Sangat sedih bila tengok anak sakit.. Entah, maybe sebab dah jadi ibu ni rasa sangat sensitive.. Asyik risau aje memanjang, sampai tidur pun tak lena.. Susah hati betul..
Malam tadi dan malam sebelumnya badan Haikal panas lagi.. Asyik demam aje anak aku ni, kesian dia.. Orang cakap demam sebab nak pandai sesuatu ni.. Cepat2lah pandai duduk, merangkak, pastu cepat baik.. Berbekalkan ubat demam yang ada, aku bagi dia makan.. Nasib baik ubat ni nak dia telan, takdelah terbuang banyak.. Towards sahur, badan rasa dedar sikit.. Itupun dah letak kool fever dan letak tuala basah kat kepala, biar dia sejuk..
Kesian Haikal.. Cepat baik ye!
Sakit2 pun masih aktif bermain..
Habis basah baju kena tuala basah.. Haikal tak kisah letak apapun atas kepala dia.. Kalau asyik tepis aje, susah jugak dibuatnya..
Malam tadi kul 10.30pm, bila panas lagi badan Haikal, terus aku tadah air dalam bath tub dia.. Aku nak mandikan.. Kat bilik air, menggelitis kaki sebab tau nak mandi.. Memang suka sangat main air.. So, aku mandikan dengan air suam lama sikit sampai badan tak berapa panas lagi dah.. Lepas mandi, pakai baju lubang-lubang dan seluar pendek aje, then terus tidur.. Pagi ni, still suam-suam lagi badan.. Berat hati nak hantar ke baby sitter :(
Sejak demam hari tu, pantang aku dukung pastu letak dia, mesti dia nak menangis.. huhu.. kalau tengah main-main, and tiba-tiba aku lalu, time tu jugaklah menjerit mintak angkat.. Makin manja ni..
Get well soon, baby..
dia demam nak pandai menda2 nih.. x pun nak tumbuh gigi ke kan..
ReplyDeletedemam pun comel2 lagi. cuba kalo kita yg demam. selebek habes!
tp jaga2 bg dia main air / baju basah. takut dada tu plk jadi selsema makin teruk.
nk raya ni haikal, cepat2 sihat!
Qast,
ReplyDeletetulah orang pun cakap gitu, nak pandai benda baru.. tengok haikal try nak duduk, lawak aje, kaki terangkat-angkat tapi tak boleh2..
ye, akak lap badan dia, takde air meleleh2.. just sapu air nak bagi sejuk aje.. setakat ni selsema dah baik.. tinggal batuk sikit aje...
harap cepat sihat, nak collect duit raya.. hehe