Tuesday, March 3, 2009

Busy Like A Bee...

Pejam celik pejam celik, dah dua bulan dah berlalu.. Skarang ni, dah masuk bulan 3.. Another two months to go.. Cepat betul masa berlalu, kan?? So, every weekend adalah waktu yang ditunggu2 untuk settlekan beberapa perkara, mana2 yang sempat la.. Like last week, Khamis tu aku turun KL kejap, then drove back to Senawang.. (Jangan tanya "kenapa x tunggu Jumaat aje?", sbb aku tak tau nak jawab apa.. hehe..).. Then, Jumaat balik KL semula..

Minggu lepas adalah minggu "mengukur" kedai-kedai... Dari kedai kain, kedai barang letrik sampai lah ke kedai hardware... hihi.. Sabtu pagi tu, aku temankan Hanim pegi daftar kursus kahwin.. Orang tu tanya Hanim, "Sorang aje?".. Hanim jawab, "Sorang.. Saya kahwin dengan tok kadi.." Sempat dia buat lawak.. kehkehkeh..

Semalam, ingatkan nak balik sini malam, tapi x jadi... Aku decide balik pagi tadi.. Sebabnya, semangat buat hantaran dah datang.. Tambah2, Tasha ada kat rumah, dia la tolong2.. Sementara ada yang nak tolong, aku pun rajin la potong2 kain semua.. Masa Tasha gam2 tu, glue gun tu tiba2 tak panas pulak.... Aku suspect mesti benda tu dah kaput.. Kan hari tu, aku beli RM2 je.. Dah la wayar pendek.. Tukang tolong pun panas hati sebab wayar asyik tercabut... hehe.. Sudahnya, aku pegi beli yang baru, dengan extension plug baru sekali.. Kitorang dapat siap 1 je template/base hantaran.. Lain2, semua aku masuk dalam plastik and angkut bawak balik sini.. Kalau mood ada, aku sambung la buat bila bosan2 nanti..

Note: Gambar ada. Tapi, tak letak kat sini. First, x ada card reader.. Second, tak surprise lah nanti.. hehe.. poyo aje

No comments:

Post a Comment