Alang-alang dekat dengan ofis, aku amik peluang untuk pergi masa lunch.. Suka jalan sorang-sorang, senang nak belek-belek tanpa risau orang yang teman tu boring.. hehe..
Expo kali ni, hanya dalam satu Hall saja.. Hall lain ada exhibition for Thai products dan Hush Puppies sales.. So, bila tengok 1 hall aje, aku dah rasa kureng sikit.. Mesti tak banyak booth besar-besar join kali ni..
Booth yang sentiasa ramai orang ialah Booth Pureen ni.. Every time tau! I didn’t bother to take anything from here, because the queues were super long.. Tak sanggup tunggu kalau setakat nak beli baby wipes satu pack, baby bath sebotol.. huhu..
Yeah, harga murah dari di luar.. Tapi, kalau beli satu, not significant different, right? :P
Yang ni, tak sure booth apa.. Tapi jual makanan for baby and kids.. Cumanya aku tak yakinlah nak beli sebab tulisan luar tu tulis bahasa yang aku tak faham.. kehkeh..
Sebenarnya, matlamat aku datang expo ni nak dapatkan samples susu.. Tapi, sangat dukacita hanya Enfagrow aje yang bukak booth.. Ada dia bagi tester, tapi aku nak try susu yang lain.. Harga sama je dengan Jusco, RM192.99 for 2 tin susu 1.7kg, sebabnya memang Jusco yang bukak booth ni.. haha..
Satu yang menarik perhatian aku ialah katil untuk budak2.. Kalau beli ni kat rumah, ada kemungkinan tak Haikal nak tidur atas katil sendiri? Comel jugak kalau dapat satu.. Tapi nak design Cars McQueen tu.. hihi.. Harga katil ni RM799 tak termasuk tilam.. Kalau nak beli, katil bujang aku terpaksalah di let go.. Siapa nak beli katil bujang aku? :P
Yang ini mahal.. Ferrari.. RM1k++..
Mamy Poko pun murah.. Tapi Haikal tak pakai Mamy Poko sebab kira mahal jugak.. hehe… More than RM1 sekeping..
Sterilizer & Warmer RM150.. Sama tak dengan harga kat luar? Sterilizerlah benda yang aku beli tapi pakai sekejap aje.. Sebabnya aku malas! haha.. Time berpantang aje yang semangat sebab tak buat kerja.. Bila dah start masuk ofis, sterilizer jadi hiasan aje.. hehe..
Yang aku perasan, kali ni banyak booth yang jual foamy mat ni.. Ada macam-macam saiz, tapi aku tak check harganya.. Terperasan, harga ratus-ratus jugak.. Boleh tahan mahal, baiklah aku beli carpet baru.. hihi..
Bio Oil saiz kecil, RM27.00.. Okay tak? Tak silap aku, harga kat luar RM30++.. Yang tengah pregnant, ni kira peneman setialah ni.. :)
Baru aku tahu ada jugak set periuk untuk tanam uri baby.. Siap ada jenama, entah berapa harganya.. Ayah aku beli kat Chow Kit je.. :P Sekarang ni macam-macam, semua boleh buat untung..
Medela breastpump.. Crazy sangat ke dealnya? You decide.. Aku tak berapa nak tahu.. Kat booth ni jual Avent products jugak, discount 20% sahaja..
Bengkung ni tadi, yang RM50 tu aku rasa nak beli sebab aku takde bengkung.. Masa bersalin Haikal, aku pinjam adik ipar punya.. Sekali aku fikir, bukan aku nak bersalin esok.. hihi.. Nantilah, ada banyak lagi fair lain kali..
Gyro Bowl ni RM18.. Kalau dengan pembelian RM50, boleh beli RM8..
Satu yang menarik perhatian aku ialah swimsuit ni.. Harga RM100.. Aku tengok video anak seller tu berenang dengan pakai baju ni, tak payah pegang pun.. Impressive.. Tapi, apakan daya.. Haikal baru beli swimsuit sebelum pergi Singapore hari tu.. Jadi, jimat duit aku :)
Ni videonya.. Sorang-sorang budak tu berenang dalam swimming pool..
Pusing punya pusing, apa aku beli? Ini dia, losyen mustajab.. RM20.. Bajet nak ramping macam Nora Danish.. hahahaha..
Sekian sahaja laporan hari ni :) Baju-baju aku tengok gitu-gitu aje.. Takde niat nak tambah koleksi sebab baru sangat beli baju..
thank you sis! :) liputan yg lengkap..
ReplyDeleteconclusion, tak payah pegi lah..hehhe..
nak pegi ikano, mum's care sale :)
kyana pun pergi. sedih. tak best pun. amik gambo pn tak smgt.
ReplyDelete