Thursday, November 12, 2009

Tupperware.. Think Eco, Go Eco..

Kali pertama terlihatkanmu pada muka depan latest catalog Tupperware, aku telah mula jatuh hati.. Bentukmu yang slim, transparent dan berwarna hijau dan biru, begitu menarik perhatianku.. Aku tahu, akan terbang sedikit duitku keranamu.. tapi, tidak mengapa, akan kutunggu sehingga cukup bulan ini, dan kau akan jadi milikku.. Bolehlah nanti aku menggantikan botol bekas Pepsi, Mirinda dalam peti aisku dengan kamu untuk menyimpan air sejuk.. baru comel! :P Dan satu lagi, untuk aku letak di tepi katil, supaya bila rasa haus di tengah malam, aku boleh terus minum.. Selalunya, aku malas nak bangun (sebab takut.. hehe) dan tunggu sehingga pagi...


Cool Blue & Mint Green Eco Bottle...


With every purchase, get Eco Bottle Brush for free.. And, entitle to buy the Eco Bottle Strap for RM4.90 each.
Photos source: Tupperware

Note: Aku ialah ahli Tupperware. Main purpose aku join sebab aku sangat suka dengan product Tupperware. Jadi, boleh beli untuk own collection.. Sekiranya, ada kawan2 yang minat nak beli dari aku, boleh juga.. special discount diberi.. Catalog bulan ni, boleh click kat link di atas.. Nak jadi ahli pun boleh, just let me know..

Apart from that, semalam, sewaktu turun tangga di ofis, entah macam mana, aku terlepas paper bag yang didalamnya berisi 2 bekas jenama Tupperware.. Apa yang aku kalutkan pun, aku tak tahu :) 1 bekas telah jatuh sehingga ke tingkat bawah.. ah, terjerit kecil aku dibuatnya.. dalam hati, aku minta2 janganlah isi bekas yang berupa cili sos terkeluar.. tak pasal2 aku kena buat kerja2 mengelap.. kalau bekas tu pecah sikit, aku tak kisah.. Ketika aku pergi mendapatkan bekas yang jatuh itu, aku dapati keadaannya masih seperti sedia kala.. tiada kecacatan terlihat, tutupnya pun tidak terbuka.. Moral of the story, beli lah Tupperware.. Memang berbaloi-baloi.. :) kalau pecah, boleh tukar dengan percuma.. ececeh, promote tak ingat.. haha..

3 comments:

  1. Aku pon suke tapi mak aku mesti bising sbb kt umah nih pon ade yg blom gune. Xpe, tunggu la aku dh pindah umah nanti. Aku nk jadi ahli trus, hehe..

    ReplyDelete
  2. Gypsy On The Move,
    Yes.. the design is improving from time to time..

    aien,
    Nanti dah ada rumah sendiri, ko borong la banyak2.. hehe..

    ReplyDelete