Monday, January 31, 2011

Bagaimana Atasi Bayi Menggigit Semasa Menyusu?

Breastfeeding ni memang mencabar.. Dari baby kecik sampailah umur nak dekat setahun ni, macam-macam peringkat ada.. Masa baru lahir dulu, mulut macam mulut burung, asyik nak menyusu aje.. hehe.. Bila dah besar sikit, umur 4 – 5 bulan, Haikal minum banyak sampaikan aku jadi risau stock susu tak cukup.. Masa dia 7 bulan, cabaran lain pulak, aku kena pergi OBM dan sungguh2 aku kumpul stock untuk baby minum selama 7 hari 7 malam.. Ni dah nak dekat setahun, cabaran lain pulak datang.. Paling mencabarlah dalam perjalanan breastfeeding aku ni.. Iaitu, Haikal suka gigit bila dia nak lepaskan nipple after dia menyusu.. huhu.. Tau ajelah, gigi dia dah 4 batang.. Gigi yang atas tu jarang sikit.. Bila dia gigit dan tarik, mak ai ngilu dan sakit giler..

Time menyusu sekarang ni aku rasa macam pergi perang.. Kecoh giler dengan adengan mama menjerit, lepas tu diikuti Haikal melalak.. Mana tak stress dibuatnya? Selalunya aku time susukan dia bolehlah baring2 sikit, kadang2 tertidur.. Sedap2 aje nak lena, dia pulak gigit.. Terus datang hangin satu badan.. huhu.. Kesian jugak baby kena babap dan kena marah, tapi memang sometimes tak boleh kawal.. Tapi takdelah babap betul2 pun, just acah2 dia supaya dia tak buat lagi.. Aku marah-marah selalu pun, baby bukan paham.. Bila dah asyik gigit ni, aku jadi takut pulak bila tiba time menyusu.. hehe.. So, panaskanlah susu dalam botol, dan bagi Haikal minum sebelum dia nak tidur.. Tapi, ini budak memang bijak.. Nenen yang fresh jugak yang dia nak.. Kalau tak bagi, sambung melalak2 lagi dia.. haish…

Jadi, macam mana ye nak atasi baby menggigit time menyusu ni? Ada tak alat yang boleh protect nipple kita? huhu.. Pernah sekali I came across this one product, Medela nipple shield , iaitu sejenis puting yang boleh letak kat nipple khas untuk ibu-ibu yang susah nak susukan baby sebab flat nipple. So, I guess, in my case bolehlah letak puting kat nipple untuk protect time menyusu.. Let say Haikal gigit, gigitlah getah puting tu.. hehe.. Tapi, risau beli mahal2, Haikal tak nak menyusu pulak.. Ada cara lain? Please give me some ideas! But, please don’t ask to stop breastfeeding.. I love to breastfeed my baby, except the “menggigit” part tu lah..Smile with tongue out

Hari tu dah geram sangat asyik gigit aje, aku bagi puting kat Haikal… Tersengih2 gigit puting.. Haish, anak mama ni..

IMG_0679

IMG_0680

IMG_0676

IMG_0677

17 comments:

  1. hmmm,byk jugak cabaran dlm breastfeeding,igtkn takde ape mslh..huhu..nice sharing.. ;)

    ReplyDelete
  2. Cik Ila,
    haah, ada cabarannya.. tapi, setiap orang tak sama..

    ReplyDelete
  3. hehe...klu xnak bg dia gigit, picit hidung dia sblm kena gigit..
    adam pun skrg dah pandai tarik smbl gigit..grrrr..tu nsb bsik gigi xde lagi...

    ReplyDelete
  4. aanie,
    owh, ye ke? okay malam ni, saya try picit hidung baby.. Thanks for the tips..

    ReplyDelete
  5. Pelbagai cabaran dalam nak bagi baby kita menyusu kan. Tapi banyak khasiat baby minum susu ibu. Chaiyok! Chaiyok!

    Penjagaan Tudung

    ReplyDelete
  6. yer..time dia gigit 2..picit idung dia...cpt jer dia lepas...2 baru 4 btg..nnti dh berbatang2 lagila...

    ReplyDelete
  7. try la pki shield tu.ida pki jenama pegeon coz i have flat nip.wlpn x de gigi lg tp darwisy dh pndi kunyah2..hehe

    ReplyDelete
  8. emy, aku dah invite ko. checklah email k.

    ada entry on experience aku bila baby menggigit waktu menyusu :)

    ReplyDelete
  9. naim,
    okay. noted. thanks yer! adoilah tutu nak biarkan dia gigit.. haha

    ReplyDelete
  10. Jom follow my blog. Ada tips cara elak dari baby gigit puting ketika menyusu. Walau bagaimanapun, susu ibu adalah terbaik. I love breastfeeding.

    Www.supermommy2u.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. saya seelalu tarik hidung baby dan lepaskan perlahan2 mulut dia..ltk jari kita dlm mulut dia..tp mmg bnyk cbrn menyusu ni

    ReplyDelete
  12. Saya kalu kena gigit tu biasa tekap muka @ picit hidung dia lemas dia lepaskanla.. Tapi kadang tu reaksi pertama saya menjeritlaaa...huhuhu.. Sakit... Dah la gigi dia dh nak penuh dan besar...

    ReplyDelete
  13. Saya kalu kena gigit tu biasa tekap muka @ picit hidung dia lemas dia lepaskanla.. Tapi kadang tu reaksi pertama saya menjeritlaaa...huhuhu.. Sakit... Dah la gigi dia dh nak penuh dan besar...

    ReplyDelete
  14. Saya kalu kena gigit tu biasa tekap muka @ picit hidung dia lemas dia lepaskanla.. Tapi kadang tu reaksi pertama saya menjeritlaaa...huhuhu.. Sakit... Dah la gigi dia dh nak penuh dan besar...

    ReplyDelete
  15. Hi salam..comelnyaa baby tuu, haikal ye nama dia :), tulah kalau nak cerita pasal menyusu mmg bkn satu perkara yg mudah kan..saya dgr kawan fb cerita yg baby gigit gigit masa menyusu tu, gigi pula dah tumbuh dua depan.. risau juga dgr tu..ada org recommend produk Pump It Milk Booster ,ada juga utk rawat puting melecet ni .. mcm senang je gunanya sapu2 jee.. Alhamdulilah, boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
  16. Sourcecheck out this site HomepageClick This Link Sourcehome

    ReplyDelete