: Ice Age 4 in cinema starting 12th July, jom bawak anak-anak :)
Spec-ky..
Remember this post? Haha.. Boleh tergelak-gelak bila tengok gambar-gambar lama.. :P
Testing spec kat Fullhouse Restaurant, Sunway Giza..
Gambar atas tu, Haikal cucuk jari sebab pelik kenapa cermin mata tak ada cermin.. LOL!
This spec dapat free.. Beli Enfagrow dapat Learning Kit, ala-ala main cikgu-cikgulah ni.. I love this spec.. hihi..
Anak buah aku datang rumah, aku suruh pakai spec nerd Haikal ni.. Inilah hasilnya.. haha.. Do they look the same? Semua rambut sikit.. hihi..
Note: Let’s save the the world, the planet and the animal together..
Monday, July 2, 2012
Tupperware: Tempting Kuih Raya Containers..
What do you think of these?
These are my sets! Lama lagi nak raya pun.. LOL..
Hati aku tak tahan tengok bekas-bekas kaler pink macam ni.. Lagi-lagi bekas kuih raya di rumah dah pakai 2 tahun, kira alasan kukuh untuk tukar yang baru.. hehe..
What I like about this counterparts? Of course sebab Tupperware.. Dia kedap udara dan boleh pakai sampai turun temurun.. :P Believe me, my MIL beli dari dia muda-muda dan pakai sampai sekarang and they are still in good condition..
Counterparts ni dah lama tak keluar and this year keluar balik with limited quantities.. Oh my! Aku terus dapatkan on the first day takut sangat tak sempat beli.. Stock cepat habis macam pisang panas, macam mangkuk tingkat yang dalam catalog bulan lepas…
So sesiapa yang berminat, let me know.. I am giving good price.. Retail ialah RM99.90 satu set.. I am selling at RM87 including postage.. Kalau beli 2 sets, harga ialah RM170 including postage.. Mestilah 2 sets kan? Satu set mana cukup.. hehe..
Beli 2 sets boleh beli sudu ni dengan harga RM3.90 sahaja.. Mahu tak?
Satu lagi yang menarik ialah Tall Canister ni.. I am selling at RM56 each including postage.. Harga retail dia ialah RM75.60.. Sangat baloi! Letak kerepek-kerepek, keropok-keropok..
Later I will share the full catalog.. Aku tak dapat lagi soft copy ni.. Anyway, if interested, leave a comment atau email aku di emelia_khamis(at)yahoo(dot)com.. Kalau nak catalog pun boleh leave your email, nanti aku forward..
Thursday, June 28, 2012
New iPhone Casing..
Pernah tak aku janji tak mahu beli casing at least dalam setahun ni? Rasanya tak pernah.. hihi.. Tak boleh tahan kalau tengok casing comel-comel.. Dan bonus point kalau dia murah!
Kawan cakap kat Machines pun ada sales 50% for the iPhone casing.. I don’t dare to go there at this moment.. Takut, iPhone sampai ke iPad dapat “baju” baru.. hehe..
During lunch time tadi, saja masuk kedai souvenir kat LG floor.. Selalu jalan je tepi je tak singgah.. So, hari ni sajalah belek-belek.. Aku berkenankan Paper Doll Mate casing tu.. Ada 4 je kat display, itu yang tanpa berfikir panjang, terus beli.. :)
All these are having 20% off.. Itu yang best tu..
Comel tak? hehe.. Terasa macam masih remaja.. haha.. Siap beli small note book.. Bolehlah tulis-tulis orang order Tupperware ke.. haha..
The iPhone casing harga dia RM29.90.. After discount, RM26 saja.. Murah, kan?
I follow uriphonecasing Instagram, adalah berkenan design dalam tu, macam lace casing etc.. To my surprise, kat kedai ni pun ada!! So, tak payah beli online, nak bayar postage lagi.. hehe..
Note: Sharing with you this.. Keep this app in your phone and stay healthy!
Wednesday, June 27, 2012
Everyday Activities..

Colour pencils pun dah kontot-kontot, aku tak tajamkan lagi.. Mana entah sharpener aku.. Sebab Haikal suka mewarna, kenalah beli banyak-banyak colouring books untuk dia.. Aku beli kat pasar malam je, murah-murah ada stickers.. Haikal confirm suka..:)
Tengok apa jadi dengan aeroplane yang atuk bagi.. Aeroplane from Mekah..

