Tuesday, October 27, 2015

My Dream Bathroom…

Sekadar suka-suka dan berangan.. Tak mungkin akan ada marmar dalam bilik airku LOL.. It is expensive.. Macam sayang duit sebab letaknya dalam toilet aje.. hehe..

Aku masih lagi survey-survey cari idea untuk buat small changes to my bathroom.. So, jalan-jalan cari sinki dulu, supaya boleh tukar sinki yang sedia ada (aku tak suka Open-mouthed smile)..

IMG 3629
I like the big mirror and the built-in sink too.. Sink tap kat tepi, stylo betul!

IMG 3628
Ni pun sama lebih kurang design..

IMG 3627
You can’t go wrong with marble.. 

Bawah ni gambar bilik air master bedroom.. Plain aje, kami tak buat apa-apa lagi sejak pindah..

IMG 3662
I wish developer tak bagi apa-apa langsung, so nak buat from scratch lagi senang.. Macam ni, aku dah susah nak cari matching (size) sink.. Lepas tu, top tu concrete, nak pecahkan pun susah.. Husband tak mahu ada kerja-kerja simen dan hacking.. So for now, aku tunggu dululah sampai jumpa yang berkenan di hati baru proceed.. Smile

Kalau ada nak share kedai-kedai jual sinki preferably undermount sink, bagitau ye.. 

Sunday, October 25, 2015

Bread Making…

Semenjak ada bread maker, rajinlah nak experiment itu ini.. hehe. First try ialah donut.. Tapi, tak berapa menjadi.. Dough lembik bila dah siap diadun, aku jadi susah nak bentukkan bulat-bulat.. Last-last aku pakai acuan bento aje (bentuk Mickey Mouse haha).. Bila dah digoreng, kulit luar jadi keras, tapi isi dalam lembut dan gebu.. So maybe resipi tu tak kena, aku rasa.. Takpe, kite try next time..
So this is the the second recipe.. Milk Bread nama dia.. Aku ikut resipi yang dalam instruction/manual bread maker aje.. Memang jadi… Tunggu ada ramai orang, bolehlah buat lagi.. Sebab saja-saja buat, siapa nak makan?? Tong sampah jawab dia haha…
IMG 3803
Guna bread maker memang senang.. Dump je semua dalam tu… Tengok-tengok nanti dah jadi roti after 3 hours.. Yang aku tak suka ialah prepare bahan… Banyak mangkuk nak kena basuh.. huhu
Semalam aku try buat Japanese Sweet Bun.. Gebu dan lembut isinya.. Untuk bahagian atas, aku tak sure sama ada placement loyang dalam oven buatkan dia bakar tak sekata (ada yg gelap warna) atau aku patut bakar guna heat bawah aje..
IMG 3950
Being an amateur baker, bulat-bulatkan pun tak sama saiz hehe..
IMG 3953
Sebelah kanan tu warna lebih gelap.. Go back and practice more! Open-mouthed smile
Aku guna Breville Bread Maker BBM600.. Actually agak jakun jugak mulanya sebab tak sangka dia boleh buat roti sendiri hahaha… Aku tak pernah tahu sebelum ni… Redeemed during CIMB Fiesta Rewards, so aku rasa sangat berbaloi.. Dia boleh select 3 sizes of bread.. So everytime aku select yang paling keciklah 750 gram, untuk mencuba..
breadmaker
Wish me luck, next week cuba menu lain pulak.. Kismis dah siap beli awal-awal, apa nak dibuat tu? Hmmm…

Sunday, October 18, 2015

How To Avoid Paying Processing Fee When Buying Air Asia Ticket…

Tiket flight tengah murah sekarang, banyak promotion.. Just want to share something useful, maybe ada yang tak tahu.. Kita biasa beli tiket Air Asia ni, semua benda kena bayar, dari luggage, makanan, select seat pilihan pun kena bayar.. Upon checkout, kena bayar pulak processing fee.. Tambah-tambah semua, kadang-kadang MAS ticket lagi murah LOL..

Anyway, ini cara nak jimat daripada membayar processing fee Air Asia..

mastercard
Contoh, kalau bayar guna credit card, processing fee RM24.. Punyalah mahal!
Jadi, kalau nak elak bayar processing fee tu, boleh guna AirAsia ezpay debit card..

ezpay2

So sebelum nak proceed payment tu, bagi yang takde AirAsia ezpay debit card ni, boleh apply dulu.. Take about 5-10 mins to key-in all the details and apply the card online.. Boleh apply di sini. Nanti akan dapat email, dia bagitau 16 digit debit card dan CCV2 number.. First of all, sebelum guna, kena topup dulu (min RM50) ikut harga tiket…Then bila dah ada duit dalam tu, boleh teruskan proceed pembelian tiket dengan menggunakan nombor debit card ezpay tu..

ezpay (2)
Ni contoh account summary..

Very easy!