Sunday, May 22, 2011

My New Gadget… Please Bring Me To The Right Path…

Hahahahaha.. Memang sedia maklum, aku ni buta peta.. Baca peta tak reti.. Kalau lalu jalan-jalan yang aku tak pernah lalu, memang sesatlah jawabnya especially jalan kat KL ni.. Satu-satu simpang aku masuk.. Dah puas sesat, baru jumpa tempat yang nak dituju.. huhuhu.. That is why aku jarang nak pergi tempat2 yang pelik seorang diri.. hehe..

Disebabkan aku yang sekarang ni kerja asyik nak kena travel je, my husband dah risau sebab aku takde GPS.. Nak pergi mana-mana susah sebab tak tahu jalan.. Karang jalan pulang pun tak jumpa, macam mana? haha.. Aku sendiri tak concern sangat fasal GPS ni, sebab kalau beria nak sangat, tentulah kena keluar duit sendiri, kan?.. hehe.. So, jawab okay-okay jelah bila my hubby tanya.. Masa beli tu, tanya balik kat dia “Ni abang belanja, kan?”.. hehe.. There you go, dapat jugak akhirnya.. Smile with tongue out Thank you, abang..

Inilah dia my new gadget, Garmin Nuvi.. Beli kat Midvalley, senang apa-apa hal boleh refer kat situ, nama pun office kat Midvalley.. hehe..

IMG_2168 Ni testing balik kerja guna GPS.. Kalau hari-hari pakai time balik kerja, apa jadahnye? haha.. Macamlah rumah tukar2 setiap hari.. :P

IMG_2167

Setakat ni pergi Kuala Pilah, berjaya sampai di tempat yang dituju tanpa sesat.. Semalam pun, datang Perak ni guna GPS jugak.. Walaupun kadang2 aku ada rasa tak percaya kat GPS ni, entah mana hala jalan dia bawak aku.. Tapi, asalkan sampai, dah kira okaylah tu, kan?.. hehe..

Wahai Garmin, tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus dan benar.. haha…

No comments:

Post a Comment