Saturday, January 29, 2011

Rainy Sunday…

Hujan tak berhenti dari pagi.. Mendung aje.. Pukul 12 tengahari rasa macam baru pukul 8 pagi.. Habislah, baju tak kering, jemur dari semalam lagi.. huhu.. So, hari ni punya trip basuh baju ditangguhkan..

Hari hujan dan sejuk membuatkan aku jadi malas… Rasa nak rehat aje kat rumah dan kemas sikit2 apa yang patut.. In fact, sejak pindah ni, rasa malas sangat nak keluar.. Rasa nak duduk rumah aje.. Erm, maybe sebab rasa selesa duduk rumah sendiri dan alasan sampingan dah sengkek sekarang, duit banyak habis.. haha..

Hari yang sejuk begini, sedap Haikal tidur dalam bilik.. Bilik gelap sebab langsir tebal, agaknya dia rasa macam dah malam kot.. haha.. Lepas makan, merengek melalak sekejap, pastu kena marah sebab menggigit time menyusu, lepas tu menyusu dengan behave, terus tidur.. Harap dia bangun hanya selepas Domino’s pizza sampai.. Boleh makan dengan tenang sikit.. hehe.. Hari ni tak masak lunch, malam lah masak simple2.. Hari-hari memasak, letih jugak.. Bab sedia bahan-bahan yang lambat.. Nak masak sekejap aje, lebur aje semua dalam kuali/periuk ;P Owh ya, hari ni Domino’s pizza taknak commit boleh hantar within 30 minit lagi.. Takut kena bagi free pizza voucher lagi kot.. haha.. Nak try email McDonald HQ lah, bila McD boleh hantar kat sini.. Nak jugak merasa makan Prosperity burger yang delivery ke rumah.. hehe..

Okaylah, malas bebel panjang2.. Nak rehat, bertweet and FB sambil tunggu pizza sampai.. Happy holidays! Aku hanya mula cuti start Rabu.. Office aku ikut Selangor punya calendar, so hari Selasa tak cuti!

No comments:

Post a Comment