Tuesday, July 1, 2008

Old Memories..

Beberapa minggu yang lepas, time aku balik KL, aku punggah barang2 dlm store, sbb nak cari tali jam swatch aku.. actually, bukan tali la, tak tau nak panggil apa.. metal join kot. ingatkan nak bagi kat Liana jam tu, sbb dia nak masuk matrix, tapi xde jam.. kan kat sana masa itu emas.. hehe.. dah tu, tangan dia lagi besar pulak dari aku.. tak muat nak pakai jam tu.. malangnya, benda yang dicari tak jumpa... tapi, aku terjumpa something else.. aku terus angkut bawak masuk dlm kereta dan bawak semuanya balik sini..

Apa bendanya tu? it was A BAG yang berisi surat2.. banyak surat and kad raya dalam tu.. Surat2 from my close friends; Eira, Hanim, Reck, Azizan, Imah, Kak Suheir and ramai lagi la.... surat2 tu aku mula dpt masa aku skolah menengah.. then, sampai la masuk matrix.. time universiti, dah tak byk dpt surat. Time skolah yang paling seronok sbb bile ada surat, pengawas akan buat announcement guna PA system.. so, satu skolah akan dengar, sampai ke asrama skali.. kire glamour la kalo dpt byk surat.. sbb nama kite asyik disebut aje.. haha..


Petang semalam, balik kerja, sambil tgk Ezora, aku baru rasa nak bukak beg tu and keluarkan suma surat2... aku susun2 , bukak balik and baca sikit2 isi surat2 tu.. ah.. rindunya dgn masa dulu.. aku suka tulis surat, poskad and kad utk kawan2.. yang best time nak raya.. slalu je check peti surat kot2 ada lagi kad raya utk aku.. :P One of my friend, Hanim slalu tulis poskad, buat handmade card and bagi surat merapu2 utk aku.. wish birthday aku pun guna kad raya.. aku tersenyum2 bile baca.. sometimes, bile dia sedih or tension ke, dia slalu bagi note kat aku to tell me her feeling.. dari skolah, sampailah ke matrix, dia mcm tu.. bile aku baca balik note2 tu, rasa kelakar la pulak.. hehe..

Skrg ni, dah tak dapat langsung surat2 tanya khabar or even postcard :( surat Astro, TMnet ada lah.. hehe. Kad raya pun dah berkurang.. yang ada hanyalah kad raya dari kawan2 yang biasa hantar, from Eira, Imah, geng2 kat U.. (Itupun Ely bagi dgn syarat aku mesti balas balik kad raya dia.. ada ka peraturan mcm tu?? haha..) Maybe zaman dah berubah.. orang prefer bagi SMS or e-card utk wish apa2... no need to spend money a lot.. setem lagi.. masa pun lama nak sampai kat post box.. but, still, I prefer the old method la.. SMS or email, aku delete sokmo.. yg "special" je aku simpan.. haha.. tak kisah la orang nak cakap aku ni kolot ke apa.. hehe.. aku rasa surat/kad2 camni ada sentimental value lah! Sebab, sampai skrg aku simpan and rasa sayang sangat nak buang.. It reminds me to the sweet memories in the old days.. ;P

No comments:

Post a Comment