Abis dilekatkan Angry Bird Stickers.. Huhu.. Asalkan happy, mama biarkan aje.. Creative! Haha..
He loves playing with iPad too.. Macam bestfriend.. Nak tido pun mahu iPad.. Sampai melalak-lalak, bikin geram aje.. Huhu..

Ni tengah belajar doa.. Tu yang siap tadah tangan.. :)
Sometimes, aku rasa bagus jugak ada iPad ni.. At least, time aku busy kat dapur, buat kerja lain, Haikal boleh main iPad dan belajar sendiri.. He learnt a lot of vocabularies from it.. "astranout, fighter, truck, plane, dinosour etc".. Tapi pelatlah.. Haha.. Huruf-huruf dan nombor pun dah keNal sikit-sikit.. Keep it up, son! Tak banyak games dalam iPad and I already hide the YouTube icon, tak adalah dia ralit menghadap games and not suitable videos..
Suka sangat tengok video YouTube sampai data internet sekejap je habis.. Huhu.. Tapi, memang kena beware dengan YouTube ni.. Without supervision, kids boleh access macam-macam video with just one click.. Lagi-lagi, ada tab "most view" tu.. Oh tak mahulah otak anak-anak dicemari dengan tengok cerita bukan-bukan.. By the way, senang je nak disable YouTube, pergi kat "Setting - General - Restrictions".. So boleh disable YouTube or any other apps kat situ.. Kena letak password.. Bukan hilang terus, kalau nak guna boleh enable balik..
Oh itu aje dulu cerita about my little boy.. Ni benda dia buat setiap hari, beside his addiction to television!! Channel 613 :P huhu..
- Posted using BlogPress from my iPad
Tuesday, June 26, 2012
Boost Juice..
My favorite drink now.. Takdelah minum hari-hari, kopak! hihi.. Once a week or once in 2 weeks macam tu, kira okaylah.. Starbucks dan Chatime dah lama tak minum, kononnya risau calorie berlebihan, kan air-air tu manis.. haha.. Konon je, kalau rasa nak minum, aku minum jugak..
Aku suka Mango Magic! Beli mesti size besar, boleh habiskan dalam sekejapan aje.. Sebab apa? Aku tak suka minum bila smoothies dah cair.. :P
Tinggal lagi satu stamp lagi untuk redeem free drink, yeay!!
Monday, June 25, 2012
Shopping For Raya..
Awalnya! Puasa pun belum lagi.. hihi.. Dah alang-alang ada sales, tak perlulah tunggu sampai bulan puasa nanti… Dengan ramai orang, penat berpuasa, aku rela duduk di rumah hehe..
Bila dapat tahu fasal GAP Sale ni, hati dah membuak-buak mahu pergi.. But, kenalah ajak Mr. Hubby pergi.. I’ve spent a lot for Haikal through online shopping, yang offline ni, papa pulak yang sponsor.. kekeke..
GAP is one of our favourite brands.. Baju dia, kalau basuh tak faded.. Aku basuh semua guna mesin aje, sampai ke hari ni tahan.. So, memang rasa berbaloi sangat beli, sebab tahan lama..
During lunch hour on the Friday, aku dah jalan-jalan tengok apa yang menarik.. Mark certain items, then bila datang balik dah tahu apa yang nak aim.. :P
Boy’s section.. Pergi awal-awal ni, banyaklah lagi saiz yang ada.. Itulah tujuannya..
At girl’s section.. Comel-comel semuanya..
Bila balik rumah, dengan gambar-gambar yang aku snap dalam iPhone, aku tunjuk kat my hubby.. Ternyata berjaya! hihi.. So we went to The Gardens on the Sunday..
“Papa, I want this shoes..” Dapat sepasang kasut Haikal, nasib baik ada saiz.. Ini barulah kasut raya, hehe.. Kasut RL besar sangat, raya tahun depan kot baru dapat pakai.. hihi.
Mannequin behind the glass door. :P
Penat dah ni.. Lepas tu, terus tido..
Dah boleh duduk diam-diam dah lepas ni.. Tapi, aku tak boleh janji tak membeli lagi.. huhu.. Siapa tak suka shopping, kan?
Note: Bagi yang tengah menunggu iPhone 5 keluar, boleh baca di sini..