Sunday, January 30, 2011

Ikea PATRULL Multilock.. Needed When You Have Kid..

Bila ada budak kecik dalam rumah, first and foremost, kena pastikan keadaan persekitaran rumah selamat dan tiada barang2 kecik atau barang2 tajam yang terletak kat lantai atau diletakkan kat tempat2 yang boleh dicapai oleh anak kita.. Yes, kids tend to explore almost everything.. Haikal pun sama.. Semua benda dia nak try.. Suka masuk mulut nak test power gigi 4 batang dia tu.. hehe..

Haikal suka main kat drawer dalam bilik dia, pintu2 dan TV cabinet… Biasanya kitorang banyak habiskan masa duduk kat ruang tamu, so TV cabinet yang jadi sasaran utama dia main kat situ.. Kalau main senyap2, memapah kat situ, tak kisahlah sangat.. Ini tak, ditolaknya sliding door cabinet dan asyik bukak tutup benda alah tu.. Gedegang bunyinya… hehe.. Lepas tu, suka jugak godek2 DVD player, Astro decoder sambil tekan2 punat yang ada.. Papa Haikal tak boleh tahan tengok barang kesayangan jadi mangsa, maka terus beli Patrull Multilock ni kat Ikea.. Ideanya benda ni digunakan untuk lock benda yang boleh dibuka seperti pintu peti ais, drawer atau wardrobe’s sliding door.. Setakat ni, peti ais, Haikal belum pandai buka lagi..

image

Contoh PATRULL Multilock digunakan di peti ais..

Inilah rupanya bila dah pasang kat TV cabinet… Dah tak bolehlah Haikal nak tolak tarik sliding door tu..

IMG_0571 Tempat Haikal practice bertatih!

IMG_0569 Godeklah macam mana pun, memang Haikal tak reti bukak (at this moment).. hehe..

Dah pasang lock ni, kuranglah Haikal main kat TV cabinet ni.. Sebab memang takde barang2 atas TV cabinet.. Aku memang awal2 dah pesan kat my hubby atas tu jangan letak apa2.. Maka, yang jadi mangsa tempat letak barang ialah meja makan.. Sepah gile.. huhu.. Probably need high table pulak lepas ni untuk letak barang macam handphone… Itulah kerjanya, asyik menambah barang aje.. kihkihkih, nama pun orang pompuan..:P

2 comments: