Tuesday, February 28, 2012

Masakan Istimewa–Ikan Siakap Stim…

Oleh sebab jarang sangat masak stim, kira istimewalah bila sekali-sekala masak lauk ni… hihi.. Sebenarnya, masak stim nilah paling senang.. Cumanya, kena sedia banyak bahan-bahan dan semua kena hiris halus-halus..

Dan yang lebih buat istimewa ialah aku terpaksa keluarkan pengukus gergasi aku ni.. Jangan main-main, ni turun temurun dari zaman anak dara sampai bercucu nanti.. hehe..

IMG_4433 Besar, puas hati, mahu masak apa pun boleh :P

IMG_4435  Ni segala bahan yang telah dihiris..

Resipi di bawah ialah resipi yang aku guna.. Amik dari myresipi.com.  Aku dah pernah try resipi lain, tapi resipi yang ini suits our taste buds the most..

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh tepung jagung
  • 1/2 sudu teh lada sulah

Lumurkan ikan siakap dengan bahan di atas, biarkan seketika… Sambil tu, bolehlah panaskan air dalam pengukus hingga mendidih..

  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 1 1/2 sudu besar minyak masak*
  • 1 1/2 sudu teh gula*
  • 1/2 sudu teh garam*
  • sebiji limau kasturi (perah jusnya)
  • 5 - 10 biji cili padi, (hiris)
  • 2 batang serai (hiris)
  • 1/2 biji carrot (hiris)
  • 1/2 kuntum bunga kantan (hiris)
  • 2 helai daun limau purut (hiris)
  • 1/2 inci halia muda (hiris)
  • 1/2 camca teh tepung jagung (hiris)
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis

Bahan-bahan ini dicampurkan sekali.. Gaul dengan sudu.. Lepas tu, letak semua bahan2 yang telah digaul kat atas ikan.. Bila air dah mendidih, masukkan ikan dalam pengukus untuk distim sampai masak..

IMG_4438 Aku guna aluminium foil letak ikan dan semua bahan2 atas tu.. Bawah alumium, guna loyang..

Agak-agak masak dalam 20-30minit.. Then, the fish is ready for dinner!

IMG_4442

Today, I’m gonna cook this :) Haikal loves it.. He will say “Tish, Tish” instead of fish.. haha..

9 comments:

  1. pengukus aida amik emak punye. aida pernah sekali je kukus siakap. selebihnya aida selalu kukus ayam. sihat bila makan masakan kukus ni...

    nota kaki : da singgah blog aida lom ari ni? ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

    ReplyDelete
  2. xpnh msak stim lg,but gonna try after nih..hihi.. ok la gak haikal sebot ade bunyi fish tu.. Rayyan sebot Grrr..Grrrr..(sound cam kte nk meludah)instead of fish..hahaha...what to do...

    ReplyDelete
  3. mm nampak sedap dan senang jugak. lapar pulak.

    ReplyDelete
  4. aida,
    tak pernah kukus ayam.. erm, tak minat ayam, bila kukus dia nampak togel.. hihi

    ReplyDelete
  5. Luv,
    hah? mana boleh hiris tepung.. hehe. i ada salah tulis ke?

    ReplyDelete
  6. Thanks admin for the share. I dh try dh recepi u. Menjadi and sedap. I suke. hehe. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete