Once in a while kitorang pergi jenguk rumah.. Tu yang pilih beli dekat-dekat, senang nak monitor… Bila progress interest dah start kena bayar, kena selalu tengok betul tak payment kite bayar tu selaras tak dengan progress rumah kita..
Hari tu hubby pergi sorang masa weekend.. Aku tak mahu ikut, sebab nanti bosan nak tunggu hehe.. Saja je datang weekend time pekerja dia cuti.. Dapatlah borak-borak tanya fasal progress kat site.. Masuk dalam rumah tu, boleh dapat rough idea berapa besar ruang tamu, dapur, kat mana paip lalu, wiring dia etc.. And kitorang pun memang nak tahu berapa luas dapur, nak plan for kitchen cabinet.. Planning awal for budgeting.. :)
This is the area.. Mana satu rumah kitorang pun tak sure.. Tapi yang menghadap jalan nilah.. Tak mahu rumah yang menghadap rumah orang.. Nanti serabut banyak kereta dan orang parking sesuka hati depan rumah huhu…
Some of the photos yang hubby capture using his phone..
Ni slab ni, konon plan nak pasang tempered glass untuk beranda kat atas tu.. Masih dalam perancangan, we haven’t decide anything.. Sediakan saja duitnya dulu.. hehe..
Ni ada satu bilik kat dapur yang terkeluar macam ni.. Ingat nak pecahkan dinding tu, dapur luas sikit..
Wet area.. Tak besar sangat untuk letak washing machine.. Hmmm, mana nak letak dryer ni?
Masa berjalan cepat je, sekarang dah bulan March.. Nanti tahu-tahu rumah dah siap.. We are excited, tapi nervous at the same time.. hehe.. Harap semuanya berjalan lancar..
emy dah survey ke tempered glass?minat juga nak pasang kat rmh.tapi kalau mahai,ku simpan aje niat itu.hihii
ReplyDeleteBangi kat maner ni dik?
ReplyDeleteMamAliya,
ReplyDeletetak survey harga lagi.. tahun depan baru rumah siap.. hehe..
Puteri Satu,
kat area dalam UKM Komuter sana.. Tak tahu seksyen berapa..
murahnya rezeki....beli rumah lagi....kan baru beli/masuk rmh baru awal tahun lepas? tumpang seronok... nnt boleh tgk renovation. (jumpa blog ni sbb search rumah....dan follow...)
ReplyDeleteRadziah AR,
ReplyDeleterumah sekarang, dah 2 tahun dah.. Masuk akhir tahun 2010..
Tak sangka jugak dapat beli rumah lagi.. Kitorang cuba-cuba aje.. Alhamdulillah, dapat jugak.. hehe..