Wednesday, December 29, 2010

Outdoor And Indoor Water Filter…

Sebelum ni kat rumah sewa, kitorang guna Diamond Water Filter.. Tapi, filter kat paip dapur aje.. So, bila nak memasak dan jerang air, gunalah air yang dah filter tu.. Kadang2, aku ngelat jugak, terus aje tadah air paip, sebab tunggu air keluar lambat sangat… hihi.. Memang bagus guna water filter ni, at least kebersihan air terjamin.. Nak minum terus pun, boleh..

Cuma, yang kitorang perasan, kat bilik air, cepat sangat naik kuning2 kat tiles tu.. Memang confirm, air yang kitorang guna ni tak bersih.. Mesti air kuning, tu yang cepat bilik air kotor.. So, thinking of that, my hubby bercadang nak install outdoor filter.. Kat rumah barulah, kat rumah sewa, buat apa? Menghabiskan boreh ajo.. haha.. 

IMG_0079

IMG_0094  Inilah dia Delcol Water Filter yang menjadi pilihan… Install kat dalam gate..

IMG_0093  Indoor water filter.. Filter disimpan kat bawah sink, dan paipnya kitorang decide untuk mount kat sinki.. Air laju, senang nak tadah untuk memasak..

Delcol Water Filter ni, my hubby beli dari Delcol authorized dealer.. The good thing is kitorang dapat harga murah sempena MAHA 2010.. Walaupun tak pergi ke MAHA tu, dapat jugak lock harga kat MAHA.. Siap dapat water dispenser free.. Tu dah bagi mak aku..

Disebabkan water filter ni consists of outdoor and indoor filter, kitorang dah tak perlu risau nak cuci2 indoor filter selalu ataupun tukar dia punya penapis tu.. Orang tu cakap penapis boleh tahan sampai 2 tahun lebih.. Cuma, kena selalu backwash aje outdoor filter untuk bersihkan segala kotoran air.. Yelah, air kat luar tu, tentu kuning2 kan.. Pernah tak bila basuh baju, curah air kat baju, nampak kotor bertampuk kat baju? Tu sebab air karat la tu.. So, hopefully, sekarang takde masalah tu lagi..

Ada jugak survey water filter brand lain especially Diamond.. Diorang dah buat skim yang bayar bulan2 siap service free.. Bila kira-kira balik, kitorang rasa mahal.. Compare dengan apa yang kitorang beli ni, dah ada outdoor filter, yang indoor filter tu tak payah nak service2 selalu.. Sebab air yang masuk rumah dah tak kotor lagi…

No comments:

Post a Comment