Sunday, January 16, 2011

Persatuan Wanita...

Dah lama dah perkataan PERSATUAN dah tak ada dalam kamus hidup aku.. Last sekali masuk persatuan, masa sekolah menengah dulu.... Masuk U, satu apa pun tak join, tu yang tak dapat duduk kolej.. Plus, aku bukan jenis kaki bodek atau baik2 dengan senior.. huhu.. Aku pun bukan rajin nak join2 perjumpaan yang kesudahannya tak ada hasil apa-apa.. hehe..

Sekali, bila join GLC ni, ada persatuan pulak... Macam-macam persatuan ada.. Mula-mula kena datang AGM meeting, rasa macam berat aje.. Dalam hati rasa macam berbelah bahagi, "wajib join ke?".. Tapi, aku pergi jugaklah.. Nanti orang cakap apa pulak, kan? Budak baru anti sosial.. haha.. Persatuan yang aku join tu, memang khas untuk staff wanita atau isteri staff yang kerja kat sini... Macam Wanita UMNO pulak aku rasa.. hehe..

Okay jugaklah, masa meeting tu dapat doorgifts barang2 Ikea; table cloth and containers.. And, masa diorang recap aktiviti sepanjang tahun lepas, aku rasa best jugak kalau join.. Kalau difikirkan, bagus jugak kan, takdelah aku dengan dunia aku sendiri aje... To be frank, aku tak ramai kawan sangat, kawan2 sedia ada aje.. Kawan blogger ada lah, tapi, setakat baca blog aje.. Tak pernah pun join aktiviti yang diorang buat.. Ni, dah ada peluang join persatuan ni, sesekali buat aktiviti lain dengan kawan-kawan sekerja, ada jugak baiknya.. Sejak dah berfamily ni, balik kerja, duduk rumah.. Weekend, keluar dengan my hubby and Haikal, sama ada gi shopping complex, balik kampung atau pergi Wangsa Maju.. Itu saja.. Ada aku jumpa orang lain? Tak ada.. kecuali waktu kerja.. hehe.. So, maybe this is the time to get to know other people.. Hopefully..

No comments:

Post a Comment