Tuesday, June 19, 2012

Of H&M…

Tahu tak online shopping ni tak ada batasan? Dalam negara, luar negara, semua pun boleh… Ini yang sangat membahayakan, tahu tak!! haha..

Aku pun tak pernah beli baju from overseas sebab sangatlah takut saiz tak match dengan badan sendiri.. Jadi, ni sebagai one of the experiment jugaklah.. Beli dari H&M UK website.. Saja jelah nak try-try sebab ada sales.. And, lagi satu my hubby’s cousin further study sana, so mintak tumpang address dia (H&M does not ship direct to Malaysia) and dia tolong poskan ke Malaysia..

IMG_1243
Safely arrived in my hand.. H&M punya size chart agak pelik sikit berbanding brand lain.. So, sangat confusing nak pilih mana satu yang sesuai.. Last-last, belasah ajelah.. hihi..

IMG_1244
I’ve bought cardigan, tunic blouse, blouse for me and jeans untuk Haikal.. Bertuah Haikal, mesti ada barang dia.. hehe..

IMG_1564
This is the cardigan.. Suka, tapi kan lengan dia panjanglah.. Ke orang Malaysia ni tangan pendek? hihi.. Rasa nak potong je, pernah tak korang potong cardigan? Please advise :)

hnmtunic
Blue Tunic Blouse.. Aku suka.. Saiz pun ngam-ngam.. Nasib baik tak frust.. hehe.. This tunic comes with a belt..

And one more blouse is this…

hmprod
Sangat besar for me.. Saiz UK12.. Dan aku tak tahu pun dia jenis jarang/transparent.. Rasanya memang aku tak pakai kot.. Siapa nak? hihi.. Bagi hadiah kat adik aku, Sofia pun boleh, siap sekali dengan inner.. Barulah muslimah.. Smile with tongue out

From my experience with this purchase, aku rasa lagi yakin beli baju kat Malaysia.. Boleh nak beli sebenarnya, providing aku dah tahu saiz yang sesuai.. Kalau tak, main belasah aje, bila dapat barang rasa macam main teka-teki muat ke tidak ataupun jenis kain seperti yang diharapkan atau tidak.. hehe.. Nak pulangkan boleh aje, tapi lecehlah nak post balik.. Tak kuasa.. huhu.. Or maybe I should think to buy something else.. Kasut ke.. hehe.. Ada-ada aje..

3 comments:

  1. tunic dress tu nice.. but i guess I just wait for H&M to open kat Lot10 this year.. :)

    ReplyDelete
  2. Cheesyana,
    yes, they are opening soon.. dah ada butik, senanglah nak fitting2 beli baju.. heehe

    ReplyDelete