Jika pagi semalam aku review tentang makanan kat The Delicious restaurant, sekarang masa bercerita tentang nikmatnya makan durian yang fresh dari dusun.. Memang sengaja buat entry pagi-pagi supaya korang semua terliur di bulan puasa ni.. muahaha.. Takdelah, just sharing aje.. :)
Kitorang pergi kebun durian masa kat Kuantan hari tu.. Balik aje dari majlis orang kahwin, terus abang ipar bawak ke kebun durian kat area Sungai Karang.. Itu fasallah berbaju kurung bagai.. hehe..
Pilih-pilih durian mana yang nak makan..
Bila datang situ, baru kutahu ada banyak jenis durian rupanya.. durian bola, durian sekaya, durian kulit lembut, durian hijau etc.. Selama ni, tau makan aje.. Tak pun paling koman tau durian D24.. hihi.. Sambil makan durian, dihidang jugak dengan rambutan dan air teh cina untuk sejukkan badan.. Memang bestlah makan kat dusun.. Walaupun panas, tapi, dilindungi atap zink dan disekelilingi dengan pokok-pokok durian, lagi nikmat menikmati durian yang fresh tu..
Menurut tauke tu, durian yang kitorang makan ni ialah durian yang baru jatuh.. Maksudnya, belum lagi bermalam.. Kalau dah bermalam satu malam, straight away harga drop by 50%.. Yang baru-baru, dia kira sekilo dalam RM10.. Kalau tauke tu bukak durian tu then ada satu ulas durian yang rosak, terus dia ganti dengan yang baru.. Kalau kite rasa sendiri durian tauke ni, memang banyak beza dengan yang kite slalu beli tepi jalan tu.. Durian baru, takde gas… Isi pun firm, tak berair dan dia punya pangsa (betul ke ni?) putih aje, takde lebam-lebam..
Danish makan durian sampai demam!
Haikal pun tak ketinggalan merasa buah durian.. hihi.. Aku bagi dia rasa sikit je, secuit.. Orang Melayu, kena pandai makan durian, tau.. hehe..
Perut dah kenyang, apalagi, nak balik dan tido.. hehe..
“Wall of Fame” orang-orang yang telah datang berkunjung dan makan durian di kebun ni..
So, siapa-siapa yang datang Kuantan, duduk Kuantan, berminat nak makan durian fresh dari dusun, boleh contact nombor dalam gambar di atas.. Nak bagi map, aku pun tak tau kat mana.. hehe.. Tapi, kalau nak pergi melantak makan sepuas-puasnya, make sure sediakan duit banyak sikit, at least more than RM150.. Dan jangan terperanjat harganya mahal.. :P Kitorang makan pun adalah dalam 10 biji dah kena RM99.. Walaupun mahal, dengan rasa dan kualiti durian yang mahsyuk, memang berbaloi-baloi..
nape ko kua post nie lps laki ak dah abes trenin kat kuantan!!!!waaaa sgt ak teruja nk mkn durian fresh
ReplyDeletesebabnya aku baru pegi kuantan last week.. hehe.. kat Neg. Sembilan ni kan banyak kebun.. try la tanya orang mana nak cari durian..
ReplyDelete