Tang bibir tu yang mahal.. hehe..
Sekejap aje dah 3 bulan.. Yes, semalam 24th May, Haikal genap 3 bulan.. Tapi, bila tengok Haikal, mama rasa anak mama dah macam baby 5 bulan.. hehe.. Badan semangat, pipi chubby.. :P
Haikal progress at his 3rd months:
- Suka sangat nak nyonyot mittens (sarung tangan).. Habis basah.. Still pakai mittens sebab suka gosok2 mata dengan tangan, so, mama risau Haikal cakar muka dia.. Tapi, sekarang, bila mama/papa ada, kitorang bukakkan mittens tu, bagi lega sikit tangan Haikal nak menggapai2.. Terlepas jugak satu dua kesan cakar kat muka.. huhu..
- Very responsive.. I like to talk to him.. Bila cakap2, tanya2, he will respond back dengan suara halus dia.. Alala, comelnya suara..
- Agah2 dia, senyum lebar anak mama ni.. Tapi, make sure mood baik tengah baik.. Kalau baru bangun tido, mukanya serius semacam.. hehe.. Hari tu, masa amik Haikal kat rumah babysitter, mama tepuk2 tangan depan dia, terus melebar aje senyum.. Ini yang buat mama tak tentu arah nak balik keje cepat hari-hari.. hehe..
- Bila baringkan kat playgim atau changing mat, kaki dah terangkat2.. pastu badang senget2, macam nak try meniarap.. go go, baby go..
- Pandai merajuk sampai bibir cemik2... Bila lambat bagi susu, merajuk.. Pastu, sambil hisap susu, dia mengomel2, tanda protes agaknya.. Kadang2, tak mahu terus.. Bagi air masak, baru minum.. Susu laju pun Haikal tak suka, habis dikeraskan badan dia, siap kaki tegang2 kat riba mama.. hehe.. kena pujuk2, baru okay minum senyap2..
- Bila mama ada, Haikal tak mahu minum susu dari botol.. Pandai betul budak kecik ni!
- Start ketawa bila agah Haikal dengan ayun-ayunkan mainan kat depan dia..
Semalam, after balik kerja, mama amik Haikal.. Sampai aje rumah, letak barang2 semua, then peluk Haikal untuk susukan dia.. Excited nya dia, senyum aje.. Sebelum menyusu, cakap2 dengan dia sambil agah2 dan ketawa.. Haikal pun senyum dan ketawa.. Dengar suara Haikal ketawa, mama pun ketawa sama.. And, suddenly I burst into tears.. huhu.. Bukan sebab sedih.. Tapi, I’m so touched! Haikal tengok aje mama, terus dia tak senyum.. Macam confused aje, mungkin fikir “nape mama kuar air mata?”.. hehe.. I love you, baby..
Soo cute...:P
ReplyDeleteadorable =)
ReplyDeletewey, cadar sama le ahahaha
ReplyDeletemariam,
ReplyDeletecadar tunang dulu.. beli kat carrefour.. haha..