Tuesday, August 24, 2010

Haikal Turns 6 Months Today!

IMG_7940

Setiap bulan mesti tak sabar-sabar nak tengok perkembangan atau skill baru Haikal.. Apa dia boleh buat, apa yang dia dah belajar.. hehe.. Okay, at his 6 months, meh kite tengok apa perkembangan si kecik ni :P

  • Berat badan to be advised, belum pergi checkup lagi..
  • Alhamdulillah, aku masih full breastfeed Haikal.. Starting this month, nak start bagi makan bubur pulak..
  • Dah angkat bontot nak merangkak.. Adalah sekejap-sekejap ke depan, yang lainnya semuanya undur ke belakang.. Ada satu hari tu, aku perhati aje sambil panggil2 datang dekat aku.. Sambil senyum-senyum dia undur-undur sampai masuk bilik dah.. haha..
  • Dari gaya angkat bontot tu, macam nak try duduk.. Bila tak dapat, bising aje tak puas hati.. :P
  • Mula kenal orang.. Kalau balik Wangsa Maju atau Melaka, time datang tu, mesti tengok dulu muka sorang-sorang.. Kalau terus aje amik dia, mulalah cemik-cemik lepas tu melalak..
  • Dah pandai nak “pergi” kat orang bila hulur tangan nak dukung dia.. Let say papa Haikal tengah dukung dia, aku hulur tangan nak dukung, dia pun cepat2 nak kat aku dengan excitednya..
  • Sangat aktif, tak reti duduk diam.. Time tukar pampers, pakai baju susah sangat, asyik nak berpusing.. Sometimes aku bagi mainan, tapi kadang-kadang tak jalan.. Kena papa pulak pegang tangan dia..
  • Bila aku duduk menyusukan Haikal, suka tepuk-tepuk pampers.. Inilah masanya aku ajar nyanyi Tepuk Amai-amai.. :P
  • Nampak aje benda/mainan, semua nak capai.. So, kalau duduk kat meja makan sambil pegang Haikal, kena jauh-jauh sikit, karang tak pasal2 ditepuknya sambal dalam pinggan.. hehe..
  • Masih suka hisap jari semasa nak tidur..
  • Mula "bercakap".. Bunyinya ialah "abu abu abu"... sambil mulut muncung-muncung.. :P

3 comments:

  1. Happy 6mth Birthday, Kakal!!

    ReplyDelete
  2. Sekejap ajer dah 6 month...eppy bestday Haiqal

    ReplyDelete
  3. Ibu Alia Kaiyisah,
    Thanks.. :)

    Rizziela,
    Betul, terasa sangat sekejap.

    ReplyDelete