Wednesday, September 24, 2014

Babywearing: Ergobaby Four Position 360 Baby Carrier…

043

Tiba-tiba pulak tersuka.. hihi.. Tak surelah minat bermusim ke apa.. I do whatever I like to do Smile

Mula-mula dulu, babywearing ni bukanlah sesuatu yang menjadi pilihan aku.. Aku tak dapat nak menerima bahawa ada baby melekat kat badan time aku berjalan, time aku nak shopping etc.. Rasa tak selesa.. Itu yang selalu aku “simpan” dalam kepala..

Tapi, keadaan berubah.. Semenjak husband aku busy asyik handle hal rumah, weekend selalu dia takde.. Aku pulak, kaki gatal nak jalan-jalan gi mall ke, gi mana-manalah, asalkan keluar berjalan.. Dan kalau keluar sekejap-sekejap, agak payahlah asyik nak keluar masukkan stroller dalam kereta.. Dahlah aku selalu singgah pejabat poslah, stesen minyaklah, takkan nak tinggal anak dalam kereta??.. Nak dukung boleh, tapi lenguh tangan lepas tu.. Hariz tu dah nak dekat 9kg tau! Jadi aku fikir, baby carrier lah yang paling convenient untuk situasi aku..

Bila semangat datang, aku teruslah pergi survey kat Fabulous Mom TTDI.. Konon mula-mula nak beli Boba Air.. Tengok material, memang tak sesuai untuk anak lama dalam tu.. Yang lain-lain aku tengok harga RM300+, nak beli ke tak, nak beli ke tak.. Balik rumah, fikir-fikir dulu, then baru decide beli Ergobaby 360 ni..

528
Bought from Mamapanda Store.. Since kenal-kenal dengan owner kedai kat Twitter, senang terus order aje dari dia.. Beli colour2 yang plain aje, hoping that one day husband pun boleh pakai jugak.. Smile with tongue out

027
Ni masa mula-mula try.. Baby rendah duduknya..

031
Keluar pergi klinik masa ni.. Singgah solat kat Alamanda..

Bila keluar bertiga dengan Haikal & Hariz, aku akan bawak 1 stroller jugak.. Senang.. Haikal boleh duduk dalam tu.. Time makan, baby boleh baring kat stroller.. Aku tak biasa lagi makan sambil baby melekat.. hehe.. Nak makan dengan selesa, gitu..

049

Selama beberapa minggu ni, seronoklah keluar berjalan guna carrier aje.. Baby pun senang je tertido dalam tu.. hehe.. Haikal sukalah asyik ajak mama dia berjalan.. Minggu ni nak gi Midvalley, kata dia haha.. Dah siap jadual Smile with tongue out

No comments:

Post a Comment