Wednesday, May 25, 2011

Wallcoverings.. Living Hall & Bedrooms…

Yes, our home has new look! :) Buat wallcoverings di living hall, master bedroom and Haikal’s room.. Plan nak pasang wallpaper ni dah lama, tapi tak sempat nak pergi showroom pilih wallpaper.. Last month baru pergi ke Wallpaper Carpet Distributor di Brickfields untuk tengok samples.. Serious pening, tak tahu nak pilih yang mana.. Banyak sangat choices.. Memandangkan adik aku, Tasha memang bisnes wallcoverings ni, aku banyak tanya dia tentang paper mana yang cantik dan sesuai untuk rumah aku.. Yelah, wallpaper ni ada banyak jenis.. Ada yang bila pasang, nampak join kat dinding, ada yang banyak bubble, macam-macamlah.. So, kita rujuk pada yang pakar.. hehe..

Dah siap pilih2 wallpaper, adik aku datang rumah untuk confirmkan ukuran dinding dan kira berapa rolls wallpaper guna.. Lepas tu, next weeknya dia datang balik untuk pasang.. Time lain tak free, dia datang rumah Jumaat malam last two weeks kalau tak silap aku.. Pasang sekejap, pastu berhenti tengok Maharaja Lawak.. hehe.. Then sambung balik sampai pukul 2.00am lebih baru siap kot.. Aku pun dah mamai-mamai time tu..

Ini gambar2 semasa proses pemasangan wallpaper tu.. Haikal pun sibuk mengacau time diorang pasang wallpaper..

IMG_2119 Sapu gam pada paper…

IMG_2123 Buat kat master bedroom dulu.. Pilih design yang light colour sebab bilik aku wardrobe kaler hitam.. Kalau feature wall gelap, alamat bertambah gelaplah dalam bilik.. Oh ya, sorang lagi yang tolong tu adik aku jugak..

Lepas siap master bedroom, buat kat bilik Haikal pulak.. Untuk bilik Haikal, pilih warna yang colourful sikit, bagi nampak ceria sesuai untuk budak2.. Feature wall bilik ni gabungan 2 design, iaitu stripe dan yang bercorak.. Pilih colour yang sesuai untuk boy mahupun girl..

IMG_2132

IMG_2133

And, lastly buat kat living hall.. Time ni aku dah tak larat nak tunggu, tertidur terus.. hehe..

IMG_2141

Inilah hasilnya…. Aku tak ingat semua nama catalog untuk design wallpaper ni.. Hari tu pun, main tunjuk2 gambar je kat Tasha nak design yang mana satu...

Master bedroom..

IMG_2126

IMG_2162

IMG_2163

Haikal’s Room…

IMG_2136

IMG_2134

IMG_2135

Living Hall…

IMG_2139

IMG_2140

Gambar tak dapat nak tangkap keseluruhan, sebab aku takde DSLR yang wide lense tu.. hehe.. Untuk ruang tamu, wallpaper ni kitorang pilih gelap sikit.. So that, contra dengan dinding lain.. Cuma bila match dengan langsir, macam sama-sama gelap.. Maybe kena tukar langsir baru kot tahun ni, amik colour yang light sikit.. hehe.. Tengoklah macam mana nanti.. :)

Perasan tak sekarang ni dah jadi trend kan pasang wallpaper, especially feature wall.. Berbanding cat dengan colour yang contra, wallpaper yang bercorak2 lagi menarik, kot.. Kalau rasa at one point tu dah bosan dengan design tu, boleh tukar design lain pulak nanti.. Aku ingat, dalam 2 tahun tu tukar, kira okaylah.. Tapi bergantung budget jugak.. hehe.. Cuma, bila ada anak kecik ni, memang diorang akan tertarik nak pergi ke dinding yang pasang wallpaper ni.. Kenalah jeling2 dia buat apa kat situ.. Jangan diguris2 dengan mainan dan koyakkan, sudah.. Memang geram, huhu.. Haikal bila main, suka acah2 kita pergi ke wallpaper, pastu bila kita datang nak dapatkan dia, dia larikan diri.. Haiyo, pandai bergurau betul..

14 comments:

  1. cantik...bila nak ade rumah sendiri nie..bestnya ade rumah sendiri..;-)

    ReplyDelete
  2. nak tanyerla..berapa yee kos u buat kat ruang tamu itue..kalo tak mahal sangat boleh buat kat living hall kita...kalo mahal sangat tak maula..rumah sewa je..hihi...;-)

    ReplyDelete
  3. uitt..cane bole same yg dlm bilik tu mcm my living ;p

    ReplyDelete
  4. cantiklah sangat..berapa harganya tu?

    Jom baca ni :Transformers 3.."Our World, Their War"

    ReplyDelete
  5. Eila,
    thanks. kalau living hall, harga depends on wallpaper + install charge.. Kalau wallpaper jenis saya tu, dalam RM850 camtu..

    Kak Zue,
    hehe.. tulah, hari tu datang rumah kak zue, tengok eh sama mcm kat rumah. cuma lain kaler je.. :)

    hanani,
    cost semua dalam RM2k++.. Tapi, adik beradik dapat harga lain sikit.. kekeke..

    ReplyDelete
  6. Suke.. Aku pon dh psg niat nanti nak psg wallpaper gak. Nafsu menjadik setiap kali baca entry ko psl umah, hihi..

    ReplyDelete
  7. Aien,
    nanti agak2 rumah dah siap, bolehlah pasang.. Hehe

    ReplyDelete
  8. u punya feature wall pasang wallpaper tu wall yg sama u lekatkan tv consol/kabinet tu ke?
    x nmpak plak tv kt situ..

    ReplyDelete
  9. alienash,
    bukan.. dinding yang bertentangan dengan tv panel.. panel tv, takde wallpaper

    ReplyDelete
  10. oo cmtu ek...selalu tgk feature wall yg dinding dekat TV..

    ReplyDelete
  11. alienash,
    it's depends on your living hall.. kalau besar sangat better letak kat tempat tv tu.. dia jadi focus kat situ.. my living hall kecik, 4 segi, so i put at other wall.. lagipun tv panel dah ada colour & texture..

    ReplyDelete
  12. mahal tak wall paper ni, rumah saya kecik jer pun, rasa cam nak terai pakai wall paper plak,

    ReplyDelete
  13. Sabarina,
    Wallpaper ada byk jenis, dari yg murah sampai yg mahal.. Boleh pasang kalau nakmtry.. I recommend pasang byk tempat sikit, sbb upah utk pasang dikira lumpsum

    ReplyDelete
  14. Bole kami suruh adik u pasang wall paper kat rumah kami........n berapapa caj nya 1 roll..... x 4 roll..

    ReplyDelete