Thursday, January 5, 2017

Haikal Darjah 1..

Time flies.. I feel old..

Minggu ni ialah minggu pertama persekolahan.. Mak ayah yang anak nak masuk darjah 1 mesti berdebar-debar, termasuklah aku.. Asyik teringat apalah yang anak sedang buat kat sekolah, time balik macam mana.. Semoga semua baik-baik sahaja dan di dalam lindungan Allah s.w.t.. InsyaAllah..

IMG_2465
Beratur sebelum masuk kelas…

IMG_2496
Belajar bersungguh-sungguh ye!

Sepanjang 3 hari bersekolah ni, aku bekalkan roti dan biskut.. Tapi satu pun tak berusik.. Haikal lebih excited beli makanan kat kantin.. Beli nasi lemak tak cukup 1, tak kenyang katanya.. haha.. Maklumlah first time pegang duit, dia rasa semua boleh beli.. Takpelah, janji beli makanan..

IMG_2432
Enjoy schooling.. Semoga jadi orang yang berguna suatu hari nanti.. Amin..