Sunday, August 29, 2010

Medela Breast Shield Koyak!!

image

Ganas sangat sampai breast shield pun boleh koyak.. haha.. Bukan ganas sebenarnya, tapi, aku telah menggunakan breastpump aku dengan efisyen skali.. hehe.. Kes breast pump masuk air, dah boleh settle sendiri, takde cuak-cuak dah.. Ini kes baru, breast shield koyak, jawapan dia kena beli baru ye.. Tak boleh nak tampal-tampal konon mahu jimat.. Aku tau kes ni mesti akan berlaku jugak, so dah beli siap2 spare sepasang, last week barang sampai kat rumah mak.. Yang jadi masalah, hari ni tak bawak pulak spare breast shield tu gi ofis… Terkedek-kedek la pump dengan breast shield koyak.. huhu.. Tension pun ada, dahlah lama, tapi dapat sikit aje susu… :( Karang balik rumah, sambung balik pump la nampaknya..

Meh nak kongsi kat mana aku beli Medela swing original softfit breast shield dengan harga yang berpatutan.. Aku beli di Ebay dengan harga RM65 sepasang, inclusive postage.. Boleh tahan, kan? Jimat postage fee, tu yang aku suka tu :) Kalau minat nak beli, click kat sini, tapi, buyer dah naikkan harga RM68 per pair la..

No comments:

Post a Comment