Tuesday, August 3, 2010

Kerisauan Menjelang Ramadhan…

Bukan risau sebab tak cukup masa nak masak dengan kehadiran si kecik, ye.. :) Yang itu, boleh disettle kan dengan bantuan encik suami yang balik rumah awal.. hehe..

Actually, risau tentang my breast milk production.. Sebelum ni, takde risau sangat sebab rasa macam cukup aje susu untuk Haikal.. Dua-tiga hari ni, mula datang risau.. Owh, Haikal telah dihantar ke pengasuh baru mulai Isnin hari tu.. Kat pengasuh baru ni, hari first dia minum susu 5 botol, then hari kedua which is semalam, habis 7 botol dia minum.. huhuhu.. Biasanya dia minum 4-5 botol aje.. Dalam kepala dah mula fikir cukup ke tidak, cukup ke tidak.. Balik rumah lepas amik Haikal, terus pam sebab risau punya fasal..

Kalau Haikal minum 7 botol sehari, aku takut EBM stock makin kurang dan aku pun tak sempat nak stock up more.. Bila dah risau ni, mulalah google sana sini cari penyelesaian.. Based on what I found on the net, memang ada macam-macam milk booster di pasaran.. Sama ada mahal atau murah aje.. Sebenarnya, aku pun pernah try and still guna Fenugreek untuk tambah susu.. Tapi kan, tau ajelah aku ni.. Makan ubat tak disiplin.. Hari ni makan elok je, esok skip satu kali.. Lepas tu lupa, bila ingat, baru makan balik.. Haish.. So, based on my experience masa mula-mula makan Fenugreek tu (time ni tak skip lagi), ada perubahan sikit dengan milk production, dari 3oz ke 5oz.. Yang ini memang aku kerap pam, kalau kat ofis, 3 kali aku pam.. Sekarang ni, lebih kurang camnilah setiap kali pam, 5oz per session.. Bila Haikal dah banyak minum, aku risau apa yang ada ni tak cukup…

Aku baca tentang Shaklee product, Energy Soy Protein, Performance Drink dan Trial Set B for breastfeeding, kebanyakan review semua cakap bagus-bagus, cuma harganya mahal sikit.. Erm, need consideration.. Takut beli nanti, tapi tak habis guna.. Macam Anmum Lacta, beli beberapa bulan lepas.. Sampai sekarang, tinggal secoit pun liat nak habiskan.. Aku suka yang dah siap bancuh, minum susu kotak Dutch Lady setiap hari, senang kerja :P Tapi, kena buat sesuatu juga.. Maybe aku cuba Melilea Organic Soy Drink dulu.. Harga pun murah.. Disebabkan takut tak sedap, tadi dah try Suzie punya, memang boleh masuk tekak aku.. Satu mug aku minum sampai habis.. hehe..

Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki untuk Haikal dengan banyakkan susuku.. InsyaAllah..

Kalau ada yang nak share experiences dan bagi tips, please do so.. :)

10 comments:

  1. i'm thinking da same thing la emi..even aku xkje,rs mcm xckup je susu utk Wafa..aku da try puasa isnin lepas, mmg down la milk production..huhu..aku pn igt nk try la susu yg ko try tu..

    ReplyDelete
  2. erm, nak try puasa jugaklah.. risau kan? tapi, risau-risau pun tak elok.. susu pun boleh merudum... hehe

    ReplyDelete
  3. emy... tiap2 kali semayang doa semoga Allah banyakkan susu...
    nih antara doa yang kngah penah amalkan...dalam bahasa melayu je pun.. tapi kngah letak kat monitor PC.. tak de le terlupa...
    "Ya ALLAH.. permudahkan segala urusan kehidupanku, banyakkan susuku untuk bayiku dan permudahkan perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang Engkau syariatkan.. AMIN"

    ReplyDelete
  4. colleague aku nye petua, mkn lobak putih byk2...tp ko kn tk mkn sayur...hehehe

    ReplyDelete
  5. aku pun tau pasal petua ni.. tapi tak pernah cuba.. sedap ke lobak putih? lobak putih pun aku tak tau camne.. lobak masin, taulah.. haha

    ReplyDelete
  6. aku haritu kan sebulan ganti poser. tp alhamdulillah la ok. apa aku buat, minum byk sgt air. mkn supplement. tp kalau ko malas ko boleh cuba alfalfa shaklee tu je boleh boost susu. aku xminum pn soy protein sbb allergic. makan kurma. minum green tea. aku prasan if minum gren tea cpt je breast penuh (to me la). minum milkmaid tea. minum susu n milo. makan lobak putih. tp kt mesia dlu aku xmakan pn sbb kt sana pahit2 rasa dia. tp kt jepun ni sedap2 plak lobak putih nyer. itu jela yg slalu aku buat ritu. owh ye during heavy meals aku mkn byk sket. sahur pn sama. kalau boleh jgn la skip. penah skali bila dh ptg aku rasa nk tumbang je. mebi sbb krg minum air or mkn on d day b4. all d best to u

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing Ina. Aku nak try soy drink.. Minum air banyak, InsyaAllah.. Memang dah start minum banyak sampai 5,6 kali ke bilik air.. huhu.. Nanti nak try green tea jugaklah.. Sedap tak? hehe.. Makan nasi banyak, memang setiap hari makan banyak, 2 pinggan depends on lauk ;) Susu memang minum.. Kurma, nanti mintak husband belikan.. Yusof Taayoob.. hehe..

    ReplyDelete
  8. green tea bg aku sedap je. kalau nk cuba bli yg biasa tu je plain green tea. sbb dia ada byk jns juga kalau xbiasa takut xsuka plak. dh slalu minum nnt suka la kot. btw lupa nk ckp td. amalkan zikir ya matin. ada bilangan dia xingat plak. tp aku slalu buat 3 kali bismillah, 3 kali selawat, ya matin 70 kali, selawat lagi 3 kali n akhir dgn bismillah 3 kali. hembus kt air n minum dgn niat utk bykkan susu. tp ko dh tau kot yg ni.

    ReplyDelete