Bulan puasa nak dekat.. Dan, raya pun bakal menjelma..
Post resipi kat sini, dengan harapan ada orang buatkan dan bagi kat aku sikit.. hehe.. Dengan kehadiran hero bernama Encik Haikal, tak tahulah mampu atau tidak nak buat cookies atau kuih-muih.. Silap-silap, ada loyang terbang nanti ;P
Resipi ni senang, guna “cawan” aje, jadi tak payahlah keluarkan penimbang segala semata-mata nak sukat2..
Ingredients:
1 cawan Buttercup butter ~ dilembutkan pada suhu bilik
1 cawan white sugar (tak perlu diblend sehigga halus, biarkan kasar)
1 cawan brown sugar (pun biar aje kasar)
2 biji telur
2 sudu teh essence vanilla
3 cawan tepung serbaguna (tepung gandum pun boleh.. ayak, kalau rajin)
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh air panas
1/2 sudu teh garam
2 cawan Hershey’s Semi Sweet Chocolate Chips (disejukkan)
1 cawan kacang yang dicincang (any kind of kacang you like… Jangan kacang peas, sudah.. hehe.. Aku suka letak badam dan walnut)
Note: Kalau ikut resepi ni, colour cookies tu akan jadi coklat kekuningan macam Famous Amos tu.. So, kalau nak hitam legam macam cookies yang aku buat, letaklah Van Houten Cocoa.. Jadi, kurangkan tepung jadi 2 and a half cup and add chocolate powder is half cup… Ada paham?
Directions:
- Panaskan oven sehingga 175 deg C. Biarkan.
- Mix butter, white sugar, brown sugar dan pukul guna mixer sampai lembut.
- Masukkan telur satu-satu dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan essence vanilla.
- Campur soda bikarbonat dan garam dalam air panas. Kemudian, masukkan tepung dan serbuk chocolate sikit demi sikit. Kacau sambai sebati. Memang dalam tepung tu still nampak lagi gula yang tak hancur. Tak apa, jangan risau. Tepung pun memang adunan dia lembik. Itu normal.
- Masukkan chocolate chips dan kacang, kacau guna mixer atau senduk jika larat. Kalau chocolate chips lembik, nanti dia akan bercampur dalam tepung. So, tak nampak lagi tekstur chips yang bertaburan.
- Adunan dah siap, boleh letak dalam loyang yang telah digriskan. Sila guna sudu. Sekali lagi, memang adunan ini lembik!
- Bakar dalam 10minit atau lebih bergantung kepada oven anda. Sama ada boleh dipercayai atau tidak suhunya. hehe. Kalau tak sure, boleh bukak oven dan check cookies ni dah masak atau belum.
- Bila dah masak, bahagian atas cookies still lembut. So, anginkan dan sejukkan, alih dalam loyang lain. Bila dan sejuk, masuk terus dalam balang supaya cookies sentiasa rangup.
Aku suka sangat cookies ni. Biasanya kalau hari raya, aku buat apa yang aku suka makan aje. Tapi, bila buat sendiri, bukannya makan banyak pun, kan? Kadang-kadang rasa sikit aje.. So, maybe bila orang bagi, rasa lagi sedap nak makan, kot ;P
emy, aku nk try wat tp aku takde ovenn...hehehe
ReplyDeleteEly,
ReplyDeleteusahlah engkau memberi pelbagai alasan.. skrg ni, oven murah2 aje, RM100+ dah boleh dapat sebijik :P
heehhe...u know me lah kan...mcm menarik...
ReplyDeletesalam dan selamat hari raya..akak pun dah try dah resepi yang ni..
ReplyDeletekak ina,
ReplyDeleteokay tak rasa cookies tu?