Wednesday, September 24, 2008

Raya mood..

Raya dah nak dekat.. less than 1 week.. Cepatnya masa berlalu.. What is my preparation? Mental je yang prepare agaknya.. sebab fikiran dah merewang dok fikir nak cuti.. hehe.. yang lain, erm, biasa2 aje.. Takde la beria2 sangat.. Setakat ada baju kurung pakai pagi raya tu, dah kira ok la, bagi aku.. Dari hari raya ke-2 hingga ke hari yang ke-30, ulang je pakai baju apa yang ada.. baju raya tahun lepas ke.. takde siapa yang perasan, sebab pegi beraya ke rumah orang yang lain2, kan? hehe.. Untuk budak2 kecik, macam adik2 aku, tentulah raya tu penting sgt bagi diorang.. Kalau boleh, semuanya nak yang baru.. yelah, dah sebulan berpuasa sampai lembik2 , tentulah nak sesuatu sebagai ganjaran.. dari baju, seluar, tali pinggang sampailah ke sampin semua serba baru.. Sampaikan, "seluar kecik" pun nak beli baru.. Ni Sofia la, cakap kat aku nak beli yang baru sebab mak suruh beli.. haha.. Bawak gi cari baju hari tu, sampai lupa pulak aku nak belikan.. Lain kalilah, adik oooi..

Lagi apa ye preparation? Chocolate Cookies, aku dah siap buat hari tu.. Aku tukang kacau je.. Mak aku yang tunggu bakar sampai habis.. Mak aku cakap, masa Liana buat tahun lepas, cookies dia tak rangup.. So, tahun ni, aku yang kena buat.. Kenapa x rangup? Aku pun tak tau.. Aku rasa sama aje.. sebab guna resipi yang sama jugak.. Entahla..

Itu aje kot ttg persediaan raya.. Harap semuanya OK.. Aku dah terbayang2 nak makan ketupat.. hehe..

Ni tentang petang tadi.. Aku keluar lagi dengan Recks.. Amboi, dah ada geng, makin ligat.. haha.. Kitorang berbuka puasa kat Terminal One.. Recks pun nak beli baju kurung ready-made.. Masa sampai tu, masuk dlm satu kedai and jumpa sandal/flat shoes yang aku rasa suka.. Testing2 dulu.. Harga pun boleh tahan.. Then, survey2 tgk kat semua kedai yang kitorang lalu, tapi, x ada satu pun yang berkenan.. Last2, pegi balik kat kedai tu, and cuba lagi pakai sandal tu.. Macam ketat sikit.. Saiz besar, longgar pulak.. macam kasut pinjam.. Last2, aku decide beli je lah.. Hopefully, after pakai a few times, dia akan longgar sikit.. Aku memang nak pakai selalu.. utk pegi keje ke.. Takpelah, seperti kata Dyan, beauty is pain.. Jadi, apalah salahnya sakit sikit kalau nak pakai kasut lawa2.. hahaha.. apa punya pepatah la..

Itu ajelah tentang sandal baruku yang dah berapa purnama bulan baru nak ganti... Lepas ni, fokus utama ialah nak cuci sandal pink aku yang dah tak berapa pink tu.. Kotor bangat.. Nanti dah bersih, tak la malu sgt nak pakai lagi.. haha..

No comments:

Post a Comment