Thursday, April 24, 2008

When my sisters were around..

Liana and sofia dtg sini Jumaat last week.. sofia yg nak dtg sangat.. dia cakap saja2 je.. tapi, bile aku tanya balik, dia cakap nak gi Giant.. haha.. macam la takde Giant kat KL... aku tau dah, dia nak menge'pau' aku la tu..

After keje aku amik diorang kat Komuter station.. pastu, bawak diorang balik umah dulu.. Aku masak2 jap and bagi diorang makan.. then, after maghrib baru bawak diorang keluar.. Dah lepas makan dan kenyang, takde la nak benda2 merapu kat giant nnti.. hehe.. Kalo aku sendiri pun, kena makan dulu sblm gi beli barang2... kalo tak, rasa mcm2 la nak beli.. especially makanan.. tgk skrg ni, sampai ke sudah makanan dlm peti ais aku tak abis2.. aiskrim, fries.. tinggal tunggu waktu je nak masuk tong.. hehe.. membazir betul.. tapi, nak wat camne, kalo dah lama sangat, dah tak berapa sodap..

Sofia, model Giant.. haha..
Kat Giant, round2 and tengok-tengok je apa yg menarik.. sofia mintak macam2.. aku cakap boleh beli buku je.. mainan2, xboleh.. huhu.. nak sampai je kat tempat mainan, aku tolak troli melencong ke tempat lain.. haha.. mmg xboleh jadi, kalo dia dah nampak nnti, mau kena berhenti.. lama la dia belek2 mainan kat situ nnti.. aku bwk dia gi tempat buku2.. beli buku matematik and buku cerita aje.. dia siap nak tambah lagi buku and mintak beg skolah baru.. dah2, aku cakap tahun depan.. muka dia dah monyok, muncung je mulut dia.. hehe.. adeh, mmg tak terlayan adik aku ni.. aku pujukla dia beli aiskrim dan calci-yum.. then, beli happy meal kat McDonald, sebab nakkan mainannya.. tapi, dah takde mainan utk girl lah.. aku janji nnti bile2 aku kuar, aku cari kat McD lain.. kalo ada yg utk budak pompuan, aku belikan.. Liana nak cheese cake, so beli la one slice Secret Recipe's cake.. Aku dah lama dah xmakan Secret Recipe (semenjak tau buat cheese cake ni..hehe.. thanks kak fida sbb bagi resipi), so, agak terkejut tgk harga dia dah naik lagi.. huhu..

On the way balik..
aku: adik ni kalo suka shopping, kena kahwin dgn orang kaya bile dah besar nanti..
sofia: memang pun...
aku: hehehe.. kena cari Datuk la kalo camtu..
sofia: tak nak, adik nak cari anak Datuk..

Haha..Tergelak besar aku and Liana dengar dia cakap.. cam orang tua je.. hehee.. mmg rasa cam dah besar dah adik aku ni... dah masuk pra-sekolah, tapi itulah, malas nak belajar.. asyik ingat nak main je.. cuma skrg ni, dah pandai la mengeja2 sket2.. mana tau bile aku balik nnti dah pandai membaca pulak.. =)

Sampai umah, lepak2 and liana surf internet cari lagu korea... Esoknya, bangun pagi, siap2 cuci suma barang kat dapur, kitorang bertolak balik KL.. Punye la mengantuk drive pagi tu.. tak sabar nak sampai KL cepat2.. hehe..

No comments:

Post a Comment