Aku jumpa cikgu nak bayar duit fail utk kad pergigian dan kad kesihatan, pastu cikgu tu cakap "Akak bawak anak akak pegi beratur masuk kelas.. bla bla bla.." Gitu la lebih kurang.. Aku pun iye kan ajelah.. Terasa tua pulak tiba2.. hehe.. Bila aku jalan berdua dgn Sofia, selalu jugak orang tanya "Anak akak ke?".. Sabar jelah.. Do I look that old? hehe..
Sekarang ni, dalam cost-saving mode, kadang2 je aku bawak Sofia.. Sebabnya, demand dia tinggi.. Kalau aku beli 3 barang, utk dia pun nak 3 barang jugak.. Kalau dia dapat lebih, dia tak complain pulak.. Kalau nak ikut aku, kena siap2 berjanji "Jangan Mintak Apa2".. hehe..
Ingat lagi aku pernah cakap kat dia..
Aku: Kalau adik nak shopping selalu, nanti dah besar kena kahwin dengan Datuk..
Sofia: Adik tak nak kahwin dengan Datuk.
Adik nak anak Datuk..
Aku: Haha..
Bukan main materialistik adik aku ni.. hehe..
Dah 2 minggu sekolah ni, belum start belajar lagi.. Ada aktiviti kat dalam kelas dan dewan.. Dia bagitau aku, "adik mengantuk dengar cikgu cakap"... Nak je aku cakap kat dia, suruh tido aje.. Apa taknya, aku dulu kat sekolah time form 4 -5 adalah pentidur yang tegar.. . Anytime, anywhere.. haha.. Dalam kelas, dalam library.. even dalam makmal Fizik.. Aku salahkan nasi kawah 100%.. haha.. Tapi, bila fikir2 balik, x elok la aku ajar adik aku habit camtu kan... Tahan jelah mata tu, dik oi..
No comments:
Post a Comment